Kontinjen Malaysia membuktikan mereka mampu menyaingi pelumba-pelumba handalan seluruh Asia pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2012 yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) hujung minggu lepas.

'Kecil-kecil cili padi, walaupun kecil, tampil berani.' Itulah yang boleh diperkatakan tentang pelumba remaja ini. Walaupun mempunyai saiz fizikal lebih kecil berbanding pelumba-pelumba seusia yang lain, Muhamad Akid Aziz tidak gentar untuk memberi saingan bagi membuktikan siapa yang lebih handal dalam saingan Cabaran Honda Wave Junior 2012.


Jangan lupa untuk menyaksikan aksi hebat para pelumba Malaysia berentap dengan nama-nama besar Asia dalam Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa pada 11 hingga 13 Mei ini. Masuk serta parkir adalah percuma jadi datang beramai-ramai!