Bahasa Malaysia site

News

CUB PRIX TERUSKAN MISI MELAHIRKAN PELUMBA BERKALIBER MENJELANG MUSIM BARU
11 Februari 2014

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS meneruskan misi untuk melahirkan lebih ramai pelumba bertaraf antarabangsa dengan pelancaran musim 2014 di Kuala Lumpur hari ini.
 

CP130: FAZLI OPTIMIS MUNCUL PENCABAR UTAMA REBUT GELARAN MUSIM BARU
27 Februari 2014

Pencabar utama CP130, Ahmad Fazli Sham masih bersemangat memburu gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sekalipun gagal mempamer prestasi terbaik sepanjang dua musim lepas.

ZAMRI, FAZRUL SERTAI HONDA UNTUK MUSIM 2014
14 Februari 2014

Mohd Zamri Baba dan Ahmad Fazrul Sham bakal menggunakan jentera Honda apabila kedua-dua pelumba berpengalaman itu beralih ke pasukan SCK Racing bagi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014.

AFIF TERIMA PENGHARGAAN 'SPIRIT OF CHALLENGE' YAMAHA
5 February 2014

Pelumba Malaysia, Ahmad Afif Amran menerima suntikan semangat bagi menghadapi musim 2014 apabila menerima anugerah penghargaan 'Spirit Of Challenge ' Yamaha dalam satu majlis khas anjuran Yamaha Motor Sports di sini, semalam.

SAM PERKENAL PELAN INSURAN SUKAN PERMOTORAN BARU
22 Januari 2014


Selari dengan peningkatan kos perubatan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) melakukan perubahan dan pertambahan dalam perkhidmatan sedia ada bagi melindungi pelanggan-pelanggan yang terlibat dalam sukan permotoran.
 

CP115: SASI PASANG HAJAT MUSIM 2014
16 Januari 2014

Bersempena sambutan perayaan Thaipusam, Sasitharen Sukumaran memasang hajat baharu agak prestasinya terus meningkat bagi menghadapi musim ke-21 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada tahun ini.

FEATURE: YY PANG ATUR STRATEGI AWAL HADAPI MUSIM 2014
16 Januari 2014

Menjelang musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, pasukan Motul Yamaha Y. Y. Pang Racing mensasarkan pencapaian serta persembahan yang lebih baik berbanding keputusan yang diraih pada musim 2013.

PROFILE: TEMEBUAL ESKLUSIF BERSAMA JUARA CP130 2013, AHMAD FUAD
3 Disember 2013

Juara CP130 2013, Ahmad Fuad Baharudin berbicara mengenai kejayaannya dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di mana dia berjaya menjadi satu-satunya pelumba untuk memenangi tiga pusingan musim ini dan merangkul gelaran juara CP130/Expert ketiga.

PENDAFTARAN PEMILIHAN PELUMBA KATEGORI SATU PENGELUAR 2014 DIBUKA
30 Disember 2013

Berita baik buat pelumba-pelumba muda yang ingin menceburkan diri dalam perlumbaan kompetitif apabila Promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mula membuka pendaftaran bagi sesi pemilihan perlumbaan kategori satu pengeluar musim 2014.

FEATURE: YAMAHA KEMBALI BERKUASA
10 Disember 2013

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang baru melabuhkan tirai di Shah Alam, semalam menyaksikan jentera Yamaha kembali ke puncak prestasi mereka setelah membolot kesemua gelaran juara keseluruhan dalam saingan kelas terbuka, menamatkan dominasi jentera Honda sejak tahun kebelakangan ini.

HONDA: SUHAIZARUL RAIH KEMENANGAN PERTAMA DI PUSINGAN AKHIR
8 Disember 2013

 
Selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan ketika sesi ujian masa pada Sabtu, pelumba Cabaran Honda Future Suhaizarul Suhaizat meraih podium pertamanya dengan menjuarai pusingan kesepuluh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Shah Alam.

YAMAHA: AZAM AKHIRI MUSIM 2013 DENGAN KEMENANGAN
8 Disember 2013

 
Walaupun telah bergelar juara keseluruhan Yamaha 135 Super Series PETRONAS, Mohd Azam Omar tidak memandang mudah saingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Shah Alam hujung minggu lalu. Sebaliknya, remaja tersebut terus memacu jenteranya dan berjaya mengakhiri musim ini dengan sebuah lagi kemenangan.

SUZUKI: ZULKEFLI PAMER BELANG
8 Disember 2013

 
Walaupun terlepas peluang bergelar juara keseluruhan bagi kategori Cabaran Suzuki Belang, Mohd Zulkefli Ali tidak mahu mengakhiri musim dengan hambar. Sebaliknya dia bangkit dan menjuarai pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

PRIVATEER: AZLAN TAWAN SHAH ALAM
8 Disember 2013

 
Azlan Shah Saidun Hardi mempamerkan aksi mengagumkan pada pusingan akhir musim 2013 setelah menjuarai kategori Persendirian di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.

WIRA: ADAM TERUS CEMERLANG
8 Disember 2013


Dalam kategori Wira, Mohd Adam Norrodin berjaya mencatat kemenangan kedua pada musim ini setelah mendahului lain-lain pelumba dengan masa keseluruhan 12:19.009s, 1.844s di hadapan naib juara, Kasma Daniel Kasmayudin (Permata Budimas AFB Tech). Tempat ketiga disandang Mohd Syafiq Rosli (Hyperspeed YAM Honda Racing) yang menamatkan saingan dengan masa keseluruhan 12:21.199s.

CP115: SHARIFFUDIN TAMAT KEMARAU KEMENANGAN
8 Disember 2013


Mohd Shariffudin Shamsuddin meraih kemenangan pertama musim ini setelah muncul pelumba pertama melintas garisan penamat dengan masa keseluruhan 15:09.162s dalam kategori CP115 di pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Shah Alam, Selangor hari ini.

CP130: PENAMAT SEMPURNA FUAD, JUARAI CP130 DENGAN KEMENANGAN SHAH ALAM
8 December 2013

Ahmad Fuad Baharudin menutup tirai musim 2013 dengan sempurna setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP130 sebaik menjuarai pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berakhir di Shah Alam, Selangor, hari ini.

SUZUKI: AZMEL BERI KEJUTAN
7 Disember 2013


Pusingan kesepuluh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS menyaksikan kebangkitan Mohd Azmel Alif Mohd Yusof apabila menjadi pelumba terpantas bagi ketegori Cabaran Suzuki Belang pada sesi ujian masa di Shah Alam hari ini.

YAMAHA: AZAM BELUM PUAS
7 Disember 2013


Biarpun sudah bergelar juara keseluruhan Cabaran Siri Super Yamaha 135 bagi musim ini, Mohd Azam Omar masih belum puas dengan pencapaiannya dan mahu meraih kedudukan pertama di podium buat tiga kali berturut-turut dengan menjuarai pusingan kesepuluh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

HONDA: HUZAIRIE IDAM TAWAN SHAH ALAM
7 Disember 2013


Pelumba ketegori Cabaran Honda Future, Mohd Izrul Huzairie Amran bertekad mahu melakarkan namanya selaku juara pertama di Shah Alam apabila mencatatkan masa terpantas di sesi ujian masa pada pusingan kesepuluh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di sini hari ini.

PRIVATEER: SAINGAN MASIH SENGIT
7 Disember 2013


Walaupun gelaran juara keseluruhan kategori Privateer sudah menjadi milik Ang Beng Seang namun saingan yang berlangsung hari ini tetap sengit bagi merebut posisi kedua terbaik musim ini di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang diadakan di Litar Go Kart Stadium Shah Alam.

WIRA: KHAIRUL TERPANTAS, HARAP MALANG TIDAK BERTERUSAN
7 Disember 2013


Khairul Idham Pawi berazam untuk menamatkan nasib malang yang menimpanya pada tiga pusingan lepas apabila dia muncul pelumba terpantas kategori WIRA pada saingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di litar Go-Kart Stadium Shah Alam, Selangor.

CP115: HAFIEENAZ CURI TUMPUAN
7 Disember 2013


Mohd Hafieenaz Mohd Ali mencuri tumpuan dalam kategori CP115 apabila buat pertama kalinya berjaya mencatat masa terpantas ujian masa pada musim ini setelah berjaya merakamkan masa terbaik 1:00.228s di litar go-kart Stadium Shah Alam.

CP130: FUAD KETEPI CABARAN NORIZMAN, CATAT MASA TERPANTAS UJIAN MASA
7 Disember 2013

Ahmad Fuad Baharudin mengetepikan cabaran Norizman Ismail untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yng berlangsung di Shah Alam, Selangor, hari ini.

CP130: MASALAH KESIHATAN JEJAS PELUANG FUAD BURU KEJUARAAN
7 Disember 2013

Pendahulu keseluruhan, Ahmad Fuad Baharudin menghadapi rintangan apabila dilanda demam panas menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor, hujung minggu ini.

CP130: NORIZMAN RANCANG STRATEGI SELAMAT
6 Disember 2013

Selepas kecewa gagal mengutip sebarang mata di Sepang, Norizman Ismail mengatur strategi lebih selamat bagi memastikan gelaran juara keseluruhan CP130 menjadi miliknya pada saingan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 7 dan 8 Disember ini.

CP130:'ZAQHWAN MASIH ADA PELUANG,' YUZY
5 Disember 2013

Pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Pachie, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini optimis peluang Mohd Zaqhwan Zaidi untuk muncul juara CP130 masih terbuka sekalipun berada di tangga ketiga keseluruhan menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Shah Alam, Selangor.

CP130: 'FUAD, NORIZMAN SAMA HANDAL,' AZLAN
4 Disember 2013

Pelumba Moto2 dan juga juara baru SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman berpendapat Ahmad Fuad Baharudin dan Norizman Ismail masing-masing memiliki kelebihan untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan menutup tirai musim 2013 di Shah Alam, Selangor, hujung minggu ini.

CP130: ISKANDAR TIDAK SABAR BERAKSI
3 Disember 2013


Selepas aksi cemerlang di Sepang, Mohd Iskandar Raduan tidak sabar untuk tampil buat kali kedua dalam saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor, minggu ini.

CP115: EMIR BELUM MENGAKU KALAH
2 Disember 2013

Mohd Emir Firdaus Hasan berharap dapat mengubati kecewa yang dialami musim ini dengan menaiki podium CP115 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di litar Stadium Shah Alam.

FEATURE: PELUMBA MALAYSIA MENYINAR DI YACR INDONESIA
1 December 2013

Selepas aksi memberangsangkan di Kejuaraan Piala Yamaha Asian (YACR) yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, minggu lepas, kini pelumba-pelumba yang beraksi buat Hong Leong Yamaha Malaysia di kejuaraan tersebut sudah tidak sabar untuk meneruskan perjuangan pada pusingan terakhir Kejuaran Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Shah Alam, Selangor, hujung minggu ini.

PROFIL: AMIRUL LEBIH BERSEMANGAT
29 November 2013

Keputusan podium sewaktu perlumbaan di Sepang, baru-baru ini menyemarakkan semangat Mohd Amirul Hakim untuk membawa cabaran kelas Wira pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor, 7 dan 8 Disember ini.

SHAH ALAM TUAN RUMAH KEMUNCAK KEJUARAAN CUB PRIX
28 November 2013
 
Berita baik buat peminat sukan permotoran di Lembah Klang apabila buat pertama kali Litar Go Kart Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlumbaan akhir bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Disember ini.

ARRC: AZLAN DINOBAT JUARA SUPERSPORTS 600CC ASIA
23 November 2013

Azlan Shah Kamaruzaman mencatat sejarah membanggakan apabila bergelar juara keseluruhan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang baru melabuhkan tirainya di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: AZLAN REBUT PETAK PERTAMA, ZAMRI DI BARIS HADAPAN
22 November 2013

Azlan Shah Kamaruzaman terus memperaga aksi bertenaga apabila berjaya merebut petak pertama perlumbaan akhir kategori SuperSports 600cc selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: AZLAN TERPANTAS, CATAT REKOD BARU LITAR
21 November 2013

Azlan Shah Kamaruzaman memulakan misi memburu mahkota juara keseluruhan SuperSports 600cc dengan cemerlang setelah muncul pelumba terpantas dengan catatan rekod baru litar pada sesi latihan bebas hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: ZAMRI FOKUS BURU KEMENANGAN DI QATAR
20 November 2013

Mohd Zamri Baba berazam untuk menamatkan saingan SuperSports 600cc dengan gelaran juara perlumbaan selepas peluang untuk bergelar juara keseluruhan sudah tertutup buatnya pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Losail, Qatar, minggu ini.

ARRC: AZLAN DAPAT PELEPASAN BERAKSI DI QATAR
19 November 2013

Pelumba Moto2 negara dan pendahulu SuperSports 600cc, Azlan Shah Kamaruzaman mendapat pelepasan daripada pasukan Honda Team Asia untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) dalam usahanya untuk bergelar juara keseluruhan pada pusingan terakhir yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 21 hingga 23 November ini.

PROFIL: SPM TAK HALANG RAMDAN BERAKSI DI QATAR
18 November 2013

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung ketika ini tidak menjejaskan persiapan Mohd Ramdan Mohd Rosli untuk menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 21 hingga 23 November ini.

PRIVATEER: ANG JUARA PRIVATEER
17 November 2013


Kemenangan kedudukan kedua pada perlumbaan pusingan kesembilan sudah cukup buat Ang Beng Seang meraih gelaran juara keseluruhan kategori persendirian Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

HONDA: HUZAIMIE CEMERLANG RAIH KEJUARAAN HONDA ONE-MAKE
17 November 2013


Pelumba Cabaran Honda Future, Mohd Izrul Huzaimie Amran mempamerkan aksi bertenaga pada pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS untuk muncul pemenang Cabaran Honda Future sekaligus bergelar juara keseluruhan musim ini.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI RANGKUL JUARA KESELURUHAN
17 November 2013


Walaupun masih berbaki satu pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Tengku Syahmi Tuan Yusoff  sudahpun bergelar juara keseluruhan Cabaran Suzuki Belang musim 2013.

YAMAHA: TUAH IRINGI AZAM
17 November 2013


Tuah jelas menyebelahi Mohd Azam Omar apabila pelumba cilik tersebut sekali lagi memenangi Cabaran Siri Super Yamaha 135 untuk bergelar juara keseluruhan musim 2013 pada pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di litar Sepang hari ini.

WIRA: SYUKRAN RAIH KEMENANGAN KEDUA
17 November 2013


Saingan kelas Wira pula, Ahmad Syukran Aizat membuktikan kemenangan pada Pusingan 7 di Temerloh bukan sekadar nasib apabila berjaya meraih gelaran juara kedua pada musim ini setelah muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan semasa keseluruhan 12:46.176s.

CP130: ELLY CIPTA KEJUTAN DI SEPANG
17 November 2013

Elly Idzlianizar Ilias meraih kemenangan peribadi pertama sejak kembali ke pentas Cub Prix bermula pusingan keenam di Kluang setelah menamatkan 13 pusingan perlumbaan CP130 dengan masa keseluruhan 17:36.166s mengatasi rakan sepasukan dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Affendi Rosli.

CP115: AFIF DINOBAT JUARA KESELURUHAN
17 November 2013

Ahmad Afif Amran mencatat kejayaan bermakna apabila berjaya menjuarai perlumbaan CP115 bagi pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Sepang Selatan, sekaligus dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi musim 2013, hari ini.

HONDA: KEMBAR HAMPIRI GELARAN KESELURUHAN
16 November 2013

Pasangan kembar Mohd Izrul Huzaimie dan Mohd Izrul Huzairie  memberikan saingan hebat antara satu sama lain apabila mereka meraih petak kedua dan ketiga terpantas pada  sesi Ujian Masa kategori Cabaran Honda Future Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Sepang hari ini.

YAMAHA: AZAM GHAIRAH BURU KEMENANGAN
16 November 2013

Pelumba muda kategori Cabaran Siri Super Yamaha 135, Mohd Azam Omar berada dilandasan tepat bagi memburu gelaran juara keseluruhan Cabaran Siri Super Yamaha 135 apabila dia mencatat masa terpantas pada sesi Ujian Masa pusingan kesembilan di Sepang hari ini.

SUZUKI: HUJAN JADI PENGHALANG TENGKU SYAHMI
16 November 2013


Hujan yang membasahi litar di Sepang menyukarkan misi pendahulu keseluruhan kategori Cabaran Suzuki Belang, Tengku Syahmi Tuan Yusoff untuk meraih petak utama bagi perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hari ini.

PRIVATEER: MUZAKKIR BERI TEKANAN PADA ANG
16 November 2013


Pelumba Privateer, Mohd Muzakkir Mohamed memulakan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan langkah kanan apabila dia mencatat masa terpantas pada sesi Ujian Masa di Litar Selatan Sepang hari ini.

WIRA: AMIRUL BERI KEJUTAN
16 November 2013


Mohd Amirul Hakim Rizal memberi kejutan buat para pesaing apabila pelumba Mos Track Pro Yamaha Racing itu mencatat masa terbaik pada sesi ujian masa kategori WIRA pada pusingan sembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

CP115: TAYAR DUNLOP BANTU SHARIFFUDIN CATAT MASA TERBAIK
16 November 2013

Penggunaan tayar baru Dunlop membantu Mohd Shariffudin Shamsuddin untuk mencatat masa terpantas selain turut muncul pelumba tunggal yang melakukan catatan di bawah 1 minit 22 saat dalam kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di litar Sepang Selatan.

CP130: RAMDAN TERPANTAS DI SEPANG DENGAN CATATAN REKOD BARU LITAR
16 November 2013

Mohd Ramdan Mohd Rosli muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan catatan rekod baru di Litar Sepang Selatan, hari ini.

CP115: HAFIZ TAK FIKIR GELARAN KESELURUHAN
16 November 2013

Pelumba rookie CP115, Mohd Hafiz Nor Azman tidak mahu memikirkan tentang persaingan memburu takhta juara keseluruhan sebaliknya lebih menumpukan untuk memenangi dua pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

CP130: AFFENDI SASAR HATRIK SEPANG
15 November 2013

Mohd Affendi Rosli meletakkan sasaran untuk meraih gelaran hatrik di Litar Sepang pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

CP130: FUAD KEKAL FOKUS
14 November 2013

Misi juara keseluruhan CP130 dua kali, Ahmad Fuad Baharudin untuk memburu takhta ketiga dirinya tidak terjejas meskipun kini turut menggalas tugas selaku pengurus pasukan pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Sepang Selatan, hujung minggu ini.

CP130: PASUKAN BARU TINGKATKAN SEMANGAT TAUFIQ
13 November 2013

Pelumba CP130, Mohd Taufiq Roslan yakin aksi bersama pasukan baru, PETRONAS Yamaha-CKJ bakal melonjakkan lagi prestasinya terutama menjelang pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Litar Sepang Selatan, hujung minggu ini.

WIRA: KHAIRUL TERKILAN, SASAR PERBAIKI KELEMAHAN DI SEPANG
12 November 2013
 
Pelumba remaja berbakat, Khairul Idham Pawi mengakui dia kecewa dengan prestasinya dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan dia berharap untuk memperbaiki kelemahannya menjelang pusingan kesembilan di Litar Sepang Selatan.

CP115: SHARIFFUDIN SASAR BANTU AFIF DI SEPANG
11 November 2013

Mohd Shariffudin Shamsuddin berharap untuk membantu rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran merebut gelaran juara keseluruhan CP115 menjelang pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Sepang Selatan.

FEATURE: SCK BURU SAINGI REKOD YAMAHA MAJU
10 November 2013

 
Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing meletakkan sasaran untuk menyaingi rekod pasukan Yamaha Maju Motor Racing yang meraih tiga gelaran juara anugerah berpasukan CP130, menjelang dua lagi pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

HONDA: PASANGAN KEMBAR BERSAING REBUT GELARAN JUARA
9 November 2013

Mohd Izrul Huzairie Amran bakal memberikan cabaran sengit buat pasangan kembarnya, Mohd Izrul Huzaimie Amran bagi merebut gelaran juara kategori Cabaran Honda Future menjelang pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada 16 dan 17 November ini di Litar Sepang.

PENANTIAN BERAKHIR, PETRONAS RACELINE MALAYSIA BERAKSI MUSIM PENUH MOTO2 2014
8 November 2013

PETRONAS berbangga untuk mengumumkan pasukan PETRONAS Raceline Malaysia akan beraksi untuk musim penuh di dalam kelas Moto2 Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) bagi tahun 2014 bersama-sama pelumba, Hafizh Syahrin Abdullah. Pengumuman ini dibuat selepas mendapat pengesahan bertulis daripada DORNA dan IRTA kepada pengurus PETRONAS Raceline Malaysia, Barry Leong.

WILDCARD TERAKHIR 2013, HAFIZH BERAKSI DI VALENCIA
30 Oktober 2013

Pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi akan tampil beraksi di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP), aksi wildcard terakhir bagi musim 2013 dirinya pada perlumbaan terakhir MotoGP yang akan berlangsung di Valencia pada 8 hingga 10 November ini.

FEATURE: JEMPOL ANJUR CUB PRIX 2014-2015
27 Oktober 2013


Jempol bakal menganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi dua musim akan datang selepas pusingan lapan di Dataran Seri Jempol menerima sambutan positif dari orang ramai, sekaligus merupakan venue kedua untuk menyuarakan komitmen mereka bagi menganjurkan kejuaraan  nasional ini selepas Temerloh yang bakal menyediakan venue dari 2014 hingga 2016.

WIRA: HAFIZA PUAS KERJA KERAS MEMBUAHKAN HASIL
28 Oktober 2013

Mohd Hafiza Rofa berbangga setelah kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori WIRA sebaik Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 berakhir di Jempol, Negeri Sembilan hujung minggu lalu.

PRIVATEER: ANG JUARA JEMPOL
27 Oktober 2013


Sedikit malang buat Mohd Muzakkir Mohamed apabila harapannya untuk mengulangi kejayaan podium kelas Persendirian berkecai di Jempol untuk Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akhirnya dimenangi Ang Beng Seang.

YAMAHA: AZAM TERUS CEMERLANG
27 Oktober 2013

 
Setelah kempen kejuaraannya sedikit tersasar di Temerloh tempoh hari, Mohd Azam Omar kali ini kembali menerajui Cabaran Siri Super Yamaha 135 PETRONAS bagi Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlansung di Jempol, Negeri Sembilan.

HONDA: IZRUL MARA ATAS KESILAPAN AKID
27 Oktober 2013
 
Setelah aksi merudum tiga pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kebelakangan ini, Mohd Izrul Huzairie akhirnya berjaya memecahkan kemarau podium dengan menjuarai Pusingan 8 yang berlansung di Jempol dalam Cabaran Honda Future.

SUZUKI: AISAR CATAT KEMENANGAN KETIGA
27 Oktober 2013

 
Setelah aksi menakjubkan yang ditampilkan Mohd Aisar Ismail pada sesi Ujian Masa, dia kemudian menyambung momentum positif tersebut dengan menjuarai perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dalam kategori Cabaran Suzuki Belang.

WIRA: HAFIZA JUARA WIRA 2013
27 Oktober 2013


Gelaran naib juara di Jempol sudah cukup untuk menobatkan Mohd Hafiza Rofa sebagai juara keseluruhan WIRA dengan mengumpul 171 mata, gagal dicabar oleh mana-mana pelumba lagi walaupun masih berbaki dua pusingan sebelum saingan musim 2013 berakhir.

CP115: AFIF TEBUS KECEWA
27 Oktober 2013


Ahmad Afif Amran menebus kehampaan di Temerloh dengan meraih gelaran juara setelah muncul pelumba pertama menamatkan saingan CP115 keseluruhan dengan masa 12:48.902s di Jempol, Negeri Sembilan.

CP130: AHMAD FUAD PAMER AKSI MEMUKAU
27 Oktober 2013

Ahmad Fuad Baharudin mempamerkan aksi memukau apabila berjaya muncul juara sekalipun bermula dari petak terakhir di dalam saingan kelas CP130 pada pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

YAMAHA: AZAM IDAM TEBUS KESILAPAN JEMPOL
26 Oktober 2013


Mohd Azam Omar mencipta kejutan di Jempol apabila pada saat akhir berjaya memintas Mohd Khairul Ikhwan Ajis yang mendominasi sesi latihan ujian masa sekaligus mencatatkan masa terpantas bagi kategori Siri Super Yamaha 135 PETRONAS.

HONDA: AKID INTAI PODIUM
26 Oktober 2013

 
Juara pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Mohd Akid Aziz sekali lagi membuktikan kemampuannya apabila muncul terpantas pada sesi ujian masa Cabaran Hond Future pusingan kelapan di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan semalam.

SUZUKI: AISAR CATAT MASA TERPANTAS
26 Oktober 2013

 
Kesungguhan yang dipamerkan pelumba Mohd Aisar Ismail bagi kategori Cabaran Suzuki Belang berbaloi apabila mencatatkan masa terpantas dalam ujian masa bagi pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

PRIVATEER: MUZAKKIR MAHU ULANGI AKSI HEBAT TEMERLOH
26 Oktober 2013

 
Pelumba kategori Persendirian, Mohd Muzakkir Mohamed memulakan rentak cemerlang di pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila mencatatkan masa terpantas pada sesi ujian masa di Jempol, Negeri Sembilan semalam.
 

WIRA: DUO YSP DOMINASI HARI PERTAMA JEMPOL
26 Oktober 2013


Duo Warner Pumps-YSP sekali lagi memperaga aksi memberangsangkan apabali Mohd Shafiq Rasol dan Mohd Hafiza Rofa mengambil kedudukan satu dua dalam sesi ujian masa kategori WIRA pada pusingan kelapan Kejuaraaan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

CP115: FAKHRUSY LAUNG AMARAN AWAL DI JEMPOL
26 Oktober 2013


Fakhrusy Syakirin Rostam terus beraksi cemerlang setelah muncul pelumba terpantas CP115 dengan catatan terbaik 50.421s di litar Jempol, Negeri Sembilan, hos pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hari ini.

CP130: ZAQHWAN CATAT MASA TERPANTAS KALI KEENAM
26 Oktober 2013

Mohd Zaqhwan Zaidi memperaga aksi bertenaga setelah muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130, juga pencapaian kali keenam sepanjang tahun ini pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

RAKAN MUDA JEMPOL LAWAT PADOK CUB PRIX
26 Oktober 2013

Seramai kira kira 20 ahli Rakan Muda Cawangan Jempol berpeluang melakukan kunjungan ke padok Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersempena pusingan kelapan kejuaraan yang berlangsung di daerah tersebut pada Jumaat lepas.

CP115: AFIF TEKAD BANGKIT
25 Oktober 2013

Ahmad Afif Amran tekad bangkit menebus kesilapan untuk terus kekal meneraju kelas CP115 menjelang saingan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.

PROFIL: FUAD CURAH PENGALAMAN, TUBUH PASUKAN KELAS WIRA
24 Oktober 2013

Pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin kini semakin sibuk di litar apabila bukan sekadar menjadi pelumba di dalam kategori CP130, malah turut memiliki pasukan sendiri menjelang saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.

CP115: AHMAD KEJAR GELARAN KEDUA, HADIAH UNTUK YY PANG
23 Oktober 2013

Ahmad Abdul Kadir menanam hasrat untuk sekali lagi menghadiahkan kemenangan buat pengurus pasukan, Pang Yoke You di dalam saingan CP115 menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, hujung minggu ini.

CP130: KECEDERAAN TIDAK HALANG ZAQHWAN BERAKSI
22 Oktober 2013

Sekalipun masih dihimpit masalah kecederaan, pencabar utama mahkota keseluruhan CP130, Mohd Zaqhwan Zaidi tetap akan turun beraksi pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.

CP130: RAMDAN BERSEMANGAT KE JEMPOL SELEPAS MUNCUL JUARA DI TAIWAN
22 Oktober 2013

Gelaran juara di Taiwan meningkatkan keyakinan pelumba remaja, Mohd Ramdan Mohd Rosli untuk menghadapi saingan dalam kategori CP130 Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 26 dan 27 Oktober ini.

WIRA: JENTERA KONSISTEN KUNCI KEJAYAAN SYUKRAN
21 Oktober 2013

Ahmad Syukran Aizat berharap dapat meneruskan momentum kemenangan dengan meraih gelaran kedua dalam kategori Wira pada saingan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di litar baru di Jempol, Negeri Sembilan, hujung minggu ini.

WIRA: HAFIZA IDAM TAKHTA WIRA DI JEMPOL
20 Oktober 2013

Mohd Hafiza Rofa mahu menamatkan saingan memburu takhta  juara keseluruhan kategori Wira dengan lebih awal menjelang pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.

CUB PRIX SEDIA GEGAR JEMPOL
19 Oktober 2013

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 dilihat semakin rancak apabila kontinjen bakal berhijrah ke sebuah lagi litar baru di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan untuk Pusingan Kelapan. Trek sepanjang 945 meter ini mempunyai enam selekoh kiri dan dua selekoh kanan.

MOTOGP: LAPORAN PERLUMBAAN FINAL
13 Oktober 2013

Pelumba wildcard Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan Moto2 Kejuaraan Motosikal Grand Prix Dunia dengan nada positif apabila dia berjaya menduduki tangga ke-16 manakala Azlan Shah Kamaruzaman mencatat keputusan terbaiknya sejak beralih ke MotoGP di tangga ke-22 di litar Sepang hari ini.

MOTOGP: LAPORAN KELAYAKAN
12 Oktober 2013

Pelumba tempatan, Hafizh Syahrin Abdullah bakal memulakan saingan final Moto2 Kejuaraan Motosikal Grand Prix Dunia di litar Sepang dari baris keenam selepas mencatat masa terbaik 2'08.441s pada sesi kelayakan hari ini.

MOTOGP: PELUANG CERAH HAFIZH KUTIP MATA MOTO2
11 Oktober 2013

Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi mencuri tumpuan apabila dilihat berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran mengutip mata pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia setelah berada di kelompok 15 pelumba terbaik pada kedua-dua sesi latihan bebas di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

FEATURE: PAHANG ANJUR CUB PRIX HINGGA 2016
7 Oktober 2013

Pahang bakal menganjurkan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sehingga 2016 selepas ribuan peminat membanjiri venue Pusingan Ketujuh di Temerloh hujung minggu lalu.

HONDA: AKID MANFAAT KELEBIHAN POLE
6 Oktober 2013


Memulakan perlumbaan di petak utama dimanfaatkan Md Akid Aziz sepenuhnya untuk meraih kemenangan dalam kategori Cabaran Honda Future pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh hari ini.

YAMAHA: TEMERLOH BAWA TUAH BUAT IBRAHIM
6 Oktober 2013


Mohd Ibrahim Mohdd Norrodin muncul juara kategori Siri Super Yamaha 135 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 dengan catatan 8:56.044 saat yang berlangsung pertama kalinya di Temerloh, Pahang.

SUZUKI: AISAR CEMERLANG DI TEMERLOH
6 Oktober 2013


Walaupun bermula agak goyah pada awal perlumbaan, Mohd Aisar Ismail berjaya mengatasi kelemahannya untuk bergelar juara buat kali kedua musim ini dalam  Cabaran Suzuki Belang Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang pada Ahad.

PRIVATEER: MUZAKKIR CATAT KEMENANGAN DI TEMERLOH
6 Oktober 2013


Hajat Md Muzakkir Mohamed menakluki litar Temerloh kesampaian apabila dia muncul juara bagi kelas Persendirian pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 dengan catatan 9:08.709 saat pada Ahad.

WIRA: SYUKRAN TAMAT KEMARAU PODIUM SUZUKI
6 Oktober 2013


Pelumba Suzuki Fortyone Racing, Ahmad Syukran Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dirinya  dalam kategori Wira setelah muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 10:38.025s di Temerloh, Pahang.

CP115: AHMAD JULANG KEMENANGAN PERTAMA
6 Oktober 2013


Ahmad Abdul Kadir tidak menunggu lama untuk meraih gelaran juara pertama dirinya dalam saingan CP115 setelah berjaya menguasai saingan di litar baru Temerloh dengan masa keseluruhan 12:57.068s.

CP130: NORIZMAN JUARA DI TEMERLOH, KEKAL MISI REBUT MAHKOTA KETIGA
6 Oktober 2013


Norizman Ismail mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu dalam misi memburu mahkota keseluruhan buat kali ketiga setelah berjaya menjuarai perlumbaan CP130 Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Temerloh, Pahang.

YAMAHA: LITAR BARU BERI KELEBIHAN BUAT IBRAHIM
5 Oktober 2013


Litar baru di Temerloh, Pahang memberikan kelebihan buat Mohd Ibrahim Mohd Norrodin apabila percaturannya membuahkan hasil setelah mencatatakan masa terpantas bagi kategori Siri Super Yamaha 135 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 hari ini.

SUZUKI: SEMANGAT BARU AISAR
5 Oktober 2013


Mohd Aisar Ismail memulakan saingan Cabaran Suzuki Belang dengan langkah kanan pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Temerloh, Pahang hari ini.

PRIVATEER: MUZAKKIR TERUS DIHIMPIT
5 Oktober 2013


Mohd Muzakkir Mohamed mencatatkan masa terpantas 53.270 saat pada sesi Ujian Masa kelas Persendirian pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlangsung di Temerloh, Pahang hari ini.

HONDA: AKID NEKAD BURU KEJUARAAN
5 Oktober 2013


Sekadar mengumpul 20 mata pada pusingan lalu, Mohd Akid Aziz 15 tekad mahu menjadi juara pada pusingan ketujuh apabila mencatatkan masa terpantas 54.125 saat bagi kategori Cabaran Honda Future di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Termerloh, Pahang.

WIRA: KHAIRUL TEBUS KECEWA
5 Oktober 2013


Dalam kategori Wira, Khairul Idham Pawi (Hyperspeed YAM Honda Racing) muncul pelumba terpantas dengan catatan 50.843s mengatasi duo Warner Pumps-YSP, Mohd Shafiq Rasol dan Mohd Hafiza Rofa.

CP115: YY PANG CIPTA KEJUTAN
5 Oktober 2013


Pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing, Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan dan Ahmad Abdul Kadir mencipta kejutan apabila berjaya mendahului sesi ujian masa kategori CP115 pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang hari ini.

CP130: ZAQHWAN CATAT MASA TERPANTAS KALI KELIMA
5 Oktober 2013

Mohd Zaqhwan Zaidi sekali lagi membuktikan kehandalannya setelah muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di venue baru di Temerloh, Pahang, hari ini.

CP130: NORIZMAN OPTIMIS PELUANG GELARAN KETIGA
4 Oktober 2013

Norizman Ismail mahu meneruskan rentak podium bagi mencerahkan peluang untuk mengejar gelaran juara keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada pusingan ketujuh yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang, minggu ini.

CP115: PERTARUNGAN HAFIZ, FAKHRUSY SEMAKIN MEMUNCAK
3 Oktober 2013

Pertembungan diantara dua pelumba rookie CP115, Mohd Hafiz Nor Azman dan Fakhrusy Syakirin Rostam semakin memuncak menjelang saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Temerloh, Pahang.

CP130: ZAMRI TAGIH KERJA KERAS PASUKAN
2 Oktober 2013


Tidak mahu mengingati kejadian lepas, Mohd Zamri Baba memberi sepenuh tumpuan untuk muncul juara kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang, minggu ini.

KECEDERAAN PERGELANGAN TANGAN JEJAS AKSI EMIR
2 Oktober 2013

Mohd Emir Firdaus Hasan bimbang masalah kecederaan pergelangan tangan yang berulang akan menjejaskan aksinya bagi  memburu podium pertama dalam saingan CP115 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang melangkah ke venue baru di Temerloh, Pahang, hujung minggu ini.

TEGURAN NAKANO BERI IMPAK POSITIF
30 September 2013

Menjelang perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013, Mohd Fitri Ashraf Razali berazam tampil lebih agresif dalam usaha untuk meraih kemenangan kedua terutama apabila seluruh kontinjen akan bertandang ke litar baru di Temerloh, Pahang, minggu ini.

CILIK RACING TUMPU PEMBANGUNAN JENTERA MODENAS
29 September 2013

Pasukan Modenas Cilik Racing tidak meletakkan sasaran khusus buat pelumba-pelumba mereka yang beraksi dalam kategori Wira terutama menjelang saingan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan berlangsung di Temerloh pada 5 dan 6 Oktober ini.

SIFU GESA TENGKU AMIRUL LEBIH MATANG
28 September 2013
Tengku Amirul Haffiruddin perlu bertindak lebih matang jika ingin meraih kemenangan terutama menjelang saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 5 dan 6 Oktober ini.





ELLY BELUM HILANG TARING
24 September 2013

Kemunculan kembali Elly Idzlianizar Ilias nyata berbaloi apabila dia berjaya menamatkan perlumbaan CP130 di atas podium pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Stadium Kluang, Johor, semalam.

YAMAHA: AZAM PAMER AKSI MENDEBARKAN
22 September 2013


Bermula di petak keempat tidak menghalang pendahulu keseluruhan Mohd Azam Omar untuk terus mengutip mata pada perlumbaan akhir pusingan keeenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Kluang, hari ini.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI RAIH PODIUM KELIMA
22 September 2013


Pendahulu keseluruhan kategori Cabaran Suzuki Belang, Tengku Syahmi Tuan Yusoff meraih gelaran podium kelimanya pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Stadium Kluang, Johor hari ini.

HONDA: IZRUL HUZAIMIE TERUS KONSISTEN
22 September 2013


Mohd Izrul Huzaimie Amran sekali lagi memahatkan namanya di atas podium apabila muncul juara dengan catatan 8:46.029 saat bagi kategori Cabaran Honda Future di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Kluang, Johor hari ini.

PRIVATEER: ANG BANGKIT DI KLUANG
22 September 2013


Stadium Kluang, Johor menjadi saksi kepada kebangkitan Ang Beng Seang apabila berjaya menjuarai kelas Persendirian Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 hari ini.

WIRA: WARNER PUMPS-YSP KUASAI KLUANG
22 September 2013


Duo Warners Pumps-YSP mendominasi kategori Wira setelah Mohd Hafiza Rofa dan Mohd Shafiq Rasol berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua.

CP115: FAKRUSY RAIH KEMENANGAN KETIGA
22 September 2013


Fakhrusy Syakirin Rostam mencatat kemenangan ketiganya pada musim ini setelah menjuarai perlumbaan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berakhir di Stadium Kluang, Johor, hari ini.

CP130: TRIO SCK SAPU BERSIH KLUANG
22 September 2013

Pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mendominasi saingan CP130setelah membolot ketiga-tiga kedudukan podium pada perlumbaan akhir Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Stadium Kluang, Johor, hari ini.

YAMAHA: KHAIRUL CIPTA GERUN DI SAAT AKHIR
21 September 2013


Pelumba pilihan bagi cabaran Siri Super Yamaha 135, Mohd Khairul Ikhwan Ajis menepati ramalan apabila mencipta gerun disaat akhir  sesi ujian masa di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Kluang, Johor pada Sabtu.

HONDA: AKID AZAM TEBUS KECEWA
21 September 2013

 
Skrip pada perlumbaan akhir pusingan kelima seakan berulang kembali apabila pelumba Mohd Akid Aziz dan Mohd Izrul Huzaimie memberikan saingan sengit pada sesi ujian masa Cabaran Honda Future pusingan keenam bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kluang, Johor hari ini.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI TERIMA CABARAN AWAL
21 September 2013


Litar di Stadium Kluang, Johor menyaksikan pendahulu Cabaran Suzuki Belang, Tengku Syahmi Tuan Yusoff menerima tentangan awal daripada Mohd Hafiz Hasmi yang mempamerkan aksi terbaik dengan melakukan catatan terpantas bagi pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 hari ini.

PRIVATEER: ANG BERI AMARAN AWAL
21 September 2013


Setelah gagal menempatkan diri di atas podium pada pusingan kelima lalu, Ang Beng Seang melaungkan amaran awal buat pencabarnya setelah mencatatat masa terpantas 50.818 saat pada sesi ujian masa kelas Persendirian pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Kluang, Johor hari ini.

WIRA: SHAFIQ PAMER BELANG
21 September 2013


Mohd Shafiq Rosli memperaga aksi bertenaga untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori WIRA pada saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Kompleks Sukan Kluang, Johor hari ini.

CP115: HAFIZ MANFAAT TEMPOH REHAT PANJANG
21 September 2013


Mohd Hafiz Nor Azman memanfaatkan tempoh rehat panjang untuk tampil memberikan aksi terbaik apabila berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Stadium Kluang, Johor, hari ini.

CP130: AFFENDI CATAT REKOD BARU DI KLUANG
21 September 2013

Mohd Affendi Rosli berada pada prestasi terbaik apabila muncul pelumba terpantas dengan catatan rekod baru litar pada sesi ujian masa CP130 Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Stadium Kluang, Johor, hari ini.

CP115: HAFIZUDDIN TANGGUH AKSI CUB PRIX SERTAI PLKN
21 September 2013

Kempen Mohd Hafizuddin Azahar di dalam saingan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013  terpaksa ditangguhkan seketika berikutan pelumba muda itu berada di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ketika ini.

CP130: ELLY KEMBALI KE CUB PRIX GANTI AZLAN
20 September 2013

Selepas setahun menyepi, Elly Idzlianizar Ilias membuat kemunculan semula apabila akan beraksi pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Kluang, Johor, hujung minggu ini.

FAKHRUSY PULIH, TIDAK SABAR BERLUMBA DI KLUANG
18 September 2013

Selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan, Fakhrusy Syakirin Rostam sudah tidak sabar untuk kembali meneruskan aksi dalam saingan CP115 bagi menghadapi Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Kluang, Johor, hujung minggu ini.

FUAD SASAR KEKAL REKOD CEMERLANG DI KLUANG
17 September 2013

Ahmad Fuad Baharudin meletakkan sasaran untuk mengekalkan rekodnya sebagai pelumba CP130 paling banyak memenangi perlumbaan kategori perdana di Litar Kompleks Sukan Kluang, Johor menjelang Pusingan Keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada 21 dan 22 September ini.

RAMDAN BERGELAR JUARA SUPERSPORTS ZHUHAI,  ALIH TUMPUAN KE CUB PRIX
16 September 2013

Mohd Ramdan Mohd Rosli mengharumkan nama negara apabila dia bergelar juara keseluruhan Supersports 600cc pada musim sulungnya beraksi dalam Kejuaraan Superbike Zhuhai (ZIC Superbike Series) di Zhuhai, Cina semalam.

ARRC: AZLAN RAIH PODIUM KE-10 BERTURUT-TURUT
8 September 2013

Sepuluh podium berturut-turut dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) setakat ini membuktikan Azlan Shah Kamaruzaman merupakan antara pelumba terbaik di peringkat Asia pada ketika ini.

ARRC: YUZY PACHIE TAWAN PERLUMBAAN 1 UB115, AZLAN DI ATAS PODIUM
7 September 2013

Beraksi di halaman sendiri jelas memberikan kelebihan buat Katsuaki Fujiwara apabila dia berjaya menjuarai Perlumbaan 1 SuperSports 600cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hari ini.

ARRC: AFFENDI SEMANGAT KENTAL
6 September 2013

Walaupun cedera, pelumba Underbone 115cc Malaysia, Mohd Affendi Rosli tekad untuk beraksi pada saingan final Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun hujung minggu ini.

ARRC: MASALAH JENTERA DIATASI, ZAMRI YAKIN BURU PODIUM
6 September 2013

Masalah jentera tidak lagi menghantui Mohd Zamri Baba selepas pelumba SuperSports 600cc negara itu berjaya mencatat masa kelima terpantas pada sesi kelayakan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hari ini.

ARRC: AZLAN KEKAL MOMENTUM
5 September 2013

Pelumba negara yang bakal beraksi dalam saingan Moto2 Kejuaraan Grand Prix Dunia, Azlan Shah terus mengekalkan momentum untuk muncul sebagai pelumba ketiga terpantas pada sesi latihan bebas SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun hari ini.

TIADA WILDCARD, AZLAN TERUS KE MOTO2 SERTAI HONDA TEAM ASIA
2 September 2013


Berita gembira buat peminat sukan permotoran negara apabila kini giliran seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman akan beraksi di pentas Kejuaraan Grand Prix Dunia (MotoGP) bermula pusingan ke-13 di San Marino pada 11 hingga 13 September ini.

ARRC: NAKATOMI DOMINASI SUZUKA
1 September 2013

Pelumba wildcard Shinichi Nakatomi menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk menguasai saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hari ini.

ARRC: AZLAN REBUT PETAK PERTAMA, AFIF DI BARIS HADAPAN
31 Ogos 2013

Azlan Shah Kamaruzaman memperaga aksi cemerlang apabila berjaya menguasai sesi kelayakan SuperSports 600cc Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hari ini.

ARRC: AZLAN WASPADA ANCAMAN PELUMBA JEPUN
30 Ogos 2013

Pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman berwaspada terhadap ancaman pelumba- pelumba Jepun pada saingan SuperSports 600cc Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang bermula di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hari ini.

ARRC: ZAMRI TIDAK GENTAR DENGAN KELEBIHAN PELUMBA HONDA DI SUZUKA
29 Ogos 2013

Mohd Zamri Baba tidak berasa sebarang tekanan untuk menghadapi  Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung buat pertama kali di Litar Antarabangsa Suzuka, litar yang dilihat memberi banyak kelebihan buat pelumba Honda pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

ARRC: DUA PUSINGAN JEPUN JANJI AKSI MENCABAR
28 Ogos 2013


Selepas berehat seketika, saingan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) bersambung dengan menjanjikan saingan lebih menarik buat para pelumba dan pasukan-pasukan Malaysia yang bertanding.

JEMPOL, TEMERLOH DIPERKENAL DALAM SEPARUH MUSIM KEDUA CUB PRIX
27 Ogos 2013

Setelah cuti rehat separuh musim yang panjang, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kini kembali dengan Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) menjanjikan saingan yang lebih menarik termasuk dengan pengumuman beberapa venue baru untuk musim ini.

AZLAN, TAKAHASHI PAMER AKSI BERTENAGA DI SUZUKA
28 July 2013

Azlan Shah Kamaruzaman membuktikan dia bukan calang-calang pelumba apabila dia dan rakan sepasukan, Yuki Takahashi mencatat keputusan memberangsangkan dalam saingan berprestif Suzuka 8-Hour Endurance Race di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini.

SASI, ROZAIMAN CEMERLANG DI SUZUKA
27 Julai 2013

Kekurangan pengalaman memacu jentera 600cc tidak menjadi penghalang buat Sasitharen Sukumaran dan Mohd Rozaiman Mohd Said mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan sulung mereka dalam saingan Suzuka 4-Hour Endurance Road Race apabila mereka berjaya meraih podium di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini.

TAMADA CEDERA, AZLAN AMBIL ALIH TERAJUI CABARAN HONDA TEAM ASIA
26 Julai 2013

Azlan Shah Kamaruzaman secara mengejut mengambil alih tugas selaku pelumba utama Honda Team Asia selepas rakan sepasukan, Makoto Tamada cedera dalam kemalangan pada sesi kelayakan Suzuka 8-Hour Endurance Road Race di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini.

GANDINGAN BERSAMA TAMADA, TAKAHASHI TINGKAT KEYAKINAN AZLAN HADAPI SAINGAN SUZUKA 8-HOUR
25 Julai 2013

Azlan Shah Kamaruzaman optimis mampu mencatat keputusan cemerlang apabila bakal bergandingan dengan dua pelumba bertaraf dunia di dalam pasukan Honda Team Asia bagi menghadapi saingan Suzuka 8-Hour Endurance Road Race di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun minggu ini.

BOON SIEW HONDA MALAYSIA GUNA JURUTERA TEMPATAN SEPENUHNYA
24 Julai 2013

Juara dua kali berturut-turut, Boon Siew Honda Racing Malaysia mengambil langkah untuk menggunakan tenaga tempatan sepenuhnya dalam usaha mempertahankan kemenangan dalam saingan Suzuka 4-Hour Endurance edisi ke-36 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, minggu ini.

ROZAIMAN, SASI BERAKSI DI SUZUKA
24 Julai 2013

Mohd Rozaiman Mohd Said dan Sasitharen Sukumaran cukup teruja untuk tampil buat pertama kali dalam saingan berprestij Kejuaraan Suzuka 4-Hour Endurance yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, minggu ini.

ZAQHWAN TIDAK TERSENARAI KE JEPUN
23 Julai 2013

Boon Siew Honda Racing Malaysia mengumumkan pelumba muda mereka, Mohd Zaqhwan Zaidi tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan terkemuka Suzuka Endurance Race ke-36 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun pada 26 hingga 28 Julai ini.

ARRC: AZLAN KEKAL PENDAHULU, AFIF KEMBALI BERKUASA DALAM UB115
14 Julai 2013

Pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing menguasai aksi Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) apabila kedua-dua pelumba, Makoto Tamada dan Azlan Shah Kamaruzaman meraih kedudukan podium satu - dua sebaik perlumbaan berakhir di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, hari ini.

ARRC: AZLAN, AFIF REBUT PETAK PERTAMA, CATAT REKOD BARU LITAR
13 Julai 2013


Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman memperaga aksi cemerlang apabila bakal memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama setelah berjaya mencatat masa terpantas sesi kelayakan SuperSports 600cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, hari ini.

ARRC: ZAMRI CATAT REKOD BARU LITAR
12 July 2013


Pelbagai perubahan yang dilakukan di Litar Lumba Motor Madras menghadirkan keyakinan baru buat pelumba-pelumba yang tampil beraksi pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) minggu ini.

ARRC: ZAMRI ELAK AMBIL RISIKO DI CHENNAI
12 Julai 2013

Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Mohd Zamri Baba ingin mengambil langkah berhati-hati menjelang pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Lumba Motor Madras (MMRT) di Chennai, India pada 12 hingga 14 Julai ini.

ARRC: AZLAN MAHU LEBAR JURANG PENDAHULU
10 Julai 2013

Pelumba SuperSports 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzaman meletakkan sasaran untuk memenangi kedua-dua perlumbaan pada saingan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2013 di Litar Lumba Motor Madras (MMRT), Chennai, India minggu ini bagi terus melebarkan jurang selaku pendahulu keseluruhan.

ARRC: NORIZMAN MAHU KEKAL MOMENTUM
9 Julai 2013

Pelumba Malaysia, Norizman Ismail tekad untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam kategori Underbone 115cc menjelang saingan pusingan tiga Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Lumba Motor Madras (MMRT) di Chennai, India pada hujung minggu ini.

ARRC: KHAIRUL JANGKA SAINGAN TERBUKA
8 Julai 2013

Pelumba muda negara, Khairul Idham Pawi menjangkakan saingan Piala Impian Asia (Asia Dream Cup) pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Lumba Motor Madras (MMRT), Chennai, India hujung minggu ini pasti lebih 'terbuka'.

ARRC: LITAR MADRAS HOS PUSINGAN KETIGA
6 Julai 2013

Pelumba SuperSports 600cc, Underbone 115cc dan Piala Impian Asia (Asia Dream Cup) bersedia untuk menghadapi cabaran getir dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2013 apabila seluruh kontinjen menuju ke Litar Lumba Motosikal Madras (MMRT), Chennai, India pada 12 hingga 14 Julai ini.

CP130: SAINGAN SEMAKIN SENGIT, LIMA PEMENANG DALAM LIMA PERLUMBAAN
3 Julai 2013


Selepas lima pusingan berakhir dan memasuki musim rehat bersempena bulan Ramadan tidak lama lagi, pemburuan mahkota juara Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 kini semakin sengit.

PRIVATEER: SHAFIK KEKANG MUNISAMY REBUT KEMENANGAN TELUK INTAN
30 Jun 2013


Perlumbaan akhir kelas Persendirian menyaksikan Munisamy Naidu Arumugam mempamerkan semangat jitu untuk menaiki podium di petak pertama buat julung kalinya. Pelumba kelahiran Selangor ini namun akhirnya dikecewakan lawannya Mohd Shafik Hashim yang berjaya merampas kedudukan hingga tamat perlumbaan.

YAMAHA: KASMA DITIMPA MALANG DI TELUK INTAN
30 Jun 2013


Malang buat pelumba cilik Kasma Daniel Kasmayudin apabila kesilapan jumpstart yang dilakukannya menyebabkan dia dikenakan tindakan penalti Stop & Go selama 10 saat mengakibatkan kedudukan pendahulu dalam perlumbaan ini dirampas seteru utama Mohd Azam Omar.

HONDA: HUZAIMIE RAMPAS KEMENANGAN AKID
30 Jun 2013

Setelah mencatat masa terpantas pada sesi Ujian Masa sebelum ini, Mohd Akid Aziz kecewa apabila perlumbaan akhir Pusingan 5 Cabaran Honda Future melihat dia terpaksa tunduk di tempat kelima.

SUZUKI: TENGKU KEKAL KEDUDUKAN PENDAHULU
30 Jun 2013


Tengku Syahmi Tuan Yusoff mencuri tumpuan lagi apabila dia berjaya memenangi Cabaran Suzuki Belang bagi Pusingan 5 untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlansung kali ini di Teluk Intan, Perak.

WIRA: SYAFIQ GEGAR TELUK INTAN
30 Jun 2013


Mohd Syafiq Rosli beraksi cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan sebagai juara kategori WIRA pada pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan dengan masa keseluruhan  12:12.681s.

CP115: AMIRUL CEMERLANG DI LAMAN YUZY
30 Jun 2013


Mohd Amirul Ariff Musa mengikut jejak rakan sepasukannya, Zaqhwan Zaidi setelah berjaya meraih gelaran juara dalam saingan CP115, juga kemenangan pertama peribadi dirinya sepanjang musim ini dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

CP130: ZAQHWAN TEBUS KECEWA, RAIH JUARA DI TELUK INTAN
30 Jun 2013

Selepas kecewa sepanjang empat pusingan lepas, Mohd Zahwan Zaidi akhirnya berjaya meraih gelaran juara selepas memenangi perlumbaan kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  yang berakhir di Teluk Intan, Perak, hari ini.

YAMAHA: KASMA DANIEL RAPATI AZAM
29 Jun 2013


Dipetik sebelum memulakan sesi Ujian Masa, Kasma Daniel Kasmayudin berkata dia berharap kali ini dia berjaya merubah dominasi Mohd Azam Omar yang hampir sentiasa menjuarai setiap pusingan Siri Super Yamaha 135 bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

HONDA: AKID MAHU TAKLUK TELUK INTAN
29 Jun 2013

Sekali lagi, Mohd Akid Aziz berjaya menjadi pelumba terpantas dalam sesi Ujian Masa bagi Cabaran Honda Future bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlansung kali ini di Teluk Intan, Perak.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI TERPANTAS
29 Jun 2013


Tengku Syahmi Tuan Yusoff menepis asakan para pencabar Cabaran Suzuki Belang 2013 untuk merebut catatan masa terpantas pada sesi ujian masa pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan Hari ini.

PRIVATEER: AZLAN PAMER KEMAHIRAN
29 Jun 2013


Pelumba veteran Azlan Shah Saidun Hardi mencuri tumpuan dengan meletakkan dirinya sebagai pelumba terpantas sesi Ujian Masa kelas Persendirian di Teluk Intan, hos pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

WIRA: DEMAM TIDAK HALANG HAFIZA MUNCUL TERPANTAS
29 Jun 2013


Pendahulu keseluruhan, kategori WIRA, Mohd Hafiza Rofa memberi amaran awal untuk terus mendominasi saingan  setelah berjaya merakam catatan masa terpantas sesi ujian masa di Teluk Intan dengan catatan 1:00.081s.

CP115: HAFIZ KUASAI UJIAN MASA
29 Jun 2013


Saingan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan menyaksikan Mohd Hafiz Nor Azman (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) berjaya merakam catatan terpantas dengan catatan 58.622s, mengatasi catatan terpantas Mohd Amirul Ariff Musa (Givi Honda Yuzy Pachie) yang mencatatkan 58.691s.

CP130: ZAQHWAN 'RAJA' UJIAN MASA
29 Jun 2013

Mohd Zaqhwan Zaidy sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila berjaya mencatat masa terpantas kategori CP130 buat kali keempat berturut-turut pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

CP130: NORIZMAN BURU KEMENANGAN HATRIK DI TELUK INTAN
29 Jun 2013

Juara dua kali CP130/Expert, Norizman Ismail berazam untuk meletakkan dirinya kembali ke landasan pemburuan mahkota keseluruhan kategori CP130 dengan meraih kemenangan hatrik di litar Teluk Intan, tuan rumah bagi pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, yang akan berlangsung hujung minggu ini.

CP115: FARID YAKIN DENGAN PENINGKATAN MODENAS
28 Jun 2013


Mohd Farid Ahmad tidak sabar untuk turun beraksi pada saingan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak.

CP130: YUZY NASIHAT ZAQHWAN AGAR LEBIH TENANG
27 June 2013

Pengurus pasukan Givi Honda Yuzy Pachie, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini menasihatkan pelumba utamanya, Mohd Zaqhwan Zaidi agar lebih bertenang ketika menghadapi saingan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

CP115: HAFIZ MAHU JARAKKAN DIRI DARI FAKHRUSY
26 Jun 2013

Mohd Hafiz Nor Azman meletakkan matlamat untuk menjarakkan diri dari pencabarnya, Fakhrusy Syakirin Rostam di dalam kedudukan keseluruhan CP115 apabila turun beraksi pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, minggu ini.

WIRA: SYUKRAN BANGKIT TEBUS KESILAPAN
25 Jun 2013

Ahmad Syukran Aizat berjanji untuk menebus kesilapan yang berlaku sewaktu perlumbaan lepas di Muar, Johor pada perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak.

WIRA: AMIRUL HAKIM MAHU LEBIH AGRESIF
23 Jun 2013

Pelumba remaja, Amirul Hakim Mohd Rizal berharap untuk terus kekal antara pelumba yang mampu merebut gelaran juara keseluruhan WIRA musim ini menjelang saingan pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI HARAP TUAH DI TELUK INTAN
22 Jun 2013

Pendahulu Cabaran Suzuki Belang 2013, Tengku Syahmi Tuan Yusoff berharap nasib baik lebih menyebelahinya pada saingan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak.

HONDA: KEMBAR IZRUL SASAR KEKAL DOMINASI
21 June 2013

Pasangan pelumba kembar seiras, Mohd Izrul Huzairie Amran dan Mohd Izrul Huzaimie Amran tekad untuk meneruskan dominasi mereka dalam Cabaran Honda Future pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak pada 29 dan 30 Jun ini.

WILDCARD KEDUA HAFIZH DI CATALUNYA
13 Jun 2013

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menerima tiket wildcard kedua apabila dijadualkan akan beraksi di dalam sainganbkategori Moto2 pada perlumbaan pusingan keenam Grand Prix Dunia (MotoGP) di Litar Catalunya, Sepanyol, 14 hingga 16 Jun ini.

FEATURE: PERTEMBUNGAN MENARIK YAMAHA DAN HONDA
10 Jun 2013

Saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Muar, Johor, semalam dilihat menjadi titik tolak kepada pertembungan yang lebih menarik untuk musim ini.

SUZUKI: TENGKU SUNGKUR DI LITAR MUAR
9 Jun 2013

 
Setelah pusingan lepas menyaksikan Tengku Syahmi tidak berjaya menduduki tempat pertama seperti di awal musim, pusingan kali ini di Muar menjadi harapan baru buat pelumba kelahiran Kelantan ini serta peminatnya namun Tengku bukan sahaja gagal menjuarai pusingan, dia juga terpaksa keluar dari perlumbaan akibat kemalangan.

YAMAHA: AZAM GAGAL DI MUAR
9 Jun 2013

 
Mohd Azam Omar nampaknya tidak begitu bernasib baik apabila pelumba kelahiran Terengganu ini bukan sahaja mengalami perlanggaran begitu awal dalam perlumbaan malah dia juga gagal merakam kemenangan sempurna sejak mendominasi tiga pusingan sebelum ini.

HONDA: IZRUL MUSNAHKAN HARAPAN AKID
9 Jun 2013

 
Catatan terpantas serta permulaan di petak pertama gagal membantu Mohd Akid Aziz mencari kemenangan pertamanya dalam Cabaran Honda Future setakat Pusingan 4 di Muar, Johor ini. Beraksi untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Akid namun begitu berjaya menang tempat kedua di belakang Mohd Izrul Huzairie.

PRIVATEER: FIFIE KEMBALI KE PODIUM DI BELAKANG AZLAN DAN MUNISAMY
9 Jun 2013

 
Bukan sahaja berjaya mengejutkan ramai pihak ketika menaiki podium di Terengganu, dia juga berjaya mendaki tangga podium itu sekali lagi kali ini di Muar, Johor untuk Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi kelas Persendirian. Menang di tempat ketiga, Fifie berdiri di belakang pemenang Azlan Shah Saidun Hardi dan Munisamy Naidu Arumugam.

WIRA: KHAIRUL SEKAT HAFIZA
9 Jun 2013


Dalam kategori Wira, Khairul Idham Pawi muncul juara sekaligus berjaya menamatkan dominasi Mohd Hafiza Rofa yang telah meraih kemenangan hatrik sepanjang tiga pusingan lepas.

CP115: AFIF RAIH KEMENANGAN PERTAMA DI MUAR
9 Jun 2013

Ahmad Afif Amran akhirnya berjaya meraih gelaran juara setelah sekadar muncul naib juara pada dua pusingan lepas di Melaka dan Terengganu dalam kategori CP115.

CP130: ZAMRI GAH TAKLUK MUAR
9 Jun 2013


Mohd Zamri Baba berjaya meraih kemenangan pertama musim 2013 setelah gah menjuarai perlumbaan CP130 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Muar, Johor, hari ini.

SUZUKI: ZULKEFLI KEJUT PENCABAR
8 June 2013

Mohd Zulkefli Ali mengejutkan para pencabar Cabaran Suzuki Belang 2013 apabila dia berjaya mencatat masa terbaik pada sesi ujian masa pusingan empat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

YAMAHA: AZAM HAMPIRI MATLAMAT
8 Jun 2013


Mohd Azam Omar menghampiri objektif untuk merangkul kemenangan keempatnya musim ini dalam Cabaran Siri Super Yamaha 135 PETRONAS apabila dia muncul pelumba terbaik pada sesi ujian masa pusingan empat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor.

HONDA: AKID REBUT TEMPAT TERPANTAS
8 Jun 2013

 
Mohd Akid Aziz memulakan cabaran pusingan empat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan langkah kanan apabila dia berjaya mengatasi kembar, Izrul Huzairie dan Izrul Huzaimie bagi mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa Cabaran Honda Future di Muar, Johor



PRIVATEER: AZLAN TERPANTAS ATASI ANG BENG SEANG
8 Jun 2013


Azlan Shah Saidun Sardi menyengat pada sesi ujian masa kategori Privateer untuk mengatasi seteru utama, Ang Beng Seang di Litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar, Johor hari ini.

WIRA: KHAIRUL LAUNG AMARAN AWAL
8 Jun 2013


Dalam saingan Wira, Khairul Idham Pawi dari pasukan Hyperspeed YAM Honda Racing berjaya menyekat penguasaan Mohd Hafiza Rofa (Warners Pumps-YSP) apabila muncul pelumba terpantas setelah berjaya merakamkan masa terpantas 42.553s.

CP115: FAKHRUSY HAMPIRI HATRIK
8 Jun 2013


Saingan ujian masa kategori CP115 menyaksikan ia dikuasai barisan pelumba muda setelah Fakhrusy Syakirin Rostam muncul pelumba terpantas dengan catatan masa terbaik 41.832s pada sesi ujian masa pusingan empat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor hari ini.

CP130: ZAQHWAN TERPANTAS DI MUAR
8 Jun 2013

Pelumba muda, Mohd Zaqhwan Zaidi menguasai sesi ujian masa bagi kategori CP130 setelah berjaya mencatat masa terpantas pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Muar, Johor, hari ini.

CP130: SHAHRIL KEMBALI KE KANCAH CUB PRIX
7 Jun 2013

Selepas hampir enam bulan menyepi, Shahril Izzuwan Mohd Noor bakal kembali ke kancah Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pusingan empat di Litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar.

CP130: AFFENDI BURU PODIUM SEBAGAI HADIAH HARI LAHIR
6 Jun 2013

Pelumba pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Affendi Rosli meletakkan sasaran untuk menaiki podium sempena menyambut hari jadinya pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar.

CP130: ADLI TEKAD TEBUS KECEWA DI MUAR
5 June 2013

Mohd Adli Salihin mahu bangkit menebus kekecewaan di Terengganu pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar, Johor hujung minggu ini.

CP115: FAKHRUSY SASAR HATRIK DI MUAR
4 Jun 2013


Fakhrusy Syakirin Rostam menyasarkan untuk mencipta hatrik dalam kategori CP115 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor hujung minggu ini.

CP130: AZLAN CEMERLANG DI AUTOPOLIS
3 Jun 2013

Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan sulungnya di dalam kategori JSB1000 Kejuaraan MFJ All Japan di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun yang dilanda hujan lebat hujung minggu lalu.

WIRA: SYAFIQ SANDAR HARAPAN PADA STRATEGI BERPASUKAN
2 Jun 2013

Juara Cabaran Suzuki Belang 2012, Mohd Syafiq Rosli berharap untuk membentuk strategi berpasukan bersama rakan sepasukan, Khairul Idham Pawi menjelang pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor.

YAMAHA: AZAM KEJAR KEMENANGAN KEEMPAT BERTURUT-TURUT
1 Jun 2013

Pelumba muda Mohd Azam Omar berhasrat untuk merebut kemenangan keempat berturut-turut menjelang Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Muar, Johor pada 8 dan 9 Jun ini.

CP130: AZLAN SERTAI PERLUMBAAN JSB1000 MFJ ALL JAPAN
31 Mei  2013

Pelumba SuperSports 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzaman melalui musim paling sibuk dalam karier perlumbaannya pada musim 2013 ini. Selepas dua minggu perlumbaan berturut-turut bermula dari Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Indonesia diikuti Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Terengganu, pelumba berusia 29 tahun itu akan ke Jepun minggu ini untuk menjalani latihan persediaan untuk menghadapi Kejuaraan Suzuka 8 Hour Endurance Road Race 2013.

FEATURE: TAHUN 2013 MASA UNTUK HAFIZA MENYINAR
26 Mei 2013

Selama empat tahun berada di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, tahun 2013 dilihat sebagai musim terbaik untuk Mohd Hafiza Rofa memburu gelaran utama dalam kariernya.

HONDA: AKID DIKETEPIKAN PASANGAN KEMBAR IZRUL
25 Mei 2013


Sekali lagi, pasangan kembar Izrul berjaya mendominasi Cabaran Honda Future bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Mohd Izrul Huzairie Amran kali ini menang tempat pertama disaksikan penonton litar Kuala Terengganu, Terengganu.

SUZUKI: HAFIZT SEKAT TENGKU SYAHMI
25 Mei 2013


Mohd Hafizt Hasmi muncul juara perlumbaan Cabaran Suzuki Belang Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu hari ini, sekaligus menyekat dominasi Tengku Syahmi Tuan Yusoff yang telah meraih kemenangan berganda sepanjang dua perlumbaan lepas.

YAMAHA: AZAM RAIH HATRIK
25 Mei 2013


Mohd Azam Omar berjaya meraih gelaran hatrik selepas berjaya memenangi perlumbaan Siri Super Yamaha 135 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu, hari ini.

PRIVATEER: SITI NORAFIZAH JEJAK PODIUM
25 Mei 2013


Siti Norafizah Muhamad akhirnya mendapat peluang yang lama ditunggu-tunggu. Pusingan Tiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS menyaksikan Siti Norafizah menang tempat kedua dalam kelas Persendirian setelah genap semusim beliau kemarau kemenangan.

WIRA: HAFIZA CATAT HAT-TRICK
25 Mei 2013


Mohd Hafiza Rofa meraih gelaran ketiganya pada musim ini setelah berjaya muncul juara perlumbaan Wira, dan lebih manis kejayaan ini di raih di halamannya sendiri.

CP115: FAKHRUSY CATAT KEMENANGAN KEDUA
25 Mei 2013


Fakhrusy Syakirin Rostam sekali lagi berjaya mengetepikan cabaran Ahmad Afif Amran untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut pada tahun pertamanya dalam kelas pertengahan ini.

CP130: AFFENDI JUARA, TEBUS KECEWA TIDAK BERAKSI DI ARRC
25 May 2013


Mohd Affendi Rosli menebus kekecewaan tidak beraksi pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) apabila berjaya mengungguli perlumbaan CP130 Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu, hari ini.

HONDA: AKID ATASI PASANGAN KEMBAR
24 Mei 2013

Kelebihan mempunyai tubuh badan yang kecil digunakan sepenuhnya oleh tiga pelumba, Mohd Akid Aziz dan Mohd Izrul Huzairie Amran serta pasangan kembarnya, Mohd Izrul Huzaimie Amran untuk mendahului lain-lain pelumba dalam sesi ujian masa hari ini.

SUZUKI: MOHD HAFIZ ATASI TENGKU SYAHMI
24 Mei 2013


Saingan Cabaran Suzuki Belang menyaksikan Mohd Hafiz Hazmi mengejutkan pendahulu keseluruhan yang juga juara berganda bagi kategori ini, Tengku Syahmi Tuan Yusoff apabila berjaya muncul pelumba terpantas sesi ujian masa hari ini.

YAMAHA: AZAM SUKAR DI GUGAT
24 Mei 2013


Pendahulu keseluruhan, Mohd Azam Omar membuktikan kehandalannya apabila berjaya meguasai sesi ujian masa Siri Super Yamaha 135 dengan melakukan catatan masa terpantas 44.103s, 0.425s di hadapan Mohd Iqbal Amri Abd Malek yang mencatatkan 44.528s.

PRIVATEER: PELUMBA KUMPULAN B KUASAI UJIAN MASA
24 Mei 2013


Saingan kategori Persendirian menyaksikan ketiga-tiga catatan masa terpantas sesi ujian masa datangnya dari pelumba yang berada di Kumpulan B.

WIRA: HAFIZA TERPANTAS
24 Mei 2013


Dua pelumba Warner Pumps-YSP mempamer aksi cemerlang dalam sesi ujian masa kategori WIRA pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Terengganu.

CP115: MAZ RACING DOMINASI UJIAN MASA
24 Mei 2013


Dua pelumba MAZ Racing mendominasi sesi ujian masa kategori CP 115 setelah Mohd Haeikal Akmal Zakaria muncul pelumba terpantas di Litar Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu.

CP130: ZAQHWAN PERAGA AKSI BERTENAGA
24 May 2013

Mohd Zaqhwan Zaidi memperaga aksi bertenaga apabila berjaya mencatat masa terpantas sesi ujian masa yang juga merupakan rekod baru litar bagi kategori CP130 pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu, hari ini.

CP130: FAZRUL TEKAD BANGKIT, BURU PODIUM PERTAMA MUSIM 2013
23 May 2013

Ahmad Fazrul Sham mahu bangkit menebus kehampaan menjelang perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu.

CP115: ROZAIMAN BERALIH KELAS
22 Mei 2013

Pasukan GiVi Honda Yuzy Pachie melakukan pertukaran strategi apabila meletakkan Mohd Rozaiman Mohd Said kembali ke kelas CP115, menggantikan tempat Wan Mohd Hadri Wan Mukhtar bagi menghadapi Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Terengganu pada 24 dan 25 Mei ini.

CP115: RAFIE PERCAYA JENTERA MODENAS MAMPU BERSAING
21 Mei 2013

Mohd Rafie Mohd Nasir percaya banyak perkara yang perlu dilakukan terhadap jentera Modenas yang digunakan bagi menghadapi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang memasuki pusingan ketiga di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu.

CP115: EMIR FAREEZ MAHU MANFAAT KELEBIHAN HALAMAN SENDIRI FORTYONE
20 Mei 2013

Pelumba muda CP115, Mohd Emir Fareez Hasan berazam untuk terus meningkatkan prestasinya pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung di Terengganu, halaman sendiri buat pasukannya pada 24 dan 25 Mei ini.

ARRC: AZLAN, ZAMRI CEMERLANG DI INDONESIA
19 Mei 2013


Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zamri Baba mempamerkan aksi cemerlang apabila masing-masing berjaya memenangi perlumbaan SuperSports 600cc pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.

ARRC: AZLAN REBUT PETAK PERTAMA
18 Mei 2013


Azlan Shah Kamaruzaman beraksi cemerlang apabila bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah berjaya mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kategori SuperSports 600cc Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

ARRC: ZAMRI BERMULA BAIK DI LITAR SENTUL
17 May 2013


Pelumba negara, Mohd Zamri Baba memulakan saingan kategori SuperSports 600cc Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC)dengan positif setelah berjaya muncul pelumba kedua terpantas pada sesi latihan bebas hari pertama yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

ARRC: ZAMRI HARAP TUAH DI INDONESIA
17 Mei 2013


Mohd Zamri Baba berharap masalah teknikal tidak akan menghalang misinya untuk muncul cemerlang dalam perlumbaan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.

ARRC: AZLAN BERJAGA-JAGA DENGAN FUJIWARA
16 May 2013

Azlan Shah Kamaruzaman mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi seteru, Katsuaki Fujiwara yang tidak akan memberi laluan mudah untuknya menjelang pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Indonesia minggu ini.

ARRC: SHARIFFUDIN KEMBANG BAKAT
14 Mei 2013

Mohd Shariffudin Shamsuddin terus mengorak langkah sebagai salah satu pelumba berpotensi negara apabila dia terpilih untuk menyertai Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.

ARRC: KECEDERAAN HALANG AFFENDI BERAKSI DI INDONESIA
13 Mei 2013


Harapan pelumba Malaysia, Mohd Affendi Rosli untuk merapatkan jurang mata dalam Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS tidak kesampaian apabila dia terpaksa menarik diri daripada pusingan dua di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia ekoran kecederaan.

ARRC: AFIF NEKAD KEKAL KEDUDUKAN PENDAHULU
11 Mei 2013


Puas dengan prestasi yang dipamerkan setakat ini, Ahmad Afif Amran nekad untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu kategori Underbone 115cc menjelang pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.

ARRC: SASARAN REALISTIK BUAT FAITO FACTORY RACING
10 Mei 2013


Faito Factory Racing meletakkan sasaran realistik menjelang Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 17 hingga 19 Mei ini.

CUB PRIX TERENGGANU DI TUNDA KE 24 DAN 25 MEI
30 April 2013

Perlumbaan Pusingan Ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Gong Badak, Terengganu yang sepatutnya berlangsung pada 10 dan 11 Mei di tunda pada 24 dan 25 Mei ini.

YAMAHA: AZAM GAGAHI LITAR BASAH DI MELAKA
28 April 2013


Sekali lagi Mohd Azam Omar menyambung momentum kemenangan apabila dia menang tempat pertama dalam Perlumbaan Akhir bagi Siri Super Yamaha 135 PETRONAS untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

HONDA: KEMBAR IZRUL DOMINASI MELAKA
28 April 2013


Adik beradik kembar, Mohd Izrul Huzaimie dan Mohd Izrul Huzairie Amran nampaknya menepati jangkaan ramai apabila muncul di petak pertama dan kedua podium Cabaran Honda Future untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2013.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI JUARI LITAR HANG JEBAT
28 April 2013


Keputusan dalam jangkaan apabila Tengku Syahmi Tuan Yusoff berjaya menjuarai Cabaran Suzuki Belang dalam Pusingan Kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2013. Kali ini, perlumbaan berlansung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

PRIVATEER: ANG SAMBUNG KEMENANGAN DI MELAKA
28 April 2013


Di atas litar yang basah dan sangat licin, Ang Beng Seang menggagahi beberapa cabaran untuk muncul juara di litar Stadium Hang Jebat, Melaka dalam kelas Persendirian bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

WIRA: KEMENANGAN BERGANDA BUAT HAFIZA
28 April 2013


Mohd Hafiza Rofa meraih kemenangan berganda di Melaka sekaligus terus mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas dalam senarai keseluruhan kategori WIRA dengan memungut 50 mata maksimum.

CP115: FAKHRUSY CATAT KEMENANGAN PERTAMA CP115
28 April 2013


Dalam kategori CP115, kecederaan kaki tidak menghalang pelumba muda, Fakhrusy Syakirin Rostam untuk memenangi perlumbaan apabila berjaya menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan masa keseluruhan 13:25.534s.

CP130: AHMAD FUAD MASIH BERBISA
28 April 2013


Ahmad Fuad Baharudin membuktikan dirinya masih berbisa setelah berjaya menjuarai perlumbaan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

SUZUKI: TENGKU SYAHMI TERAJUI UJIAN MASA
27 April 2013


Setelah menjuarai Pusingan Satu di Batu Kawan tempoh hari, Tengku Syahmi Tuan Yusoff muncul di atas carta sekali lagi dengan catatan masa terpantas untuk sesi Ujian Masa bagi Cabaran Suzuki Belang dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlansung kali ini di Stadium Hang Jebat, Melaka.

YAMAHA: AZAM KETUAI SESI UJIAN MASA
27 April 2013


Sesi Ujian Masa melihat Mohd Azam Omar berjaya mendahului pelumba lain kali ini dalam Siri Super Yamaha 135 PETRONAS bagi melengkapkan perlumbaan satu pengeluar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

HONDA: IZRUL HUZAIMIE TERPANTAS DI MELAKA
27 April 2013


Kembali dalam Cabaran Honda Future bagi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlansung di Stadium Hang Jebat, kali ini Mohd Izrul Huzaimie Amran meletakkan dirinya di mata umum apabila muncul perlumba terpantas bagi sesi Ujian Masa.

PRIVATEER: ANG LOOKS SET TO CONQUER MALACCA
27 April 2013


Ang Beng Siang and Husni Kahar Khuri gave early warning that they might repeat their podium-winning run this time in the second round of 2013 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship here in Melaka‚€™s Stadium Hang Jebat.

WIRA: KHAIRUL TERPANTAS
27 April 2013


Juara Cabaran Honda Junior 2012, Khairul Idham Pawi kembali garang selepas aksi kurang memberangsangkan pada pusingan lalu untuk merampas masa terpantas dalam sesi ujian masa kategori WIRA di Stadium Hang Jebat, Malacca hari ini.

CP115: ENJIN BARU BANTU SHARIFFUDIN CATAT MASA TERPANTAS
27 April 2013


Di dalam kategori CP115, Mohd Shariffudin Shamsuddin dari pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ muncul pelumba terpantas dengan catatan terbaik 50.672s yang dilakukan pada pusingan kedua lagi.

CP130: ZAQHWAN TEKAD REBUT PODIUM
27 April 2013

Mohd Zaqhwan Zaidi tekad untuk merebut kedudukan podium setelah berjaya mencatat masa terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

CP130: TAUFIQ MULA TERTEKAN
26 April 2013

Meskipun berasa sedikit tertekan, Mohd Taufiq Roslan akui dia sudah bersedia untuk menghadapi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, apatah lagi bakal berlangsung di halaman sendiri, Stadium Hang Jebat, Melaka, hujung minggu ini.

CP115: HAFFIZ SERASI BERSAMA JENTERA HONDA
25 April 2013

Abdul Haffiz Rashid berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan sejak dia kembali ke Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 dan berharap dapat beraksi dengan lebih cemerlang menjelang pusingan kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka.

WIRA: FARIZNAZREEN MAHU TEBUS KESILAPAN
23 April 2013

Nurahmad Fariznazreen Faizulneezam Yeap mempunyai misi untuk merapatkan jurang dengan pendahulu dalam kategori Wira menjelang pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Hang Jebat, hujung minggu ini.

PODIUM ADC TINGKAT SEMANGAT FITRI, KHAIRUL
23 April 2013

Podium yang diraih Mohd Fitri Ashraf Razali dan Khairul Idham Pawi pada saingan pembukaan musim kedua Piala Impian Asia (ADC) di Litar Antarabangsa Sepang, semalam menjadi motivasi tambahan untuk mereka menghadapi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Stadium Hang Jebat, Melaka, 27 dan 28 April ini.

ARRC: AZLAN, AFIF CEMERLANG DI SEPANG
21 April 2013

Dua pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dan Ahmad Afif Amran mempamerkan aksi cemerlang apabila mendominasi kategori masing-masing pada Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

ARRC: AZLAN, ZAMRI, AMIRUL DI BARIS HADAPAN
20 April 2013

Azlan Shah Kamaruzaman berada di landasan terbaik memburu podium pertama saingan SuperSports 600cc untuk musim 2013 setelah berjaya mencatat masa kedua terpantas dalam sesi kelayakan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

ARRC: FUAD MAHU MANFAAT DARI ENJIN BARU KAWASAKI
18 April 2013

Ahmad Fuad Baharudin mahu menggunakan enjin Kawasaki baru dan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk menamatkan kemarau podium dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS.

ARRC: AMIRUL IDAM TAKHTA ARRC 2013
17 April 2013

Mohd Amirul Ariff Musa meletakkan sasaran tinggi pada musim ketiganya beraksi dalam saingan Underbone 115cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2013.

ARRC: PELUMBA MALAYSIA BERSEDIA HADAPI SAINGAN SENGIT
17 April 2013

Pelumba Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi perlumbaan SuperSports 600cc yang djangka semakin sengit dengan bertambahnya kehadiran pelumba-pelumba handalan Jepun pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

FEATURE: FAKHRUSY SERTAI ARRC
14 April 2013
 
Fakhrusy Syakirin Rostam memulakan langkah baru dalam kariernya apabila pelumba muda tersebut diumumkan bakal menyertai Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 April ini.

PROFIL: KHAIRUL TERUJA BUAT PENAMPILAN PERTAMA DI PENTAS ADC
13 April 2013
 
Juara Cabaran Honda Wave Junior 2012, Khairul Idham Pawi akui dia agak teruja menjelang penampilan pertamanya di dalam kategori Piala Impian Asia (ADC) yang akan berlangsung serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 April ini.

FEATURE: GRADUAN WIRA WARNAI KELAS CP115
9 April 2013


Pusingan pembukaan musim ke-20 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlangsung di Batu Kawan pada 6 dan 7 April lepas memperlihatkan banyak peralihan kelas di kalangan 155 pelumba yang turun beraksi.

SUZUKI: LANGKAH KANAN BUAT TENGKU SYAHMI
9 April 2013

 
Turun ke Batu Kawan dengan latihan lengkap, para pelumba Cabaran Suzuki Belang bukan sahaja menepati jangkaan tetapi mereka turut mempamerkan bakat dan kebolehan mengendalikan jentera Belang R.

YAMAHA: AZAM BOLOT KEMENANGAN PERTAMA
9 April 2013

 
Usia muda tidak menghalang Mohd Azam Omar membuktikan kehebatannya apabila dia muncul pemenang pertama dalam Siri Super Yamaha 135 PETRONAS Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

HONDA FUTURE: KEMBAR MENANG BESAR
9 April 2013

 
Kembar seiras, Mohd Izrul Huzairie dan Mohd Izrul Huzaimie Amran mempamerkan aksi menarik sewaktu pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Batu Kawan dalam Cabaran One-Make Honda Future.

PRIVATEER: ANG CURI TUMPUAN
9 April 2013

 
Kempen yang kurang sempurna tahun lalu dijadikan motivasi buat Ang Beng Seang yang muncul pemenang pertama 2013 dalam kategori Privateer Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

WIRA: HAFIZA CEMERLANG DI BATU KAWAN
7 April 2013


Pelumba pasukan Warner Pumps-YSP, Mohd Hafiza Rofa yang bermula dari petak ketiga muncul juara kategori WIRA dengan catatan masa keseluruhan 11:16.603s pada pusingan pembuka musim Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS 2013 di Stadium Batu Kawan.

CP115: GRADUAN WIRA DOMINASI SAINGAN
7 April 2013


Saingan kategori CP115 menyaksikan sedikit kejutan apabila dua kedudukan teratas dikuasai Tengku Amirul Haffiruddin dan Mohd Hafiz Nor Azman, pelumba 'rookie' yang baru beralih dari kategori Wira ke CP115 pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Batu Kawan.

AZLAN KEKAL MOMENTUM, CATAT KEMENANGAN PERTAMA DI BATU KAWAN
7 April 2013

Azlan Shah Kamaruzaman meneruskan momentum 'Sang Juara' apabila berjaya mengungguli perlumbaan CP130 pada saingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berakhir di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

HONDA FUTURE: WAFIYUDDIN TERPANTAS DI BATU KAWAN
6 April 2013


Saingan Cabaran Honda Future menyaksikan Mohd Wafiyuddin Mohd Shamsul dengan tenang mengendalikan jentera Honda Future yang pertama kali digunakan dalam perlumbaan satu pengeluar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila muncul pelumba terpantas ujian masa dengan catatan 1:01.476s.

YAMAHA SUPER SERIES: AZAM TERPANTAS
6 April 2013


Mohd Azam Omar terpaksa menunggu sehingga ke saat akhir sebelum muncul pelumba terpantas dalam sesi ujian masa Siri Super Yamaha 135 PETRONAS yang berlangsung serentak dengan pusingan pembuka musim Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hari ini.

SUZUKI BELANG: HAFIZ HASMI TERPANTAS DALAM UJIAN MASA
6 April 2013

Pusingan pembukaan Cabaran Suzuki Belang  kali ini menyaksikan persaingan diantara pelumba agak sengit dan jurang masa diantara lima pelumba teratas tidak begitu jauh, berbeza dibandingkan dengan dominasi penuh juara musim 2012, Mohd Syafiq Rosli dan Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff.

YSP TAMPIL GARANG
6 April 2013

Warner Pumps-YSP tampil garang pada aksi sulung musim ini apabila kedua-dua pelumba, Mohd Shafiq Rosli dan Hafiza Rofa mendominasi sesi ujian masa kategori WIRA di Stadium Batu Kawan hari ini.

MUHAIMIN IDAM KEMENANGAN PERTAMA SELEPAS MUNCUL TERPANTAS DI BATU KAWAN
6 April 2013

Jentera berwajah baru seakan menaikkan semangat juang Abdul Muhaimin Roslan apabila dia berjaya muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang membuka tirai musim 2013 di Stadium Batu Kawan, hari ini.

HONG LEONG YAMAHA PERKENAL PASUKAN STATUS 'FACTORY',
ZAMRI DAN ADLI KETUAI CABARAN CP130

6 April 2013

Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd (HLYM) mengambil pendekatan serius menghadapi musim baru dengan memperkenalkan pasukan baru, PETRONAS Yamaha - CKJ yang berstatus 'factory-team' dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

HAFIZ SEDIA CABAR PELUMBA SENIOR CP115
5 April 2013
 
Juara WIRA, Mohd Hafiz Nor Azman tampak bersemangat untuk memulakan kariernya dalam kategori CP115 walaupun terpaksa berhadapan para pelumba yang jauh lebih berpengalaman dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan membuka tirainya di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

RACELINE TUMPUKAN HAFIZH,
UNDUR SEKETIKA DARI KANCAH CUB PRIX

3 April 2013

PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline membuat keputusan untuk mengundur diri seketika dari kancah musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

BOON SIEW HONDA PERKENAL MODEL BARU UNTUK CUB PRIX 2013
31 Mac 2013
 
Bagi menghasilkan lebih ramai pelumba berkualiti tinggi, pihak Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan perlumbaan satu pengeluar Honda akan menggunakan jentera Future 125 dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

PROFIL: EMIR SUNTIK NAFAS BARU BERSAMA SUZUKI
30 Mac 2013
 
Mohd Emir Firdaus Hasan memulakan langkah baru dalam karier perlumbaannya setelah menanda-tangan perjanjian dengan pasukan berpengkalan di Terengganu, Suzuki FortyOne Racing untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013. Pelumba dari Pulau Pinang itu yang tamat kontraknya bersama Honda tahun lalu beralih kem untuk musim 2013 dengan harapan dapat mencabar takhta CP115.

FEATURE: JUARA-JUARA SIRI ONE-MAKE, KHAIRUL DAN SHAFIQ BERGANDING BAHU DALAM KELAS TERBUKA
1 April 2013

Team Hyperspeed YAM Honda Racing mengambil langkah unik menjelang musim baru apabila pasukan tersebut mendedahkan dua juara siri satu pengeluar musim lalu, Khairul Idham Pawi dan Mohd Shafiq Rosli bakal berganding bahu dalam kelas terbuka Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 6 dan 7 April ini.

CUB PRIX MERAIKAN EDISI KE-20 DENGAN FORMAT BARU PERLUMBAAN
27 Mac 2013

Majlis pelancaran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang memasuki edisi ke-20 pada tahun ini diraikan bersama-sama penaja utama, PETRONAS, rakan-rakan korporat, pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba dengan pengenalan beberapa format baru perlumbaan khususnya bagi kategori CP115 di Kuala Lumpur, hari ini.

BOON SIEW HONDA UMUM CALON-CALON HONDA FUTURE ONE-MAKE CHALLENGE 2013
26 Mac 2013


Selepas menganjurkan sesi pemilhan di Universiti Utara Malaysia baru-baru ini, Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan nama-nama 18 pelumba yang berjaya menyertai Cabaran Honda Future One-Make Challenge 2013 yang bakal berlangsung serentak dengan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013.

SUZUKI ASSEMBLERS UMUM NAMA CALON-CALON CABARAN SUZUKI BELANG 2013
19 Mac 2013

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd mengumumkan nama calon-calon yang berjaya dipilih bagi menyertai sesi pemilihan Cabaran Suzuki Belang 2013 di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 7 dan 8 Mac lalu.

HONG LEONG YAMAHA UMUM SENARAI PENDEK SESI PEMILIHAN PERTAMA YAMAHA ONE-MAKE 2013
19 Mac 2013

Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan senarai nama mereka yang berjaya terpilih menyertai sesi pemilihan pertama bagi menyertai Cabaran Yamaha 135 Super Series PETRONAS 2013. Sesi pemilihan tersebut diadakan di kompleks HLYM di Sungai Buloh pada 9 Mac lalu.

PELUMBA CUB PRIX BUAT KEMUNCULAN DI PETRONAS MOTORSPORTS DEMO RUN
15 Mac 2013
 
Satu aktiviti menarik buat peminat sukan permotoran apabila mereka berpeluang melihat secara dekat para pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysian PETRONAS beraksi di acara PETRONAS Motorsports Demo Run yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Mac ini.

FEATURE: MODENAS KEMBALI KE KANCAH CUB PRIX
11 Mac 2013

Setelah dua tahun menyepi jentera nasional, Modenas kembali semula ke kancah Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan dua buah pasukan baru, Modenas RS Moto Racing Team dan Modenas Cilik Racing Team.

ZAMRI BUAT PENAMPILAN DI HARI SAMBUTAN PEMINAT SUZUKA
4 Mac 2013

Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Mohd Zamri Baba menerima pengiktirafan apabila dijemput untuk membuat penampilan istimewa bersempena Sambutan Menghargai Peminat Litar Suzuka di Jepun, hujung minggu lalu.

PUSINGAN PEMBUKA TIRAI CUB PRIX DITANGGUH KE BATU KAWAN
3 Mac 2013

Penganjur Kejuaraan Cub Prix  AAM Malaysia PETRONAS, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) telah mengumumkan penangguhan pusingan pembuka tirai 2013 yang dijadualkan di Johor pada 9 dan 10 Mac ini ekoran venue yang ditetapkan tidak dapat digunakan.

RAMDAN LEBIH POSITIF HADAPI MUSIM 2013
2 Februari 2013

Segar selepas berehat panjang, Mohd Ramdan Mohd Rosli tampil dengan tekad tinggi untuk menebus kekecewaan yang dialami dalam kategori CP130 pada musim 2012 sebaik Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membuka tirainya Mac ini.

YY PANG RACING SEDIA KE PENTAS CP130
29 Januari 2013

Pasukan YY Pang Racing sudah bersedia untuk kembali beraksi dalam saingan kelas perdana Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila bakal menyertai kategori CP130 bagi musim 2013.

MISI HAFIZH, RAMDAN UNTUK MUSIM 2013
24 Januari 2013

Selepas meraih tempat keenam keseluruhan pada Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Buckler musim 2012, Hafizh Syahrin Abdullah kini mempunyai misi yang lebih besar.

MAJU MOTOR HARAP LEBIH CEMERLANG UNTUK MUSIM 2013
21 Januari 2013

Pasukan Maju Motor Racing berazam untuk beraksi dengan lebih cemerlang dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang bakal membuka tirainya pada Mac ini selepas melalui sebuah musim yang kurang memberansangkan tahun lalu.

PENDAFTARAN PERLUMBAAN SATU PENGELUAR MULA DIBUKA
16 Januari 2013

Berita baik buat remaja-remaja di luar sana yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelumba-pelumba di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal membuka tirai pada Mac ini. Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) bersama-sama tiga pengeluar motosikal di Malaysia,  Boon Siew Honda Sdn Bhd, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd dan Suzuki Assemblers (Malaysia) mula membuka pendaftaran permohonan bagi menyertai siri perlumbaan satu pengeluar untuk musim 2013 bermula 16 Januari sehingga 11 Februari ini.

YUZY DAN FELDA JALIN KERJASAMA KESAN BAKAT PELUMBA
11 January 2013

Sebagai usaha mengenalpasti lebih ramai bakat pelumba motosikal tempatan, Yuzy Racing dan Majlis Belia Felda (MBF) menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan program 'Alam Permotoran Bersama Shahrol Yuzy' bermula di Trolak, Perak, Ahad lepas.

'FITRI MAMPU JADI PENCABAR UTAMA,' SCK
8 Januari 2013


Pengurus SCK Honda Racing, Soong Chee Kieong percaya Mohd Fitri Ashraff Razali mempunyai keupayaan untuk  menjadi pencabar utama bagi merebut gelaran juara kategori CP130 sebaik Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 membuka tirai Mac ini.

PENGUMUMAN KALENDAR CUB PRIX 2013
4 Januari 2013


Berita baik buat peminat tegar sukan permotoran negara apabila pihak penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mengumumkan kalendar perlumbaan bagi musim 2013 hari ini

FEATURE: IKHWAN PERNAH KENA ROTAN
2 Januari 2013

Sukan pemotoran negara terus menjadi pilihan bagi kebanyakan remaja-remaja di Malaysia pada masa ini. Kejayaan Mohd Zulfahmi Khairudin meraih podium di pentas MotoGP turut menyemarakkan lagi minat dikalangan remaja berusia belasan tahun dalam menyemai  cita-cita mereka untuk bergelar pelumba.
Begitu juga bagi pelumba Siri Super Yamaha 135 PETRONAS Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang baru menjangkau usia 13 tahun pada Disember ini, Mohd Khairul Ikhwan Ajis.

YUZY RACING KEKAL BARISAN PELUMBA HADAPI MUSIM 2013
28 Disember 2012


Shahrol Yuzy Ahmad Zaini tidak akan melakukan sebarang rombakan terhadap barisan pelumbanya bagi menghadapi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 berikutan dengan kejayaan yang telah dicapai sepanjang musim lepas.

ROZALIMAN 'ANAK DIDIK' BARU AHM
18 Disember 2012


Kehadiran Mohd Rozaliman Zakaria pernah menarik perhatian komunitti dan peminat-peminat kancah Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, apatah lagi beraksi atas nama pasukan sendiri pada dua musim lalu. Namun awal musim 2012 menyaksikan pelumba yang berasal dari Terengganu ini kemudiannya menyertai pasukan Pachie Yuzy Honda Racing dengan menggalas cabaran CP115.

PROFIL: UI KAGUM DENGAN CUB PRIX
12 December 2012

Jurulatih PETRONAS Hong Leong Yamaha, Youichi Ui baru-baru ini berpeluang menyaksikan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix 2012 di Litar Batu Kawan. Dia berpendapat kejuaraan peringkat nasional ini cukup mengagumkan dari pelbagai aspek dan amat berbeza sekali dari kejuaraan-kejuaraan di Jepun. MCP berbual seketika dengan bekas pelumba MotoGP tersebut...

FEATURE: MUSIM CEMERLANG YUZY RACING
2 Disember 2012


Tahun 2012 berakhir dengan penuh cemerlang dan ceria buat Pengurus Pachie Yuzy Honda Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

ZAMRI JUARA SELEPAS DUA TAHUN
2 Disember 2012

Setelah menunggu sekian lama, Mohd Zamri Baba akhirnya berjaya meraih gelaran juara perlumbaan kelas perdana, CP130 setelah memenangi perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

AZHAR JULANG KEMENANGAN PERTAMA CP115, AMIRUL JUARA KESELURUHAN
2 Disember 2012


Dalam kategori CP115, selepas muncul naib juara pada pusingan pertama yang turut berlangsung di Litar Batu Kawan,  Mohd Azhar Abdul Jalil sekali lagi naik ke podium di sini, kali ini dia membawa pulang gelaran juara.

HAFIZ JUARA WIRA 2012, IZZAT DOMINASI SAINGAN BATU AKWAN
2 Disember 2012


Mohd Hafiz Nor Azman mengecapi cita-citanya untuk menjulang trofi Juara Keseluruhan WIRA 2012 walaupun hanya menamatkan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di tempat kedua.

MASALAH JENTERA BANTUT MISI KHAIRUL
2 Disember 2012


Satu lagi pertarungan sengit berlaku antara Khairul Azizi Abdul Mansor dan Mohd Imran Zulkafli apabila kedua pelumba bersaing hebat mengejar tempat pertama dalam Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan masalah jentera mencacatkan misi Khairul untuk menang kali terakhir musim ini meletakkan Imran di tangga teratas podium.

SYUKRAN TAKLUK BATU KAWAN, SYAFIQ JUARA SUZUKI
2 Disember 2012


Harapan Ahmad Syukran Aizat untuk menjuarai edisi pertama Cabaran Suzuki Belang tidak kesampaian apabila pencabar terdekat, Mohd Syafiq Rosli berjaya menyekatnya pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

QHUWARISMI CEMERLANG DI LAMAN SENDIRI
2 Disember 2012


Walaupun Khairul Idham Pawi telah dinobatkan juara keseluruhan, para pelumba Cabaran Honda Wave Junior tetap menunjukkan semangat tinggi untuk bersaing sengit di Litar Batu Kawan dan untuk muncul juara pada pusingan terakhir musim ini merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, Mohd Qhuwarismi Mohd Nasir.

IZZAT UNGGUL DI BATU KAWAN
2 Disember 2012


Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan mengesahkan gelaran juara Yamaha 135 Super Series PETRONAS miliknya dengan penuh gaya apabila dia memenangi pusingan terakhir di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.

IMRAN ATASI SYAFIQ DALAM UJIAN MASA PRIVATEER
1 Disember 2012

 
Khairul Azizi Abdul Mansor telah meninggalkan jurang yang besar dalam kutipan mata kategori Persendirian hingga tiada siapa mampu mencabarnya lagi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Namun persaingan tempat kedua masih lagi terbuka dan nampaknya Mohd Imran Zulkafli mungkin mempunyai sedikit kelebihan berbanding Mohd Syafiq Samad.

SYUKRAN NEKAD BERGELAR JUARA KESELURUHAN SUZUKI BELANG
1 Disember 2012


Persaingan di antara Ahmad Syukran Aizat dan Mohd Syafiq Rosli berterusan apabila kedua-dua pelumba menamatkan sesi ujian masa Cabaran Suzuki Belang di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang di kedudukan pertama dan kedua masing-masing.

AISAR BUKTI SEMANGAT JUANG HONDA WAVE
1 Disember 2012

Perebutan makhota Cabaran Honda Wave Junior edisi 2012 mungkin sudah berakhir apabila Khairul Idham Pawi dinamakan juara namun persaingan dilihat masih sengit apabila Mohd Aisar Ismail muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

NASRI BERI KEJUTAN. PELUMBA TERPANTAS YAMAHA ONE-MAKE
2 Disember 2012


Selepas beberapa pusingan tampil dengan prestasi kurang memberansangkan, Mohd Nasri Ishak kembali mengancam apabila dia mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa kelas Yamaha 135 Super Series PETRONAS di Litar Batu Kawan, hari ini.

AMIRUL TERPANTAS SESI UJIAN MASA CP115
1 Disember 2012


Dalam kategori CP115, hasrat Mohd Amirul Ariff Musa untuk menjulang mahkota keseluruhan musim ini semakin hampir setelah dia berjaya mencatat masa terpantas dengan catatan 53.945s.

ZAMRI KEJUTAKAN GRID CP130 UNTUK TAMPIL PELUMBA TERPANTAS
1 December 2012


Sementara itu, dalam saingan CP130 yang mana gelaran juara keseluruhan telahpun menjadi milik Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2), Mohd Zamri Baba mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul pelumba terpantas dengan catatan 53.107s.

HAFIZ JUARA WIRA
1 December 2012

Mohd Hafiz Nor Azman telah mengesahkan kedudukannya selaku juara keseluruhan kategori Wira sekalipun belum sempat membuat perhitungan dalam perlumbaan akhir pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

AZLAN MAHU PENAMAT BERGAYA
30 November 2012


Juara baru CP130, Azlan Shah Kamaruzaman mahu menamatkan saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2012 dengan meraih kemenangan pada pusingan terakhir di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Sabtu dan Ahad ini.

SHAHRIL MAHU MENANG DEMI PEMINAT
29 November 2012

Shahril Izzuwan Mohd Noor berhasrat untuk menghadiahkan kemenangan kepada peminat-peminatnya apabila turun beraksi dalam kategori CP115 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Batu Kawan.

HAIEKAL OPTIMIS ULANGI PENCAPAIAN PODIUM
28 November 2012

 
Mohd Haiekal Akmal Zakaria optimis dapat meraih satu lagi podium dalam kategori CP115 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

HAFIZ HARAP TUAH MENGIRINGI REBUT MAHKOTA WIRA
27 November 2012

 
Mohd Hafiz Nor Azman mengharapkan tuah  akan menyebelahinya bagi membolehkan dia bergelar Juara Keseluruhan kategori Wira menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang akan berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada 1 dan 2 Disember ini.

ADC: KEMENANGAN PERTAMA LONJAK SEMANGAT FITRI,
TURUT BERPELUANG UJI JENTERA MOTO3

27 November 2012

Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang baru berakhir di Qatar, Sabtu lepas menjadi pembakar semangat bagi pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan pada 1 dan 2 Disember ini.

ARRC: PELUMBA MALAYSIA MENYERLAH DI QATAR
24 November 2012

Perhitungan terakhir merebut mahkota kejuaraan kategori SuperSports 600cc berakhir penuh dramatik apabila Ryuichi Kiyonari ditabalkan sebagai juara pada perlumbaan terakhir sebaik pusingan keenam Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS menutup tirainya di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: AZLAN, ZAMRI BERMULA DARI BARISAN HADAPAN
23 November 2012

Penggunaan tayar kompaun lembut membantu Azlan Shah Kamaruzaman untuk melakukan catatan peribadi terbaik dalam kategori SuperSports 600cc sepanjang dua hari pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: TAYAR BARU BANTU AZLAN CATAT MASA TERPANTAS
22 November 2012

Strategi pasukan untuk menggunakan tayar baru pada sesi latihan bebas 2 membantu Azlan Shah Kamaruzaman untuk mencatat masa terpantas hari pertama bagi kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini (Khamis).

ARRC: ZAMRI SEDIA HADAPI CABARAN PUSINGAN AKHIR
21 November 2012


Usaha pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba untuk mempertahankan kedudukan tiga terbaik dalam kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS dilihat semakin mencabar apabila peraturan baru penggunaan tayar akan diperkenalkan pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar, pada 22 hingga 24 November ini.

ARRC: AZLAN KERAH KERINGAT BURU KEMENANGAN DI QATAR
20 November 2012

Pelumba yang baru dinobatkan sebagai Juara Cub Prix 2012, Azlan Shah Kamaruzaman akan mengerah segala keringat bagi meraih kedudukan podium kategori SuperSports 600cc pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 22 hingga 24 November ini.

ARRC: AMIRUL MAHU ULANGI KEJAYAAN DI TAIWAN
19 November 2012

Mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim 2012, Mohd Amirul Ariff Musa berharap dapat meneruskan momentum serupa pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pda 22 hingga 24 Oktober ini.

ARRC: SASI DAN FITRI SEDIA REBUT WILDCARD MOTO3
18 November 2012

Berita baik menanti dua pelumba negara, Mohd Fitri Ashraff Razali dan Sasitharen Sukumaran sebaik Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS 2012 menutup tirainya di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 24 November ini.

ARRC: PERLUMBAAN MALAM JADI KEMUNCAK SAINGAN
17 November 2012

Saingan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) menuju ke penghujung apabila seluruh kontinjen bakal bertandang ke Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 22 hingga 24 Oktober ini.

PUSINGAN TERAKHIR CUB PRIX BERTUKAR KE BATU KAWAN
19 November 2012

Pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 Disember ini di Padang Kota bertukar ke lokasi baru iaitu di Stadium Batu Kawan.

AFFENDI DILANTIK DUTA HOSPITAL SG BULOH
14 November 2012

Saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Sepang, Sabtu dan Ahad lepas menyaksikan juara kategori CP130, Mohd Affendi Rosli beraksi dengan tertera logo baru di topi keledar yang digunakannya.

KEMALANGAN AWAL TIDAK HALANG IZZAT JUARAI SIRI YAMAHA ONE-MAKE DI SEPANG
11 November 2012


Kemalangan di peringkat awal cabaran Yamaha 135 Super Series PETRONAS di litar Sepang, hos Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS gagal menjadi penghalang Mohd Izzat Zaidi mencatat kemenangan keenamnya musim ini.

SYUKRAN BALAS DENDAM
11 November 2012

Agak jelas apabila mula sahaja perlumbaan Pusingan 9 untuk Cabaran Suzuki Belang di Sepang kali ini, Ahmad Syukran Aizat bergitu nekad mahukan kemenangan selepas kembali dari pengecualian di Melaka.

IZUAF TAKLUK SEPANG
11 November 2012


Walaupun sudah tidak berpeluang menjuarai carta keseluruhan musim ini, Izuaf Sirun telah memenangi Pusingan 9 kali ini penuh gaya. Menyambung aksi baiknya sejak sesi ujian, Izuaf membawa kecermelangannya itu ke dalam perlumbaan akhir ini tanpa memberi ruang untuk sesiapapun mencabarnya.

KHAIRUL IDHAM JUARA HONDA WAVE EDISI 2012
11 November 2012


Khairul Idham Pawi melengkapkan satu musim yang cukup cemerlang apabila dia bergelar juara edisi 2012 Cabaran Honda Wave Junior pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di litar Sepang hari ini.

TENGKU AMIRUL RAIH GELARAN JUARA PERTAMA
11 November 2012


Sementara itu, Tengku Amirul Haffiruddin akhirnya berjaya meraih gelaran juara pertama dalam kategori Wira pada musim ini setelah melintasi garisan penamat dengan catatan masa keseluruhan  12:50.043s.

AMIRUL RAMPAS KEDUDUKAN PENDAHULU CP115
11 November 2012

Dalam kategori CP115, gelaran juara di litar Sepang membantu Mohd Amirul Ariff Musa (Pachie Yuzy Honda Racing) naik ke tangga teratas keseluruhan setelah menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13:53.823s, 0.173s dihadapan Shariffudin Shamsuddin (CKJ Yamaha Racing) manakala Mohd Haiekal Akmal Zakaria (AAP Mazoil Armstrong Motorsport) ketiga, 13:53.999s.

AZLAN JUARA KESELURUHAN CP130 2012
11 November 2012

Berbaki satu pusingan perlumbaan, Azlan Shah Kamaruzaman telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 sebaik Pusingan 9 berakhir di Litar Sepang Selatan, hari ini.

TENGKU AMIRUL TERPANTAS DI ATAS LITAR LICIN
10 November 2012
 
Ramai menjangkakan pelumba dominan Siri Super Yamaha PETRONAS akan tumpas di atas litar licin Sepang namun Tengku Amirul berjaya membuktikan sebaliknya. Melalui sesi Ujian Masa, Tengku Amirul mempersembahkan tunggangan yang baik untuk meninggalkan pelumba lain.

WAFIYUDDIN TERPANTAS DALAM UJIAN MASA HONDA ONE-MAKE
10 November 2012

 
Beberapa kemalangan kecil kelihatan pada permulaan sesi Ujian Masa untuk Cabaran Honda Wave Junior selepas hujan lebat yang turun sejurus sebelum sesi ini bermula. Walaupun kejuaraan sudah hampir pasti di tangan Khairul Idham Pawi, kesemua pelumba dikatakan masih ingin mencabar kejuaraan atas semangat kesukanan.

SYUKRAN KEMBALI BAWA CABARAN DALAM SUZUKI ONE-MAKE
10 November 2012

 
Sudah jelas Ahmad Syukran Aizat mahu peluang kedua memburu kejuaraan Cabaran Suzuki Belang apabila dia tidak mempedulikan keadaan cuaca yang buruk untuk mencatat masa terpantas bagi sesi Ujian Masa untuk Pusingan 9 kali ini.

AZLAN TERPANTAS UJIAN MASA PERSENDIRIAN
10 November 2012

 
Sepang menjadi medan pertaruhan buat para pelumba Persendirian untuk sesi Ujian Masa dalam Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Di sebalik kehadiran tinggi seramai 47 pelumba, Azlan Shah Saidun Hardi berjaya melepasi halangan pertama ini menjadi pelumba terpantas kali ini.

FAKHRUSY TERUSKAN PENGUASAAN
10 November 2012


Juara Pusingan 7 dan 8, Fakhrusy Syakirin Rostam meneruskan aksi cemerlang setelah muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori Wira pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Sepang Selatan, hari ini

AZHAR PAMER KEBANGKITAN
10 November 2012


Saingan kategori CP115 Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Sepang Selatan, hari ini menyaksikan ketiga-tiga catatan terpantas dilakukan oleh pelumba yang beraksi dalam kumpulan A setelah saingan bagi kumpulan B berlangsung dalam keadaan hujan.

ZAQHWAN TERPANTAS PUSINGAN 9 CUB PRIX DI LITAR SEPANG
10 November 2012

Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Sepang Selatan, hari ini.

'KEKAL FOKUS, JANGAN HIRAU KUTIPAN MATA,' SCK
10 November 2012

Pengurus pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Soong Chee Kieong menasihatkan agar pelumbanya terus memberi sepenuh tumpuan bagi menghadapi perlumbaan CP130 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Sepang Selatan, hujung minggu ini.

RACELINE SASAR LEBIH KOMPETITIF UNTUK 2013
9 November 2012


Sedar mereka tidak mempunyai banyak pilihan, pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline menjadikan saingan Pusingan 9 di Litar Sepang Selatan pada 10 dan 11 November ini sebagai sebahagian daripada persiapan bagi menghadapi musim 2013.

GELARAN JUARA DI TAIWAN JADI PEMBAKAR SEMANGAT AMIRUL
8 November 2012
 
Gelaran juara di Taiwan membakar semangat Mohd Amirul Ariff Musa untuk mencatat kejayaan serupa dalam saingan CP115 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Sepang Selatan, hujung minggu ini.

AHMAD BELUM MENYERAH KALAH
7 November 2012

Di sebalik aksi mengecewakan sepanjang tiga pusingan lepas, Ahmad Abdul Kadir belum mahu menyerah kalah dalam perebutan mahkota CP115 apabila berkunjung ke  Litar Sepang Selatan bagi menghadapi Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012, hujung minggu ini.

AHMAD FUAD INTAI MAHKOTA CUB PRIX KETIGA
6 November 2012

Pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin mengintai peluang untuk meraih gelaran ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Maaysia PETRONAS menjelang berlangsungnya pusingan kesembilan di Litar Sepang Selatan pada 10 dan 11 November ini.

MODENAS KEMBALI SERTAI CUB PRIX
5 November 2012

Pengeluar motosikal jenama tempatan Modenas mengumumkan bakal membuat kemunculan kembali dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pada musim 2013.

FEATURE: HAFIZH KEMBALI FOKUS KEPADA CEV BUCKLER
29 Oktober 2012


Setelah hampir empat hari selepas pelumbaan yang mengagumkan negara dan dunia dengan pencapaian meraih tempat keempat dari petak ke-27 dalam perlumbaan Moto2,Grand Prix Motosikal Malaysia, pelumba muda 'luar biasa' Hafizh Syahrin Abdullah terbang semula ke Sepanyol untuk melengkapkan penyertaannya dalam Kejohanan  Motosikal Sepanyol CEV Buckler.

ARRC: PUSINGAN AKHIR DI QATAR DITUNDA
2 November 2012


Penghantaran yang tertunda dari negara kepulauan Taiwan ke Qatar telah memaksa penganjur Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) untuk menangguhkan saingan pusingan akhir selama seminggu. Pusingan akhir ARRC, yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 15 hingga 17 November, kini terpaksa dipinda pada tarikh baru 22 hingga 24  November ini.

FEATURE: ZULFAHMI CIPTA SEJARAH, RAIH PODIUM DI HADAPAN PENYOKONG SENDIRI
21 Oktober 2012

Mohd Zulfahmi Khairudin akhirnya berjaya meraih podium pertama dalam kariernya apabila menamatkan perlumbaan akhir kategori Moto3 dengan kejayaan bergelar naib juara pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

AKSI HAFIZH MENAKJUBKAN!
21 Oktober 2012

Aksi cukup luar biasa dipamerkan Hafizh Syahrin Abdullah. Tidak lama selepas Mohd Zulfahmi Khairudin mencatat sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang berjaya menaiki podium di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal (MotoGP), Hafizh turut mencatat sejarah tersendiri.

HAFIZH PERBAIKI CATATAN MASA DAN KEDUDUKAN PETAK MULA
20 October 2012

Aksi memberangsangkan dipamerkan oleh Hafizh Syahrin Abdullah pada penyertaan wildcard kedua  dalam saingan kategori Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

FEATURE: ZULFAHMI CATAT SEJARAH SAMBAR POLE PERTAMA
20 Oktober 2012


Mohd Zulfahmi Khairudin meraih hadiah hari jadi terbaik dengan kejayaan muncul pelumba terpantas sesi ujian masa Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

HUJAN BANTU HAFIZH CATAT MASA TERPANTAS
19 Oktober 2012

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yakin mampu berada di kelompok 10 pelumba terbaik pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini, dengan syarat, perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar basah.

HAFIZH PAMER JENTERA MOTO2 UNTUK WILDCARD MOTOGP MALAYSIA 2012
17 Oktober 2012
 
Kuala Lumpur, 17 October 2012 - Susulan pengumuman yang Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan PETRONAS RACELINE MALAYSIA akan bertanding atas tiket wildcard dalam kategori Moto2 di kejuaraan GP Dunia (MotoGP) di litar Sepang pada hujung minggu ini, pelumba 18 tahun ini telah mempersembahkan jentera FTR-MOTO2 untuk kali pertama di Malaysia.

ARRC: FITRI PUAS MISI TERCAPAI
15 Oktober 2012

Misi Mohd Fitri Ashraf Razali mencari podium pertama dalam saingan Piala Impian Asia (ADC) tercapai apabila muncul naib juara pada Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan minggu lalu.

ARRC: ZAMRI, AMIRUL, AFFENDI, AFIF & FITRI RAIH PODIUM DI TAIWAN
14 Oktober 2012

Pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba, Amirul Ariff Musa, Mohd Affendi Rosli, Ahmad Afif Amran dan Mohd Fitri Ashraf Razali mempamerkan aksi hebat pada pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) untuk meraih podium di dalam kategori masing-masing di Taiwan hari ini.

ARRC: ZAMRI KETIGA  TERPANTAS SESI KELAYAKAN TAIWAN
13 Oktober 2012

Mohd Zamri Baba membuktikan dia masih antara pelumba terbaik negara apabila mencatatkan masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan SuperSports 600cc Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan, hari ini.

ARRC: PELUMBA NEGARA BELUM PAMER AKSI TERBAIK
11 Oktober 2012

Barisan pelumba Malaysia gagal memberikan aksi terbaik sekalipun berjaya menduduki kelompok tiga pelumba terpantas pada sesi latihan bebas hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan, hari ini.

ARRC CATAT SEJARAH PERLUMBAAN ANTARABANGSA PERTAMA DI LITAR PENBAY
9 Oktober 2012
 
Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) mencatat sejarah tersendiri sepanjang 17 tahun penganjurannya apabila bakal menjadi perlumbaan antarabangsa pertama yang dilangsungkan di Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan pada 12 hingga 14 Oktober ini.

IZUAF JUARA PERSENDIRIAN, NASIB MALANG KHAIRUL AZIZI BERTERUSAN
6 Oktober 2012

 
Litar Melaka merupakan kegemarannya. Itu kata jujur Izuaf Sirun berikutan kemenangannya di litar tersebut untuk kelas Persendirian kali ini dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Izuaf merampas kedudukan di pusingan tiga perlumbaan sebelum meninggalkan satu jarak agak besar menyukarkan Khairul untuk berbuat apa-apa.

HASRAT FARIZNAZREEN JADI KENYATAAN
7 Oktober 2012

 
Tengku Amirul Haffiruddin sebenarnya yang merampas kedudukan pendahulu pada awal perlumbaan Super Siri Yamaha 135 PETRONAS meninggalkan Nurahmad Fariznazreen namun di akhir perlumbaan, dia terpaksa menyerah kalah dengan rakannya di litar Melaka ini.

SYAFIQ ROSLI BUKA PELUANG
7 Oktober 2012

 
Tiada siapa yang lebih layak untuk mencabar carta kedudukan Cabaran Suzuki Belang selain dari Mohd Syafiq Rosli. Syafiq berjaya mengekalkan rentak kemenangannya dengan menjuarai Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Hang Jebat, Melaka.

DANIAL TUMPASKAN KHAIRUL IDHAM DI MELAKA
6 Oktober 2012

 
Mungkin ini bukan hari untuk Khairul Idham Pawi apabila Mohd Danial Ibad Jasni merampas tempat pertama podium kali ini untuk Cabaran Honda Wave Junior bagi Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Pendahulu carta tersebut telah memberi sedikit ruang kesilapan untuk Danial merampas peluang kemenangan.

FAKHRUSY TEPATI RAMALAN
7 Oktober 2012


Menepati ramalan, juara Pusingan 7 di Kluang, Fakhrusy Syakirin Rostam dengan mudah menguasai perlumbaan kategori Wira setelah menamatkan perlumbaan 10 pusingan dengan masa keseluruhan 8:37.452s di Melaka hari ini.

AFIF RAIH KEMENANGAN BERMAKNA DI MELAKA
6 Oktober 2012


Dalam saingan kategori CP115, setelah bergelar naib juara di Kluang (Pusingan 7), Ahmad Afif Amran meneruskan kecemerlangannya dan kali ini dia berjaya meraih gelaran juara buat pertama kali dalam musim ini di Stadium Hang Jebat, Melaka.

KERJASAMA KUNCI KEJAYAAN SATU - DUA AFFENDI DAN NORIZMAN
7 Oktober 2012

Kerjasama berpasukan menjadi kunci kejayaan buat duo Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 1, Mohd Affendi Rosli dan Norizman Ismail untuk mencatat kemenangan satu - dua dalam kategori CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di litar Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

IMRAN KEKAL DI HADAPAN, FIFI MEMBUAT KEMUNCULAN KEDUA
6 Oktober 2012

 
Mohd Imran Zulkafli dilihat menyekat peluang pencabarnya apabila dia muncul pelumba terpantas dalam sesi Ujian Masa Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi kategori Persendirian.

IZZAT IDAM KEMBALI JUARA
6 Oktober 2012

 
Mohd Izzat Zaidi memasang niat untuk kembali bergelar juara selepas meletakkan dirinya sebagai pelumba terpantas pada sesi Ujian Masa bagi Siri Super Yamaha 135 PETRONAS di Melaka hari ini. Setelah hanya menang tempat kedua di litar Kluang, Izzat kini bersedia menyinar untuk sesi saringan serta perlumbaan akhir besok.

FITRI PAMER TARING
6 Oktober 2012


Anak bekas pelumba Cub Prix Wazi Abdul Hamid, Fitri Wazi mempamerkan taringnya pada sesi ujian masa Pusingan 8 apabila dia muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa Cabaran Suzuki Belang di Stadium Hang Jebat, Melaka hari ini.

KHAIRUL SEDIA BERENTAP DI STADIUM HANG JEBAT
6 Oktober 2012

 
Khairul Idham Pawi sekali lagi menjadi tumpuan apabila muncul pelumba terpantas untuk sesi Ujian Masa Cabaran Honda Wave Junior 2012 dalam Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

FAKHRUSY DAHULUI HAFIZ PADA SESI UJIAN MASA
6 Oktober 2012


Juara Pusingan 7 kategori Wira di Kluang, Fakhrusy Syakirin Rostam meneruskan aksi cemerlang pada sesi ujian masa hari ini setelah berjaya mencatat masa terpantas dengan catatan 50.134s di Melaka hari ini.

SASITHAREN TERPANTAS, SASAR PODIUM PERTAMA
6 Oktober 2012


Percubaan Sasitharen Sukumaran untuk mencatat masa terpantas membuahkan hasil apabila catatan 50.582s yang dilakukan seawal pusingan ketiga meletakkannya sebagai pendahulu sesi ujian masa CP115 di Melaka.

AFFENDI KEJAR PODIUM PERTAMA SELEPAS CATAT MASA TERPANTAS DI MELAKA
6 Oktober 2012

Mohd Affendi Rosli yakin dia mampu menamatkan kemarau podium dalam saingan kategori CP130 setelah berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa Pusingan 8 yang berlangsung di litar Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

FITRI MAHU BANTU AZLAN JADI JUARA
6 Oktober 2012

Mohd Fitri Ashraf Razali bersiap sedia untuk mempertahankan rakan sepasukan, Azlan Shah Kamaruzaman bagi memburu gelaran juara kategori CP130.

FAZRUL KESAL LAKUKAN 'JUMP START'
5 October 2012
 
Ahmad Fazrul Sham kesal dengan kesalahan 'jump start' pada Pusingan 7 di Kluang 23 September lalu dan berjanji akan bangkit dalam saingan kategori CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Melaka, Sabtu dan Ahad ini.

TAUFIQ HARAP KELEBIHAN BERAKSI DI GELANGGANG SENDIRI
4 Oktober 2012
 
Mohd Taufiq Roslan berazam untuk mencatat kejayaan dalam kategori CP130 di halaman sendiri apabila Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 berlangsung  di Stadium Hang Jebat, Melaka, 6 dan 7 Oktober ini.


SHAHRIL BURU KEMENANGAN KETIGA DI MELAKA
3 Oktober 2012

Berbekal dua kemenangan setakat ini, juara bertahan, Shahril Izzuwan Mohd Noor yakin dapat meraih kemenangan ketiga dalam kategori CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Stadium Hang Jebat, Melaka pada 6 dan 7 Oktober ini.

CKJ MAHU TERUS CEMERLANG DI MELAKA
2 Oktober 2012

CKJ Yamaha Racing yakin dua pelumbanya, Mohd Shariffudin Shamsuddin dan Ahmad Afif Amran mampu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan kategori CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 6 dan 7 Oktober ini.

FAKHRUSY BERSIAP SEDIA HADAPI KEBANGKITAN HAFIZ
2 Oktober 2012

Fakhrusy Syakirin Rostam yakin seteru utamanya, Mohd Hafiz Nor Azman pasti bangkit menebus kesilapan menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  2012 di litar Stadium Hang Jebat, Melaka.

KHAIRUL IDHAM HAMPIRI GELARAN JUARA SIRI HONDA WAVE
1 Oktober 2012

Khairul Idham Pawi semakin menghampiri makhota juara keseluruhan Cabaran Honda Wave Junior Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 menjelang Pusingan 8 yang bakal berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 6 dan 7 Oktober ini.

HAFIZH ISI SLOT WILDCARD MOTOGP MALAYSIA
27 September 2012

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan beraksi buat tahun kedua berturut-turut apabila disahkan bakal mengisi slot wildcard Moto2 Grand Prix (MotoGP) Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 Oktober depan.

FEATURE: SAINGAN TERBUKA REBUT GELARAN PASUKAN TERBAIK
25 September 2012

Tamat Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Kluang, Johor, Ahad lepas, saingan merebut mahkota Anugerah Berpasukan Keseluruhan kategori CP130 dan CP115 bagi musim ini dilihat masih terbuka buat kebanyakan pasukan bertanding.

REKOD BERSIH SYUKRAN TERGANGGU
23 September 2012

 
Begitu mengecewakan apabila pendahulu carta kelas Cabaran Suzuki Belang iaitu Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff gagal menyapu rekod bersih kemenangan setelah dia didenda kerana kesalahan melakukan jumpstart. Ini mencacatkan kedudukan serta pungutan mata beliau musim ini.

TENGKU AMIRUL KEMBALI KE PUNCAK PODIUM
23 September 2012

Tengku Amirul Haffiruddin buat masa ini beraksi begitu sempuran sekali dalam Super Siri Yamaha 135 PETRONAS apabila dia cemerlang di sesi Ujian Masa serta Perlumbaan Akhir untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

PERSEMBAHAN HEBAT KHAIRUL IDHAM DI KLUANG
23 September 2012

 
Khairul Idham Pawi sekali lagi mempamerkan kepakarannya apabila dia mengungguli Pusingan Tujuh di tempat pertama dalam Cabaran Honda Wave Junior di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di Kluang, Johor.

KHAIRUL AZIZI DITIMPA NASIB MALANG
23 September 2012

 
Menyambung beberapa siri kejutan dalam kategori Persendirian sejak sesi Ujian Masa, kali ini perlumbaan akhir Pusingan 7 menyaksikan debaran demi debaran apabila pendahulu carta, Khairul Azizi Abd Mansor yang kelihatan bakal menjuarai tiba-tiba kecundang akibat kemalangan dim init terakhir perlumbaan.

FAKHRUSY SUKAR DIGUGAT
23 September 2012


Saingan kategori Wira menyaksikan penguasaan Fakhrusy Syakirin Rostam di Litar Kluang sukar digugat apabila berjaya mengetepikan cabaran pendahulu keseluruhan, Mohd Hafiz Nor Azman untuk meraih kemenangan keempat pada musim ini.

CKJ DOMINASI PERLUMBAAN CP115
22 September 2012


Pasukan CKJ Yamaha Racing meraih kemenangan bergaya setelah Shariffudin Shamsudin dan Ahmad  Afif Amran mencatat kemenangan satu-dua dalam saingan kategori CP 115.

PENGALAMAN BANTU FUAD MENANG DI KLUANG
23 September 2012

Ahmad Fuad Baharudin tidak mensia-siakan pengalaman selama 15 tahun beraksi sebagai pelumba profesional apabila muncul juara kategori CP130 pada perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Kluang, Johor, hari ini.

FIFI KEJUTKAN PELUMBA LELAKI
22 September 2012

Saingan kategori Persendirian menyaksikan Siti Norafizah Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Fifi mencipta kejutan apabila berjaya mengetepikan saingan pelumba-pelumba lelaki setelah mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 51.500s yang dilakukan pada pusingan kesembilan.

KHAIRUL IDHAM MAHU TAKLUK KLUANG
22 September 2012
 
Kembali selepas berehat panjang, wargakerja Honda telah membuktikan kehebatan mereka menghangatkan sesi Ujian Masa untuk Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kluang, Johor dan sekali lagi Khairul Idham Pawi mencuri perhatian umum apabila muncul pelumba terpantas untuk sesi ini.

TENGKU CURI TUMPUAN
22 September 2012
 
Sesi Ujian Masa Siri Super Yamaha 135 PETRONAS berlansung dengan lancar apabila Tengku Amirul Haffiruddin muncul pelumba terpantas di Kluang bagi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

SYUKRAN BUKTI KEHEBATAN DI KLUANG
22 September 2012
 
Ahmad Syukran Aizat untuk Cabaran Suzuki Belang mencatat masa terpantas untuk meletakkan dirinya di petak pertama sekali lagi, kali ini di Kluang untuk Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

FAKHRUSY TUNJUK TARING DI KLUANG
22 September

Dalam kategori Wira, Fakhrusy Syakirin Rostam dari pasukan AAP Mazoil Armstrong Motorsport muncul pelumba terpantas dengan catatan 48.157s mengatasi Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) di kedudukan kedua dengan catatan 48.176s.

SHARIFUDDIN CIPTA KEJUTAN
22 September 2012

Shariffudin Shamsuddin mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas kategori CP115 setelah mencatatkan masa terbaik 48.476s yang dilakukan pada pusingan kelapan pada sesi ujian masa Pusingan 7 di Kluang, Johor.

AZLAN TERPANTAS DI KLUANG
22 September 2012

Azlan Shah Kamaruzaman menepati ramalan awal apabila menguasai sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Kluang, Johor, hari ini.

AZLAN TAK SABAR, NEKAD PERTAHAN KEDUDUKAN
22 September 2012

Pendahulu keseluruhan CP130, Azlan Shah Kamaruzaman sudah tidak sabar untuk memulakan cabaran  pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Kluang, Johor.

PRESTASI BOON KUI SEMAKIN MENINGKAT
21 September 2012

Pengurus pasukan Apido Yamaha Boon Kui Racing, Hairul Azuan Abd Rahman percaya pasukannya telah menunjukkan peningkatan ketara dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2012 berbanding apa yang diraih sepanjang musim 2011.

PENGALAMAN JADI TARUHAN FUAD, ENGGAN TEWAS KEPADA PELUMBA MUDA
20 September 2012
 

Pengalaman hampir 15 tahun sebagai pelumba profesional menjadi taruhan utama Ahmad Fuad Baharudin untuk berhadapan pelumba-pelumba muda kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di litar Kluang, Johor pada 22 dan 23 September ini.

KECEDERAAN TAK HALANG RAMDAN BERAKSI
19 September 2012

Sekalipun masih bergelut dengan kecederaan, Mohd Ramdan Mohd Rosli tetap berhasrat untuk menamatkan kemarau podium apabila turun beraksi dalam kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kluang, Johor, 22 dan 23 September ini.

PROFIL: AFIF FOKUS HADAPI PUSINGAN 7 CUB PRIX
18 September 2012

Ahmad Afif Amran hanya mahu memberi tumpuan beraksi sehabis baik pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kluang, 22 dan 23 September di sebalik memikirkan aksi tidak menentu dalam kategori CP115 setakat ini.

FEATURE: SYUKRAN KEMBALI BERAKSI DALAM KATEGORI WIRA
18 September 2012

Karier perlumbaan Ahmad Syukran Aizat menemui langkah kanan apabila pihak pengurusan Suzuki FortyOne Racing mengumumkan pelumba yang berasal dari Terengganu itu bakal membuat kemunculan dalam kategori WIRA pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Kluang, Johor pada 22 dan 23 September ini.

YAMAHA OPTIMIS PELUMBA DI LANDASAN TEPAT
16 September 2012

Hong Leong Yamaha Malaysia yakin pelumba-pelumba mereka berada di landasan tepat dalam misi memburu gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini.

CUB PRIX KEMBALI RANCAK
15 September 2012

Kerancakan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 akan berterusan apabila kembali menemui peminat-peminat pada Pusingan 7 yang akan berlangsung di Kluang, Johor, 22 dan 23 September ini.

ARRC: FUJIWARA TERUS DOMINASI, AZLAN DI TEMPAT KETIGA PERLUMBAAN 2
9 September 2012

Katsuaki Fujiwara meraih kemenangan kedua di hadapan penyokong sendiri apabila memenangi Perlumbaan 2 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hari ini.

ARRC: AZLAN NAIB JUARA DI AUTOPOLIS
8 September 2012

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang bermula dari petak kelima pamer aksi cemerlang dengan muncul naib juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hari ini.

ARRC: PELUMBA SS600 NEGARA TENGGELAM, AMIRUL TERLEPAS PETAK PERTAMA
8 September 2012

Aksi pelumba SuperSports 600cc negara ditenggelami kehebatan pelumba-pelumba tuan rumah pada sesi kelayakan Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, hari ini.

ARRC: PELUMBA ARRC PADAM REKOD AUTOPOLIS
7 September 2012

Pelumba-pelumba SuperSports 600cc dan Underbone 115cc meneruskan kempen mereka dengan rentak cemerlang apabila kebanyakan mereka berjaya mencatat masa sepusingan terpantas yang lebih baik dari musim lalu dalam sesi latihan bebas Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun hari ini.

ARRC: FUAD MAHU UBAH NASIB DI LAMAN KAWASAKI
6 September 2012

Ahmad Fuad Baharudin  menaruh harapan agar dapat mengubah nasib malang yang sering menimpanya pada musim ini apabila bertandang ke Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun bermula 6 hingga 9 September ini.

ARRC: KURANG LATIHAN PUNCA PELUMBA YY PANG KURANG MENYERLAH
5 September 2012

Pengurus pasukan Motul Yamaha YY Pang, Pang Yoke You tidak meletak sasaran tinggi buat dua pelumbanya, Mohd Azhar Abdul Jalil dan Mohd Adib Rosley yang beraksi dalam kategori Underbone 115cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2012 yang akan beerlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hujung minggu ini.

ARRC: ZAMRI MAHU JINAKKAN LITAR AUTOPOLIS
5 September 2012

Pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba memburu podium pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun pada 6 hingga 9 September ini agar dapat terus menghidupkan peluang merebut mahkota kejuaraan kategori SuperSports 600cc.

ARRC: PELUMBA MALAYSIA BURU KEMENANGAN DI AUTOPOLIS
3 September 2012

Selepas tiga pusingan, pelumba SuperSports 600cc Malaysia perlu memastikan kemenangan menjadi milik mereka menjelang pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Kyushu, Jepun bermula 7 hingga 9 September ini.

MASALAH BREK HALANG AZLAN, ZAMRI MENYERLAH DI SUGO
27 Ogos 2012

Hasrat dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zamri Baba untuk tampil cemerlang pada Pusingan 6 Kejuaraan All Japan yang berlangsung di Litar Sugo, hari ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya mengalami masalah brek sewaktu perlumbaan.

FEATURE: ELLY BELUM PASTI BERAKSI
27 Ogos 2012

Selepas dua bulan berehat akibat kecederaan, Elly Idzlianizar Ilias belum pasti akan tampil beraksi pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung di Kluang, 22 dan 23 September depan.

ZAMRI, AZLAN BERAKSI DI SUGO
23 Ogos 2012

Pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba dan Azlan Shah Kamaruzaman mengorbankan kemeriahan sambutan Aidilfitri apabila bakal ke Jepun untuk menyertai Pusingan 6 Kejuaraan All Japan MFJ di Sportsland Sugo, pada 25 dan 26 Ogos ini.

SELAMAT HARI RAYA DARI KELUARGA CUB PRIX
17 Ogos 2012

Keluarga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS serta rakan-rakan korporat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada peminat-peminat Cub Prix di seluruh Malaysia.

FEATURE: FAZLI PERLU MASA KUASAI JENTERA SUPERSPORTS
15 Ogos 2012

Tahun 2012 merupakan musim cukup mencabar buat pelumba negara, Ahmad Fazli Sham. Setelah namanya cukup dikenali di pentas Cub Prix, musim ini dia menimba pengalaman baru apabila menyertai musim penuh Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) dalam kategori SuperSports 600cc.

ARRC: ZAMRI JUARA DI ZHUHAI, HAMPIRI KEDUDUKAN PENDAHULU
5 Ogos 2012

Mohd Zamri Baba catat kejayaan cemerlang dengan menjuarai Perlumbaan 1  kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, hari ini.

ARRC: ZAMRI MULA DI BARISAN DEPAN
4 Ogos 2012

Pelumba negara, Mohd Zamri Baba akan memulakan perlumbaan akhir di barisan depan setelah mencatat masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan SuperSports 600cc Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, hari ini.

ARRC: AZLAN, ZAMRI KUASAI HARI PERTAMA ARRC ZHUHAI
3 Ogos 2012

Dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zamri Baba beraksi cemerlang apabila mencatat masa terpantas sesi latihan hari pertama kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, hari ini.

FEATURE: FITRI TIMBA PENDEDAHAN SUPERSPORTS
3 Ogos 2012

Mohd Fitri Ashraf Razali berada di landasan terbaik untuk pembangunan karier perlumbaannya apabila diberi peluang menunggang jentera SuperSports 600cc sebelum hadir ke Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, 3 hingga 5 Ogos ini.

ARRC: ZAMRI BURU KEMENANGAN DI ZHUHAI
2 Ogos 2012

Mohd Zamri Baba optimis peluang memburu mahkota SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2012 masih terbuka apabila bakal turun beraksi pada Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, minggu ini.

ARRC: AFFENDI HARAP LITAR ZHUHAI BERI KELEBIHAN
1 Ogos 2012

Pelumba Underbone 115cc negara, Mohd Affendi Rosli mahu mengulangi pencapaian cemerlang beraksi di litar kegemarannya, Litar Antarabangsa Zhuhai, China dalam saingan pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2012, hujung minggu ini.

ARRC: AMIRUL JANJI BANGKIT TEBUS KESILAPAN DI SENTUL
30 Julai 2012

Pelumba Underbone 115cc negara, Mohd Amirul Ariff Musa mahu bangkit menebus kesilapan di Indonesia pada perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, 3 hingga 5 Ogos ini.

MASALAH TEKNIKAL GANGGU AKSI AZLAN DALAM SUZUKA 8-HOUR
29 Julai 2012

Masalah teknikal pada 'clutch' membantutkan misi Azlan Shah Kamaruzaman di dalam Kejuaraan Coca-Cola Zero Suzuka 8-Hour Endurance Race di Litar Suzuka, Jepun hari ini. Walau bagaimanapun Azlan membuktikan kemampuannya untuk bersaing dengan pelumba-pelumba bertaraf antarabangsa apabila dia bersama-sama rakan sepasukan, Makoto Tamada dan Chojun Kameya masih mampu mencatat keputusan yang cukup memberangsangkan.

EMIR, ZAQHWAN CEMERLANG
Muncul Juara 4-Hour Buat Kali Kedua di Suzuka
28 Julai 2012

Pelumba Boon Siew Honda Racing Malaysia, Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi beraksi hebat pada Kejuaraan Coca-Cola Zero Suzuka 8-Hour Endurance Road Race ke-35 apabila mereka berjaya mempertahankan makhota Kejuaraan 4-Hour di Litar Suzuka, Jepun hari ini. Ini merupakan kemenangan kedua buat pasukan tersebut selepas membuat kemunculan sulung yang cukup cemerlang tahun lalu melalui Azlan Shah Kamaruzaman dan Emir Firdaus.

EMIR, ZAQHWAN PAMER KEBOLEHAN DI SUZUKA
28 July 2012

Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi memulakan saingan Kejuaraan Coca-Cola Zero Suzuka 8-Hour Endurance Road Race' dengan langkah kanan di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini.

AZLAN TERUJA HADAPI SAINGAN 8-HOUR
27 Julai 2012

Perasaan bercampur baur buat Azlan Shah Kamaruzaman bagi memulakan aksi sulung dalam kategori lapan jam pada Kejuaraan  Coca-Cola Zero Suzuka 8 Hour Endurance Road Race 2012 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hujung minggu ini.

EMIR, ZAQHWAN MAHU ULANGI KEJAYAAN  SUZUKA
26 Julai 2012

Gandingan pelumba MUSASHi Boon Siew Honda Racing Malaysia, Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi yakin tampil cemerlang pada saingan Coca-Cola Zero Suzuka 4-Hour Endurance Road Race 2012 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hujung minggu ini.

PENYERTAAN KEDUA PELUMBA MALAYSIA DI SUZUKA
25 Julai 2012

Tiga bulan selepas diumumkan akan menyertai kejuaraan-kejuaraan utama di seluruh Asia pada April lepas, tiga pelumba Honda Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi bersiap sedia untuk menyertai salah satu perlumbaan paling penting dalam karier mereka, iaitu kejuaraan berprestij Coca-Cola Zero Suzuka 8 Hours Endurance Road Race Championship yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun pada 26 hingga 29 Julai ini.

PROFIL: AIKYEN TERUJA CUB PRIX DI MUAR
23 Julai 2012

Pertama kali Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berlangsung di Muar, Aikyen, 20, berpeluang untuk sama-sama melibatkan diri dengan Kejuaraan ini. Kita ikuti perbualan ringkas bersama Aikyen tentang pengalamannya.

SHAHRIL HARAPAN AHM RAIH KEJAYAAN HATRIK
20 Julai 2012

PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM meletakkan harapan agar juara bertahan CP115, Shahril Izzuwan Mohd Noor mampu menghadiahkan gelaran juara keseluruhan kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 buat kali ketiga berturut-turut.

'PODIUM MUAR SATU BONUS,' ZAMRI
12 Julai 2012

Walaupun berjaya menamatkan kemarau podium yang dialami pada Pusingan 6 di Muar, Johor baru-baru ini, pelumba CP130 Mohd Zamri Baba masih belum cukup yakin ia mampu mengubah nasibnya dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini.

PROFIL: TAUFIQ SEMAKIN MATANG
10 Julai 2012

Memasuki tahun kelima beraksi di saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Mohd Taufiq Roslan akui dia kini semakin matang dan mampu untuk memberikan saingan dalam kategori perdana, CP130.

FEATURE: AKSI ANTARABANGSA TINGKAT TARAF CUB PRIX
4 Julai 2012

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 akan berhenti rehat panjang sempena bulan Ramadan dan Syawal akan datang, namun pada pertarungan sengit sepanjang enam pusingan lepas, masih tiada pelumba yang dilihat mempunyai kelebihan ketara dalam perebutan mahkota kejuaraan kelas terbuka.

DOMINASI IZZAT SUKAR DIHALANG
1 Julai 2012

Hastar Tengku Amirul Haffiruddin untuk menamatkan dominasi Mohd Izzat Zaidi dalam saingan Siri Super Yamaha 135 PETRONAS pada Pusingan 6  Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Muar, Johor, tidak kesampaian.

KHAIRUL IDHAM PAWI TIADA TANDINGAN DALAM CABARAN HONDA WAVE JUNIOR
1 Julai 2012

Khairul Idham Pawi membuktikan dirinya tiada tandingan apabila meraih gelaran kelima untuk musim ini pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Muar pada 1 Julai 2012.

PRESTASI CEMERLANG AHMAD SYUKRAN BERTERUSAN
1 Julai 2012

Pelumba 15 tahun, Ahmad Syukran Aizat meneruskan pencapaian sempurna musim ini dalam kategori Cabaran Suzuki Belang Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setakat ini. Dalam Pusingan 6 yang berlangsung di Muar, Johor, pada 1 Julai, Syukran meneruskan keputusan cemerlang sejak dari awal musim setelah meraih kemenangan keempat berturut-turut dengan masa keseluruhan 7:54.575s.

SAINGAN SENGIT KATEGORI PERSENDIRIAN
1 Julai 2012

Mohd Imran Zulkafli menamatkan penguasaan Khairul Azizi Abd Mansor dalam saingan kategori Persendirian apabila menamatkan cabaran sengit Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sebagai juara.

HAFIZ TEBUS KEKECEWAAN
1 Julai 2012

Dalam kategori Wira, Mohd Hafiz Nor Azman meraih kejuaraan keduanya pada musim  ini setelah menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa keseluruhan 7:05.479s pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor.

SHAHRIL AMBIL ALIH CARTA CP115
1 Julai 2012

Shahril Izzuwan Mohd Noor mencerahkan peluang untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim lepas apabila meraih kemenangan keduanya pada musim ini di Muar, Johor hari ini selepas kemenangan pertama pada Pusingan 2 di Terengganu.

FAZRUL RAIH GELARAN PERTAMA BUAT MOTOBERT
1 Julai 2012

Ahmad Fazrul Sham meraih kemenangan dalam saingan kategori CP130 untuk musim 2012 pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Muar, Johor, hari ini.

IMRAN ZULKAFLI MENDAHULUI SESI UJIAN MASA PERSENDIRIAN
30 Jun 2012

Catatan masa terpantas sesi ujian masa kategori Persendirian Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS disambar oleh pelumba yang berada di tangga ke-9 dalam senarai carta keseluruhan, Md Imran Zulkafli.

AHMAD SYUKRAN PANTAS KUASAI LITAR BARU
30 Jun 2012
 
Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Muar, Johor nampaknya tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pendahulu kategori Cabaran Suzuki Belang, Ahmad Syukran Aizat.

KHAIRUL IDHAM PAWI TERUS MENDOMINASI
30 Jun 2012
 
Khairul Idham Pawi yang sedang mendahului kategori Cabaran Honda Wave Junior dengan jurang kelebihan sebanyak 30 mata terus mendominasi kelas satu pengeluar tersebut apabila mencatat masa terpantas sesi ujian masa di Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Muar, Johor.

TENGKU AMIRUL MAHU TAMATKAN DOMINASI IZZAT
30 June 2012
 
Tengku Amirul Haffiruddin bekerja keras mencari kelebihan yang dapat menamatkan dominasi Md Izzat Zaidi dalam kategori Siri Super Yamaha 135 PETRONAS di Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Muar, Johor pada 30 Jun dan 1 Julai.


HAFIZ BERMULA LANGKAH KANAN
30 Jun 2012

Pendahulu keseluruhan, Mohd Hafiz Nor Azman memulakan Pusingan 6 dengan langkah kanan apabila dia muncul pelumba terpantas kelas WIRA dengan catatan masa 42.543s di Litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar, Johor hari ini, venue baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hari ini.

AMIRUL TERUS KONSISTEN
30 Jun 2012

Mohd Amirul Ariff Musa terus mempamerkan aksi konsisten dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini apabila dia muncul pelumba terpantas kategori CP115 setelah melakukan catatan masa terpantas 42.279s (lap 9) di litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar, Johor.

ZAQHWAN TERPANTAS UJIAN MASA MUAR
30 Jun 2012

Mohd Zaqhwan Zaidi terus membuktikan dirinya sebagai pelumba pilihan kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 apabila mengungguli sesi latihan masa Pusingan 6 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar, Johor, hari ini.

'KAMI BERNASIB BAIK DI TELUK INTAN,' SCK
30 Jun 2012
 
Pengurus pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Soong Chee Kieong yakin barisan pelumbanya akan terus memperagakan aksi cemerlang pada perlumbaan CP130 Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Muar Bandar Diraja, Johor, 30 Jun dan 1 Julai ini.

EMIR KETEPIKAN ISU BERAT BADAN
 29 June 2012

Mohd Emir Firdaus Hasan tidak mahu menjadikan berat badan sebagai alasan untuk menidakkan keupayaannya menaiki podium pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MuarBandar Diraja, Johor, 30 Jun dan 1 Julai ini.


FEATURE: AZHAR DIBAYANGI ISU TEKNIKAL
27 Jun 2012

Mohd Azhar Abdul Jalil berharap tidak lagi dibayangi masalah komplikasi teknikal jentera bagi meneruskan saingan dalam kategori CP115 pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang akan berlangsung di Muar Bandar Diraja, Johor.

ELLY LEPAS AKSI PUSINGAN 6
25 Jun 2012

Masalah kecederaan menyukarkan hasrat Elly Idzlianizar Ilias untuk merebut mahkota CP130 musim 2012 apabila terpaksa melupakan aksi Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Muar Bandar Diraja, Johor pada 30 Jun dan 1 Julai ini.

LALUAN TEPAT BUAT CHE KU AMRIQ
24 Jun 2012

Prestasi baik sepanjang lima pusingan lepas memberi keyakinan buat Che Ku Amriq Asyraff untuk menghadapi cabaran Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dalam kategori Wira di Muar Bandar Diraja, Johor pada 30 Jun dan 1 Julai ini.

PROFIL: SASARAN REALISTIK BUAT ZULSYAFIZ
26 Jun 2012

Pelumba muda kategori CP130, Zulsyafiz Rosli tidak meletak sasaran tinggi bagi menghadapi baki separuh musim saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 bermula pusingan keenam yang akan berlangsung di Muar Bandar Diraja, Johor, 30 Jun dan 1 Julai ini.

MUAR TUAN RUMAH PUSINGAN 6
25 Jun 2012

Merancakkan lagi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012, Muar, Bandar Diraja dipilih sebagai gelanggang bagi Pusingan 6 menggantikan venue asal yang sepatutnya berlangsung di Melaka pada 30 Jun dan 1 Julai ini.

ARRC: AZLAN, ZAMRI JEJAK PODIUM DI SENTUL
17 Jun 2012

Pelbagai keputusan suka duka dicatatkan pelumba negara sewalktu beraksi pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul pada 15 hingga 17 Jun lepas.

ARRC: AZLAN, AMIRUL SAMBAR POLE DI INDONESIA
16 Jun 2012

Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Amirul Ariff Musa membawakan khabar gembira untuk kontinjen Malaysia pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia apabila kedua-duanya akan memulakan perlumbaan akhir di petak pertama setelah mencatat masa terpantas pusingan kelayakan dalam kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc masing-masing, hari ini.

ARRC: ZAMRI KETIGA TERPANTAS DI SENTUL
15 Jun 2012

Mohd Zamri Baba mencipta kejutan apabila muncul pelumba ketiga terpantas sesi latihan bebas kategori SuperSports 600cc Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

ARRC: FUAD GEMBIRA DENGAN PERSIAPAN AWAL
14 Jun 2012

Sokongan yang diterima daripada Kawasaki Jepun menambahkan keyakinan pelumba SuperSports 600cc, Ahmad Fuad Baharudin untuk mencatat kejayaan pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia bermula 15 hingga 17 Jun ini.

TIADA REHAT BUAT PELUMBA MALAYSIA
12 Jun 2012

Belum sempat berehat daripada saingan sengit kejuaraan peringkat kebangsaan di Teluk Intan, Perak minggu lalu, cabaran lebih getir menanti pelumba Malaysia pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Indonesia, 15 hingga 17 Jun ini.

SCK SAPU BERSIH TIGA KEDUDUKAN PODIUM
10 Jun 2012

Pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mencatat kemenangan bergaya apabila menguasai ketiga-tiga kedudukan podium kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

AMIRUL HADIAH KEMENANGAN BUAT YUZY
10 Jun 2012

Mohd Amirul Ariff Musa menghadiahkan kemenangan CP115 bermakna buat pengurus pasukannya, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini apabila meraih gelaran juara buat pertama kali di tempat kelahiran bekas pelumba MotoGP negara itu di Teluk Intan, Perak, hos Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

KEMENANGAN BERGANDA BUAT FAKHRUSY
10 Jun 2012

Fakhrusy Syakirin Rostam meraih kemenangan ketiga peribadi dan kedua secara berturut-turut pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan kategori WIRA sebanyak 10 pusingan dengan catatan masa keseluruhan 9:57.055s pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan hari ini.

HILMI AFFAN MUNCUL JUARA PERSENDIRIAN
10 Jun 2012

Jika sebelum ini kelibatnya sentiasa berada di belakang juara bertahan, Khairul Azizi Abd Mansor, tuah nampaknya memihak pada Hilmi Affan Abd Malik selepas dia muncul juara pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Teluk Intan, Perak.

IZZAT, TENGKU AMIRUL KEKAL POSISI, IZRUL NAIK PODIUM
10 Jun 2012

Peraih rekod hatrik di pusingan empat kategori Siri Super Yamaha 135 PETRONAS, Mohd Izzat Zaidi sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan selepas muncul juara cabaran satu pengeluar tersebut di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan lima yang berlangsung di Teluk Intan.

AHMAD SYUKRAN CIPTA HATRIK DI TELUK INTAN
10 Jun 2012

Hasrat pelumba kelahiran Kuala Terengganu, Ahmad Syukran Aizat untuk mencipta hatrik nampaknya menjadi kenyataan apabila dia sekali lagi dinobatkan juara cabaran Suzuki Belang pada pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang diadakan di Teluk Intan.

KHAIRUL IDHAM PAWI TERSUNGKUR, AFIQ HANAFI JUARA BARU
10 Jun 2012

Insiden yang dialami sang juara, Khairul Idham Pawi akhirnya membuka ruang buat  Afiq Hanafi Ismail Tahalus mencipta kemenangan mengejut dan muncul juara pusingan lima apabila menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11:04.582s kategori Cabaran Honda Wave Junior, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan hari ini.

AZLAN TERPANTAS, DI CABAR RAKAN SEPASUKAN, NORIZMAN
9 Jun 2012

Beraksi dengan tangan yang masih cedera tidak menghalang Azlan Shah Kamaruzaman untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP130 Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

DEMAM TIDAK HALANG ISKANDAR CATAT MASA TERPANTAS
9 Jun 2012

Demam tidak menjadi penghalang buat Mohd Iskandar Raduan untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

FAKHRUSY TERUSKAN PENGUASAAN
9 Jun 2012

Juara pusingan lepas, Fakhrusy Syakirin Rostam meneruskan penguasaannya apabila muncul pelumba terpantas sesi ujian masa mengatasi dua pencabar utama, Mohd Hafizh Nor Azman dan Tengku Amirul Haffiruddin.

PETANDA AWAL REKOD HATRIK DARI SYUKRAN
9 Jun 2012

Ahmad Syukran Aizat sekaan tidak mahu berhenti dari terus menguasai Cabaran Suzuki Belang sekaligus seperti bakal mencipta kemenangan hatrik pada pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia apabila muncul sebagai pelumba terpantas pada sesi ujian masa cabaran satu pengeluar tersebut yang berlangsung di Teluk Intan, hari ini.

LALUAN SUKAR BUAT KHAIRUL IDHAM PAWI DI TELUK INTAN
9 Jun 2012

Pengalaman empat pusingan yang dilalui nyata memberi kematangan buat Qhalis Amirul Mukmin apabila muncul pelumba terpantas di pusingan lima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori Cabaran Honda Wave yang berlangsung di Teluk Intan, sebentar tadi.

MOHD IZZAT ZAIDI GAH DI SESI UJIAN MASA
9 Jun 2012

Kelibat peraih rekod hatrik, Mohd Izzat Zaidi dilihat akan terus mendominasi pusingan lima Kejuaraan Cub prix AAM Malaysia PETRONAS apabila muncul pelumba terpantas Siri Super Yamaha 135 PETRONAS di Teluk Intan, Perak sebentar tadi.

IMRAN CATAT MASA TERPANTAS KATEGORI PERSENDIRIAN
9 Jun 2012

Saingan kategori Persendirian menyaksikan ketiga-tiga catatan masa terpantas sesi ujian masa menjadi milik pelumba yang beraksi pada saingan kumpulan Persendirian B.

FEATURE: PENDEDAHAN ANTARABANGSA BANTU ZAQHWAN TINGKAT PRESTASI
9 Jun 2012

Juara Pusingan 4 CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Mohd Zaqhwan Zaidi tidak sabar untuk menambah satu lagi kejayaan menjelang perlumbaan pusingan kelima yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak.

PASUKAN AHM PERCAYA PERCATURAN PELUMBA
8 Jun 2012

Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM mempertahankan percaturan mereka dalam kategori perdana CP130 adalah seiring dengan objektif pasukan bagi menghadapi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang akan memasuki Pusingan 5 di Teluk Intan, Perak, pada 9 dan 10 Jun ini.

FAZLI HARAP AKHIRI KEGAGALAN DI TELUK INTAN
8 Jun 2012

Pelumba utama Yamaha Maju Motor Racing, Ahmad Fazli Sham berharap dapat mengakhiri nasib malang yang menghantuinya dalam kategori CP130 menjelang aksi pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012  di Teluk Intan, Perak, pada 9 dan 10 Jun ini.

PENGUMUMAN PENUTUPAN JALAN BERSEMPENA KEJUARAAN CUB PRIX TELUK INTAN
6 Jun 2012


Memasuki pertengahan musim, saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 tambah menarik dan mendebarkan apabila seluruh kontinjen akan menuju ke Teluk Intan untuk menghadapi pusingan kelima pada 9 dan 10 Jun ini.

PROFIL: FITRI SAMBUNG LEGASI BAPA
6 June 2012

Di kaca mata keluarga dan teman rapat, dia digelar 'ulat buku',  justeru, apabila anak kedua dari enam beradik ini menyatakan hasrat mahu menjadi pelumba motosikal, ia nyata memeranjatkan ahli keluarganya. Namun bagi Fitri Bin Wazi, 18, keinginannya menceburi sukan bermotor tidak dapat ditahan lagi. Cabaran Suzuki Belang dijadikan transmisi awal untuk bergelar pelumba profesional.

KLINIK PERLUMBAAN PERCUMA DI CUB PRIX TELUK INTAN
5 Jun 2012

Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd mengumumkan satu berita baik apabila sekali lagi akan menganjurkan Klinik Perlumbaan Cub Prix bersempena pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan pada 9 dan 10 Jun ini.

NORIZMAN HARAP KEBANGKITAN DI TELUK INTAN
4 Jun 2012

Di sebalik pelbagai tekanan yang dihadapi, juara bertahan CP130, Norizman Ismail masih belum berputus asa di samping turut meletakkan harapan untuk menaiki podium pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 9 dan 10 Jun ini.

FEATURE: LITAR BANTING TERIMA RESPON POSITIF
29 Mei 2012

Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang baru berakhir di Bandar Mahkota, Banting, hujung minggu lepas mendapat respon positif dan dianggap antara yang terbaik dalam kalendar perlumbaan musim ini.

CP130: KESAKITAN TIDAK HALANG ZAQHWAN MUNCUL JUARA
27 Mei 2012

Kesakitan bukan penghalang buat Mohd Zaqhwan Zaidi untuk muncul juara kategori CP130 Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, hari ini. 

CP115: PETRONAS SYNTIUM MOTO YAMAHA AHM CATAT KEMENANGAN BERGANDA
27 Mei 2012

Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM mencatat kemenangan bergaya apabila dua pelumba mereka, Mohd Iskandar Raduan dan Shahril Izzuwan Mohd Noor menamatkan perlumbaan kategori CP115 di atas podium di Banting hari ini.

WIRA: FAKHRUSY TEBUS KECEWA
27 Mei 2012

Fakhrusy Syakirin Rostam menebus kehampaan gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan 3 apabila berjaya mengungguli Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Banting dengan catatan masa keseluruhan 9:27.550s.

PRIVATEER: KHAIRUL AZIZI CIPTA HATRIK DI HALAMAN SENDIRI
28 Mei 2012

Tiada apa yang lebih menggembirakan buat peraih gelaran juara dua kali berturut-turut (pusingan 2 dan 3) kategori Persendirian, Khairul Azizi Mansor selain berjaya mencipta kemenangan hatrik di halaman sendiri selepas muncul juara kategori Persendirian pada pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Mahkota Banting.

YAMAHA 135 SUPER SERIES: IZZAT CIPTA HAT-TRICK
27 Mei 2012

 
Selepas menawan Stadium Batu Kawan dan Stadium Utama Kangar pada pusingan lepas, Mohd Izzat Zaidi telah berjaya menawan Bandar Mahkota, Banting dan muncul juara Siri Super Yamaha 135 PETRONAS sekaligus mencipta kemenangan hatrik pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hari ini.

HONDA WAVE: SENTUHAN AJAIB KHAIRUL IDHAM TAWAN BANTING
27 Mei 2012

Pelumba yang telah mencipta kejuaraan hatrik pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Khairul Idham Pawi sekali lagi muncul juara  kategori Cabaran Honda Wave Junior buat empat kali berturut-turut selepas berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10:13.514s.

SUZUKI BELANG: MAKHOTA JUARA KEDUA BUAT SYUKRAN
27 Mei 2012
 
Mengungguli perlumbaan sejak kali pertama cabaran satu pengeluar, Suzuki Belang R dilancarkan pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis baru-baru ini, Ahmad Syukran Aizat sekali lagi mengukir kemenangan manis buat dirinya apabila dinobatkan sebagai juara kategori Cabaran Suzuki Belang R yang berlangsung pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Mahkota, Banting hari ini.

CP130: KELEBIHAN PENGALAMAN BANTU FUAD CATAT MASA TERPANTAS
26 Mei 2012

Faktor pengalaman memberikan kelebihan buat Ahmad Fuad Baharudin untuk melakukan catatan terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Bandar Mahkota Banting, Selangor, hari ini.

CP115: AMIRUL BAWA MOMENTUM KE BANTING
26 Mei 2012

Dalam kategori CP115, selepas mempamerkan prestasi cemerlang dengan memenangi perlumbaan Pusingan 3 di Kangar, Mohd Amirul Ariff Musa sekali lagi tampil dengan aksi terbaik apabila muncul pelumba terpantas ujian masa dengan catatan 55.706s.

WIRA: HAFIZ TERUS MARA
26 Mei 2012

Pendahulu keseluruhan kategori Wira, Mohd Hafiz Nor Azman terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila menamatkan sesi ujian masa sebagai pelumba terpantas dengan catatan 56.350s.

PRIVATEER: IZUAF MONOPOLI UJIAN MASA
26 Mei 2012
 
Jika pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS menyaksikan kelibat Khairul Aziz yang sering mendominasi baik catatan masa terpantas mahupun kedudukan keseluruhan, kini langkah Khairul mungkin sukar apabila Izuaf Sirun mempamer aksi cemerlang dan muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori Persendirian yang berlangsung di Bandar Mahkota hari ini.

HONDA WAVE: KHAIRUL IDHAM TERPANTAS DI BANTING
26 Mei 2012

‚€ėPantas, sukar dicabar‚€™ itulah istilah tepat menggambarkan betapa Juara Cabaran Honda Wave Junior pusingan 3, Khairul Idham Pawi tekad mempertahankan mahkota juara yang digenggamnya apabila muncul sebagai pelumba terpantas cabaran satu pengeluar tersebut pada sesi ujian masa pada pusingan 4, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

YAMAHA 135 SUPER SERIES: FARIZ KEMBALI TUNJUK TARING
26 Mei 2012

Nurahmad Fariznazreen mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas dalam cabaran satu pengeluar, Siri Super Yamaha 135ss PETRONAS pada sesi ujian masa pusingan ke-4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bertempat di Bandar Mahkota, Banting hari ini.

SUZUKI BELANG: SYUKRAN KEKAL TERPANTAS, SYAFIQ & SOFIAN TERUS DOMINASI
26 Mei 2012

Bak membunyikan siren awal buat pencabar lain, Juara Cabaran Suzuki Belang, Ahmad Syukran Aizat kekal mempamerkan prestasi cemerlang apabila muncul sebagai pelumba terpantas sesi ujian masa kategori cabaran satu pengeluar tersebut, yang berlangsung pada pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012di Bandar Mahkota, Banting hari ini.

FAITO MOTOBERT RACING BURU KEMENANGAN DI BANTING
26 Mei 2012

Puas hati dengan pencapaian selepas tiga pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, pasukan Faito Motobert Racing berhasrat untuk terus mengukuhkan kedudukan pendahulu dalam senarai anugerah berpasukan kategori CP130 pada Pusingan 4 yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, 26 dan 27 Mei ini.

RAMDAN HARAP MASALAH TEKNIKAL SELESAI, MAHU TEBUS KECEWA PUSINGAN LEPAS
25 Mei 2012

Mohd Ramdan Mohd Rosli berharap masalah teknikal tidak lagi mengganggunya bagi menebus kekecewaan yang dialami dalam kategori CP130 menjelang perlumbaan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, 26 dan 27 Mei ini.

BERITA BAIK BUAT AZLAN MENJELANG PERLUMBAAN DI BANTING
24 Mei 2012

Azlan Shah Kamaruzaman menerima menerima perkhabaran gembira sekali gus turut menyemarakkan semangatnya untuk menghadapi perlumbaan CP130 Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, minggu ini.

TENGKU AMIRUL TAMPIL LEBIH YAKIN DALAM KELAS WIRA
23 Mei 2012

Tengku Amirul Haffiruddin berharap dapat meneruskan aksi cemerlang yang dipamerkan dalam kategori WIRA setakat ini pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting pada 26 dan 27 Mei ini. Pelumba Motul Yamaha YY Pang itu akui keyakinannya lebih tinggi menunggang jentera kelas WIRA musim ini berbanding sewaktu beraksi dalam kategori CP115 bersama pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline tahun lalu.

HAFIZA SERASI BERSAMA HONDA
22 Mei 2012
 
Selepas tiga pusingan bersama jentera baru Honda, Hafiz Rofa kini semakin yakin dan sudah bersedia untuk menghadapi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Mahkota, Banting pada 26 dan 27 Mei ini.

BANTING TUAN RUMAH PUSINGAN 4
21 Mei 2012

Bandar Mahkota yang terletak di Banting, Selangor ditetapkan sebagai gelanggang bagi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 menggantikan venue asal di Putrajaya pada 26 hingga 27 Mei ini.

PROFIL: JAGOAN CILIK
16 Mei 2012

'Kecil-kecil cili padi, walaupun kecil, tampil berani'. Itulah yang boleh diperkatakan tentang pelumba remaja ini. Walaupun mempunyai saiz fizikal lebih kecil berbanding pelumba-pelumba seusia yang lain, Muhamad Akid Aziz tidak gentar untuk memberi saingan bagi membuktikan siapa yang lebih handal dalam saingan Cabaran Honda Wave Junior 2012.

ARRC: PELUMBA MALAYSIA BERMULA CEMERLANG
15 Mei 2012

Kontinjen Malaysia membuktikan mereka mampu menyaingi pelumba-pelumba handalan seluruh Asia pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2012 yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) hujung minggu lepas.

ARRC: PODIUM BERGANDA BUAT AZLAN
13 Mei 2012

Azlan Shah Kamaruzaman membuktikan dirinya merupakan antara pelumba terbaik Asia apabila  menaiki podium di tangga ketiga pada kedua-dua perlumbaan kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

ARRC: AZLAN, AFIF MULAKAN SAINGAN DARI BARIS HADAPAN
12 Mei 2012

Pelumba handalan negara, Azlan Shah Kamaruzaman membuktikan dia antara pencabar utama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) musim 2012 apabila bakal memulakan kedua-dua perlumbaan akhir di petak kedua setelah mencatat masa kedua terpantas pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan), hari ini.

ARRC: AZLAN KEDUA TERPANTAS PADA SESI LATIHAN SUPERSPORTS 600cc SEPANG
11 Mei 2012

Pelumba MUSASHi Boon Siew Honda Racing, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan kempen SuperSports 600cc dengan langkah kanan apabila dia muncul pelumba kedua terpantas pada sesi latihan masa Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

ARRC: TEKANAN BUAT SASI
9 Mei 2012

Tanggungjawab besar di galas Sasitharen Sukumaran (Sasi) pada musim 2012 memandangkan Boon Siew Honda Sdn Bhd meletakkan sasaran tinggi kepada pelumba 20 tahun itu pada aksi pertamanya di Piala Impian Asia (ADC) yang akan berlangsung bersama-sama dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

ARRC: SAKSIKAN PERLUMBAAN ARRC SECARA PERCUMA
7 Mei 2012

Promoter kejuaraan, Two Wheels Motor Racing mengumumkan berita baik buat peminat-peminat sukan pemotoran apabila tiada sebarang bayaran masuk dikenakan untuk menyaksikan pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, minggu depan

PROFIL: SEJENAK  BERSAMA VIVIEN
4 Mei 2012

Gadis pilihan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS minggu ini, Vivien bercerita dia pernah menghulurkan kad semata-mata kerana ingin berkenalan dengan seorang lelaki. Kita ikuti sedikit temu bual bersama Vivien mengenai kisah tersebut.

FEATURE: PELUMBA WIRA RAPATKAN JURANG DENGAN PELUMBA CP115
2 Mei 2012

Perubahan peraturan teknikal terhadap saiz injap enjin kategori Wira bawah 17 tahun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membawa impak menakjubkan apabila pelumba-pelumba Wira kini mampu merapatkan jurang catatan masa mereka dengan pelumba senior CP115.

ELLY RAIH KEMENANGAN PERTAMA DI HALAMAN SENDIRI
29 April 2012


Beraksi di halaman sendiri memberi kelebihan buat Elly Idzlianizar Ilias untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini dalam kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di litar Stadium Utama Kangar, Perlis, hari ini.

AMIRUL CATAT KEMENANGAN SULUNG
29 April 2012

Kategori CP115 menyaksikan Mohd Amirul Ariff Musa akhirnya meraih kemenangan pertama dalam karier perlumbaannya sejak mula beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada tahun 2008.

HAFIZ TAWAN KELAS WIRA DI KANGAR
29 April 2012

Mohd Hafiz Nor Azman meraih kemenangan mudah dalam kategori WIRA setelah beberapa pencabarnya termasuk pelumba yang bermula di petak pertama, Mohd Fakhrusy Syakirin Rostam (AAP Mazoil Armstrong Motorsport) terjatuh seawal pusingan pertama.

KATEGORI PERSENDIRIAN MILIK KHAIRUL AZIZI
29  April 2012

'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,' itulah kata pepatah yang menjadi senjata utama juara kategori Persendirian pusingan ketiga yang berlangsung di Stadium Utama Kangar, hari ini.

AHMAD SYUKRAN MUNCUL JUARA PERTAMA CABARAN SUZUKI BELANG
29 April 2012

Tekadnya untuk pamer aksi debut terpantas, terbaik sehingga bergelar juara akhirnya tercapai apabila Ahmad Syukran Aizat muncul juara sulung Cabaran Suzuki Belang di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan ketiga di Stadium Utama, Kangar hari ini.

IZZAT ZAIDI KEMBALI BERKUASA DALAM YAMAHA ONE-MAKE
29 April 2012

Walaupun diasak hebat oleh pesaing utama sedari mula perlumbaan hingga, namun Mohd Izzat Zaidi berjaya menempatkan dirinya di kedudukan pertama Kejuaran Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 dalam kategori cabaran satu pengeluar Siri Super Yamaha 135 PETRONAS. Mohd Izzat yang berada di kedudukan ketiga pusingan kedua di Kuala Terengganu nyata nekad bangkit menebus kekecewaan apabila menamatkan 10 pusingan dengan catatan masa keseluruhan 7:38.809s.

KHAIRUL IDHAM CIPTA HATRIK
29 April 2012

Selepas merangkul  gelaran juara kategori satu pengeluar Cabaran Honda Wave Junior di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu awal April lalu, Khairul Idham Pawi berjaya menawan litar Stadium Utama Kangar sekaligus mencipta rekod hatrik, apabila sekali lagi muncul sebagai juara pusingan cabaran satu pengeluar tersebut yang berlangsung di pusingan ketiga Kejuaraan AAM Cub Prix PETRONAS Malaysia hari ini.

AZLAN KUASAI SESI UJIAN MASA DI KANGAR
28 April 2012

Azlan Shah Kamaruzaman sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila menguasai sesi ujian masa kategori CP130 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Stadium Utama, Kangar, hari ini.

AMIRUL KEJUTKAN PESAING CP115 DENGAN CATATAN MASA TERPANTAS
28 April 2012

Selepas prestasi kurang memuaskan pada dua pusingan lepas, Mohd Amirul Ariff Musa membuktikan dia masih merupakan antara pencabar utama kejuaraan pada musim ini apabila mendahului pelumba-pelumba lain pada sesi ujian masa kategori CP115

HAFIZ TERUS KONSISTEN
28 April 2012

Mohd Hafiz Nor Azman terus mempamerkan prestasi konsisten pada Pusingan 3 apabila muncul pelumba terpantas dalam kategori Wira dengan catatan 43.596s di Kangar, Perlis hari ini.

AHMAD SYUKRAN, ABU SOFIAN BERSAING SENGIT DI SESI UJIAN MASA
28 April 2012

Cabaran Suzuki Belang yang buat pertama kalinya berlangsung dalam Kejuaraan PETRONAS AAM Cub Prix Malaysia telah menyaksikan Ahmad Syukran Aizat muncul sebagai pelumba terpantas sesi ujian masa di Stadium Utama Kangar, Perlis hari ini.


IZZAT BALAS DENDAM DI SESI UJIAN MASA
28 April 2012

Mohd Izzat Zaidi membuktikan dirinya mampu mendominasi perlumbaan Siri Super Yamaha 135 PETRONAS bagi musim 2012 apabila mengungguli sesi ujian masa pusingan kedua di Stadium Utama, Kangar, hari ini.

KHAIRUL IDHAM TERUS CEMERLANG DALAM HONDA ONE-MAKE
28 April 2012

Pendahulu Cabaran Honda Wave Junior, Khairul Idham Pawi terus mempamerkan aksi cemerlang apabila dia muncul pelumba terpantas dalam sesi ujian masa Pusingan Ketiga yang berlangsung di Stadium Utama Kangar, Perlis hari ini sekaligus melaung amaran awal dia nekad mempertahankan kedudukannya di dalam carta keseluruhan kategori Honda one-make tersebut.

KHAIRUL AZIZI MONOPOLI UJIAN MASA PERSENDIRIAN
28 April 2012

Juara kategori persendirian pusingan kedua, Khairul Azizi Abd Mansor nampak gayanya sudah bersiap sedia untuk sekali lagi dinobatkan juara kategori persendirian apabila menguasai sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan catatan masa terpantas iaitu 46.320 saat di Stadium Utama Kangar, Perlis hari ini.

AZLAN JANGKA SAINGAN LEBIH MENCABAR DI KANGAR
28 April 2012

Menghadapi pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, pelumba kategori CP130, Azlan Shah Kamaruzaman menjangkakan saingan kali ini pasti lebih sukar berikutan perubahan laluan di litar Stadium Utama Kangar, Perlis minggu ini.

TAUFIQ  MAHU TERUS MENGORAK LANGKAH DALAM KELAS PERDANA
27 April 2012

Tidak tersenarai sebagai pelumba yang menyumbang mata kepada pasukan dalam carta Anugerah Berpasukan Keseluruhan kategori CP130, bukanlah satu alasan untuk Mohd Taufiq Roslan berhenti dari terus memburu posisi teratas dalam pusingan ketiga Kejuaran PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung di Stadium Utama Kangar, Perlis minggu ini.

PELUANG BERAKSI DI ADC MENANTI PELUMBA CABARAN HONDA WAVE JUNIOR
26 April 2012

Berita baik menanti para pelumba Cabaran Honda Wave Junior apabila mereka bukan sahaja berpeluang untuk beraksi di dalam kategori lebih tinggi di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS tetapi mereka turut berpeluang berlumba di pentas antarabangsa.

ADIK BERADIK ELLY OPTIMIS JULANG KEJAYAAN BUAT SUZUKI
25 April 2012

Gandingan adik beradik, Elly Idzlianizar Ilias dan Elly Idzliaikmal Ilias optimis mereka mampu menjulang kejayaan buat Suzuki dalam kategori CP130 dan CP115 pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang akan berlangsung di Stadium Utama Kangar, Perlis, minggu ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA CASEY
25 April 2012

Temui gadis pilihan minggu ini, Casey. Selain sibuk dengan bidang peragaan termasuk penglibatannya sebagai seorang gadis Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada Pusingan 3 di Terengganu, dia turut merupakan seorang DJ di sebuah pusat hiburan. Ikuti temubual kami...

AFIF TAGIH STRATEGI BERPASUKAN MANTAP
24 April 2012

Ahmad Afif Amran percaya strategi berpasukan yang mantap mampu membantunya memecahkan momentum pelumba di barisan hadapan pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Utama Kangar, Perlis minggu ini.

FAKHRUSY MAHU KEKAL KEDUDUKAN PENDAHULU
23 April 2012


Fakhrusy Syakirin Rostam bertekad untuk mempertahankan kedudukan pendahulu menjelang perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

FEATURE: SUZUKI MENGORAK LANGKAH MENCARI BAKAT BARU
23 April 2012

Usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba-pelumba muda tempatan pada masa ini turut mendapat sokongan daripada satu lagi nama besar dalam industri pemotoran tempatan iaitu Suzuki. Tampil dengan perlumbaan kategori satu Pengeluar Cabaran Suzuki Belang, usaha positif Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd ini dilihat bakal memberikan lebih persaingan serta kepelbagaian dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012.

PELUANG MASIH TERBUKA WALAUPUN DOMINASI KETARA DALAM KELAS CP130, CP115
17 April 2012

Persaingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 nampaknya semakin hangat apabila kem Honda dan Yamaha dilihat mendominasi kelas terbuka CP130 dan CP115 pada Pusingan 2 di Litar Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu hujung minggu lalu.

AZLAN RAIH KEMENANGAN BERMAKNA
14 April 2012

Tiada apa yang lebih bermakna buat Azlan Shah Kamaruzaman apabila dia sekali lagi berjaya menakluk litar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak buat kali kedua berturut-turut selepas berakhirnya Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012, hari ini.

PETRONAS SYNTIUM MOTO YAMAHA AHM DOMINASI CP115
14 April 2012

Dalam kategori CP115, Shahril Izzuwan Mohd Nor membuktikan dirinya masih antara pencabar utama saingan musim 2012 apabila menamatkan perlumbaan 12 pusingan sebagai juara dengan catatan masa keseluruhan 8:33.558s.

FAKHRUSY MUNCUL JUARA WIRA DI TERENGGANU
14 April 2012

Fakhrusy Syakirin Rostam menebus kehampaan gagal menaiki podium di Batu Kawan apabila meraih gelaran juara dalam kategori WIRA dengan catatan masa keseluruhan 7:12.099s.

KHAIRUL KUASAI KATEGORI PERSENDIRIAN
14 April 2012

Jika semangat jadi taruhan, sudah pasti pelumba kategori Persendirian yang layak bergelar juara. Kali ini di pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS AAM Cub Prix Malaysia melihatkan pertembungan sengit antara Khairul Azizi Abdul Mansor dan Hilmi Affan Abdul Malik. Dengan catatan masa 7:33.834s, Khairul telah memastikan kemenangan menjadi miliknya.

TENGKU AMIRUL MENANG DI KAMPUNG HALAMAN
14 April 2012

Satu pertarungan hebat apabila Tengku Amirul Hafiruddin berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori Super Siri Yamaha 135 PETRONAS. Lebih manis lagi, kemenangan ini dicapai di kampung halamannya, di hadapan keluarga, kawan-kawan dan penyokongnya.

KEMENANGAN KEDUA BUAT KHAIRUL IDHAM
14 April 2012

Khairul Idham Pawi berjaya mengekalkan momentum dengan kemenangan keduanya musim ini untuk Cabaran Honda Wave Junior dalam Kejuaraan PETRONAS AAM Malaysia Cub Prix 2012. Dengan pusingan terpantas iaitu 46.311s, Khairul yang menang di Batu Kawan dilihat ingin mempamerkan persembahan terbaiknya untuk kategori ini.

ZAQHWAN MUNCUL PELUMBA TERPANTAS
13 April 2012

Mohd Zaqhwan Zaidi membuktikan dirinya merupakan antara pencabar utama saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2012 apabila  mengungguli sesi ujian masa pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.

SHAHRIL KEMBALI GEGAR CP115
13 April 2012

Langkah Shahril Izzuwan Mohd Noor kembali ke kategori CP115 bermula pusingan kedua ini membuktikan dia sememangnya berhasrat untuk mempertahankan mahkota juara keseluruhan 2011 apabila mengungguli sesi ujian masa dengan catatan terpantas 41.995s.

FAKHRUSY ULANGI KEPANTASAN PUSINGAN 1
13 April 2012

Fakhrusy Syakirin Rostam mengulangi pencapaian Pusingan 1 di Stadium Batu Kawan apabila sekali lagi muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori WIRA. Pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport itu melakukan catatan 42.424s mengatasi Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang Racing) kedua, 42.508s dan Mohd Hafiz Nor Azman (Mos Track Pro Yamaha Racing) ketiga, 42.546s.

REBUTAN TIGA PELUMBA KATEGORI PERSENDIRIAN
13 April 2012

Catatan masa terpantas kategori Persendirian menjadi rebutan antara tiga pelumba - Md Izuaf Sirun, Hilmi Affan Abd Malik serta Khairul Azizi Abd Mansor.

TENGKU AMIRUL, IZZAT REBUT MASA TERPANTAS YAMAHA ONE-MAKE
13 April 2012

Hasrat pemenang Pusingan 1, Md Izzat Zaidi untuk terus menguasai kategori Yamaha 135 Super Series PETRONAS nampaknya mahu disekat oleh Tengku Amirul Haffiruddin. Dalam sesi Ujian Masa pusingan 2 di Kuala Terengganu, Izzat berjaya mencari rentak sebaik sesi latihan dimulakan.

KHAIRUL IDAM KEMENANGAN KEDUA
13 April 2012

Khairul Idham Pawi, pemenang kategori Honda Wave Junior Challenge pusingan pertama di Batu Kawan, mula mengorak langkah demi mengejar kemenangan kedua di Kuala Terengganu.

FAITO MOTOBERT RACING SANDAR HARAPAN PADA PELUMBA VETERAN
13 April 2012

Faito Motobert Racing meletakkan harapan tinggi terhadap gandingan pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin dan Ahmad Fazrul Sham untuk mencatat kejayaan pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malysia PETRONAS 2012 di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu hujung minggu ini.

FEATURE: SHAHRIL KEMBALI PERTAHAN MAHKOTA CP115; ZULSYAFIZ BERALIH KE KATEGORI PERDANA
12 April 2012

Selepas satu pusingan beraksi dalam kategori CP130, Shahril Izzuwan Mohd Noor akan kembali ke kategori CP115 bermula Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu hujung minggu ini.

PROFIL: ZAQHWAN SEDIA TEPIS KRITIKAN
11 April 2012

Pelumba muda CP130, Mohd Zaqhwan Zaidi mahu meneruskan rentak kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu bagi menghadapi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012, hujung minggu ini.

AHMAD MAHU TEBUS KESILAPAN DI TERENGGANU
10 April 2012

Ahmad Abdul Kadir mahu melupakan insiden malang musim lalu dan menebus kesilapan apabila dia kembali ke Terengganu bagi menghadapi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 13 hingga 14 April ini.

KEPUTUSAN UJIAN PRA-MUSIM ARRC JADI MOTIVASI BUAT HAFIZ
9 April 2012

Pelumba WIRA, Mohd Hafiz Nor Azman yang mencatat masa terpantas sewaktu ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) baru-baru ini mengambil pencapaian tersebut sebagai motivasi besar buat dirinya menghadapi pusingan dua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu pada 13 dan 14 April ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA AZWINA
6 April 2012

Musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hujung minggu lalu bukan sahaja menyaksikan ramai pelumba baru tetapi ia juga menampilkan ramai muka baru di kalangan gadis litar. Ikuti temubual bersama gadis pilihan minggu ini, Azwina yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

ZAMRI KEDUA TERPANTAS DALAM UJIAN PRA-MUSIM ARRC
5 April 2012

Walaupun penat daripada penampilannya di dalam MFJ All Japan Championship di Litar Twin Ring Motegi hujung minggu lalu, ini tidak menjadi alasan buat Mohd Zamri Baba untuk tidak mempamerkan aksi cemerlang pada ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang tempoh hari.

PUSINGAN PEMBUKAAN PETANDA SAINGAN LEBIH MENARIK
3 April 2012

Musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu lalu bermula dengan positif sekaligus memberi petanda persaingan 2012 pasti lebih hebat dan rancak dari tahun-tahun sebelumnya.

ZAQHWAN BERMULA LANGKAH KANAN
1 April 2012

Mohd Zaqhwan Zaidi bermula dengan langkah kanan apabila memenangi perlumbaan kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, hari ini.

ISKANDAR MUNCUL JUARA CP115 DI BATU KAWAN
1 April 2012

Kejayaan dicapai pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM, Mohd Iskandar Raduan apabila dia berjaya mengungguli perlumbaan kategori CP115 setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 2010.

MOTUL YAMAHA YY PANG KUASAI PERLUMBAAN WIRA PERTAMA
1 April 2012

Pasukan Motul Yamaha YY Pang mencatat kemenangan bergaya apabila dua pelumbanya, Mohd Izzat Zaidi Mohd Solehan dan Tengku Amirul Haffiruddin menguasai perlumbaan kategori Wira.

DARIMI BAKAL GANTI WAZIR?
1 April 2012

Mencatat masa terpantas dalam sesi ujian masa; memenangi perlumbaan saringan dan sejurusnya menjadi pelumba paling dominan dalam perlumbaan akhir kategori Persendirian. Situasi ini sering dihasilkan oleh Wazir Abd Razak dalam musim 2011. Dalam musim 2012 pula, di pusingan pembuka tirai di Batu Kawan pada 1hb April, senario yang sama dihidangkan oleh seorang lagi pelumba persendirian, Darimi Zikri Dazari.

KHAIRUL PEMENANG PERTAMA CABARAN HONDA WAVE JUNIOR
1 April 2012

Khairul Idham muncul sebagai pemenang pertama dalam edisi musim 2012 kategori Honda Wave Junior Challenge. Khairul, yang memulakan perlumbaan di petak permulaan yang paling strategik tidak tercabar sepanjang perlumbaan 10-lap tersebut. Kemenangan dicatat dengan masa 10:23.206, 16.655 saat di hadapan pelumba kedua iaitu Md Akid Aziz yang hanya mencatat masa 10:39.861.

IZZAT CEMERLANG DALAM SIRI SUPER YAMAHA PETRONAS
1 April 2012

Izzat Zaidi yang juga merupakan salah seorang pelumba yang sedang dilatih oleh YY Pang, muncul dengan persembahan yang mantap dalam perlumbaan akhir Yamaha 135 Super Series PETRONAS di Pusingan 1 yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 1hb April.

AZLAN LAUNG AMARAN AWAL
31 Mac 2012

Azlan Shah Kamaruzaman bermula cemerlang pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila dia muncul pelumba terpantas dalam kategori CP130 di Litar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

ISKANDAR KUASAI UJIAN MASA CP115
31 Mac 2012

Dua pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM beraksi cemerlang apabila muncul antara pelumba terpantas sesi ujian masa Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.

FAKHRUSY TAMPIL CEMERLANG DALAM UJIAN MASA WIRA
31 Mac 2012

Fakhrusy Syakirin Rostam meneruskan kecemerlangan musim lepas apabila mengungguli sesi ujian masa Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan catatan masa terpantas 55.684s yang dilakukan pada pusingan ke-10.

NURAHMAD CATAT MASA TERPANTAS DALAM YAMAHA 135 SUPER SERIES
31 Mac 2012

Musim 2012 kategori Yamaha 135 Super Series PETRONAS mengetengahkan lapan belas pelumba muda yang turun ke litar dengan harapan meraih keputusan terbaik dalam pusingan pembuka tirai di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Mac dan 1 April.

QHALIS MENYERLAH DALAM HONDA WAVE JUNIOR
31 Mac 2012

Setelah menganjurkan proses pemilihan yang begitu terperinci, pihak Boon Siew Honda akhirnya menampilkan 16 pelumba baru dalam kategori Honda Wave Junior Challenge musim 2012.

GILIRAN DARIMI UNGGULI KELAS PERSENDIRIAN
31 Mac 2012

Peraturan kategori Persendirian yang tidak membenarkan tiga pelumba di tangga teratas musim 2011 kembali menyertai kelas yang sama bermakna kini, Wazir Abd Razak, Md Fhahmin Abd Mutalib serta Ang Beng Seang tidak akan menyertai kategori Persendirian pada musim 2012.

EMPAT PELUMBA JADI TARUHAN PERTAHAN GELARAN
31 Mac 2012

Selepas menamatkan musim 2011 dengan pelbagai kejayaan, empat pelumba menjadi harapan  pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing untuk mempertahankan gelaran dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang bermula hujung minggu ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA AHMAD ABDUL KADIR
29 Mac 2012

Menjelang perlumbaan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada hujung minggu ini, kita lihat apakah sasaran Ahmad Abdul Kadir iaitu pelumba pasukan tunggal dari Sarawak, APIDO Yamaha Boon Kui Racing.

JUARA CP115 RAMDAN, SHAHRIL BERGANDING BAHU DALAM KELAS PERDANA
30 Mac 2012

Dua juara CP115, Mohd Ramdan Mohd Rosli dan Shahril Izzuwan Mohd Noor bakal bergandingan semula bagi mengharungi cabaran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang akan membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.

CUB PRIX CIPTA LEBIH BANYAK SALURAN PEMBANGUNAN PELUMBA
28 Mac 2012


Dengan sistem pencarian bakat yang sistematik, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang sudah memasuki musim ke-19 meletakkan sasaran utamanya untuk memberi lebih banyak saluran pembangunan kepada pelumba Malaysia.

MOTUL YAMAHA YY PANG MAHU ULANGI KEJAYAAN LALU
27 Mac 2012

Segar selepas berehat panjang, pasukan Motul Yamaha YY Pang bersedia untuk memulakan cabaran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang bakal membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Mac hingga 1 April ini.

SAM UMUM BARISAN PELUMBA 2012
26 Mac 2012

Semakin hampir ke pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012, promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengumumkan barisan pelumba yang bakal bertarung di dalam kelas terbuka CP130, CP115 dan WIRA di Litar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA HAFIZUDDIN
23 Mac 2012

Minggu ini kita ikuti temu bual bersama Mohd Hafizuddin Azahar tentang persediaannya menghadapi musim 2012 ini sewaktu ditemui di majlis pelancaran pasukan Unisel Racing Team baru-baru ini.

FEATURE: FAITO YSP RACING BERALIH KE JENTERA HONDA
21 Mac 2012

Bagi menjamin kejayaan dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, 2012 pelbagai rombakan telah dilakukan dan diumukan oleh pasukan-pasukan bertanding termasuk Faito YSP Racing.
Selepas mencatat keputusan memberansangkan tahun lalu, pasukan ini bakal beralih menggunakan jentera Honda bagi menghadapi saingan musim baru bermula pada Pusingan 1 di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Mac dan 1 April ini.

ZAMRI LEPAS AKSI PEMBUKAAN CUB PRIX
20 Mac 2012

Di saat seluruh kontinjen sudah tidak sabar untuk memulakan saingan  Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, lain pula ceritanya bagi pelumba handalan, Mohd Zamri Baba.

HONDA PROMAX RACING BELAJAR DARI KESILAPAN
16 Mac 2012

Pasukan Honda Promax Racing menjadikan kegagalan pada saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 sebagai pengajaran berguna kepada mereka bagi menghadapi saingan musim 2012 ini.

KELAS PERSENDIRIAN DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN
13 Mac 2012

Kurang tiga minggu, pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 akan berlangsung. Seluruh kontinjen Cub Prix pastinya sudah tidak sabar untuk bergerak ke Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, iaitu gelanggang pembuka musim tahun 2012 pada 31 Mac dan 1 April ini.

FEATURE: ZULFAHMI TIDAK SABAR PAMER AKSI BERSAMA KTM
12 Mac 2012

Sokongan penuh daripada pengeluar jentera perlumbaan, KTM musim ini memberikan keyakinan tinggi buat Muhd Zulfahmi Khairuddin untuk tampil buat pertama kali di pentas Moto3 Kejuaraan Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, bulan depan.

UNISEL RACING TEAM BERSEDIA HADAPI MUSIM 2012
9 Mac 2012

Pasukan Unisel Racing Team (URT) sudah cukup bersedia untuk memulakan saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang dijadualkan bermula di Batu Kawan pada 31 Mac dan 1 April ini .

PASUKAN HONG LEONG YAMAHA TEMU PELUMBA MOTOGP
9 Mac 2012

Pasukan satelit Hong Leong Yamaha Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS menerima berita baik apabila mereka diberi peluang untuk bertemu pelumba MotoGP, Jorge Lorenzo dan Ben Spies di Pameran Antarabangsa MotoXpo di Kuala Lumpur, 26 Februari lalu.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA MUHAIMIN
8 Mac 2012

Minggu ini kita mendekati pelumba Yamaha Maju Motor Racing, Abdul Muhaimin Roslan untuk mengetahui serba sedikit tentang persediaannya sebelum memulakan aksi sulung Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Batu Kawan pada 31 Mac dan 1 April ini.

26 REMAJA JALANI UJIAN PEMILIHAN HONDA
6 Mac 2012

Seramai 26 remaja terpilih hadir menjalani latihan dan pemilihan bersama Akedemi Perlumbaan Honda anjuran Boon Siew Honda Sdn Bhd bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah pada 3 dan 4 Mac lepas.

FEATURE: ZAR RACING MOTORSPORTS UNDUR DARI CUB PRIX
5 Mac 2012

Setelah dua tahun mengendalikan operasi pasukannya sendiri, Mohd Rozaliman Zakaria mengambil keputusan drastik untuk menutup ZAR Racing Motorsports dari Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini. Klik selanjutnya untuk cerita penuh.

TAHNIAH PARA PEMENANG PERADUAN KETERANGAN GAMBAR CUB PRIX HARIAN METRO
2 Mac 2011

Keluarga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mengucapkan tahniah kepada para pemenang Peraduan Keterangan Gambar Cub Prix Harian Metro musim 2011.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA EMIR FAREEZ
1 Mac 2012

Mohd Emir Fareez Hasan mungkin antara pelumba kurang bernasib baik apabila sekadar menamatkan saingan kategori Wira di tangga ke-12 keseluruhan dengan pungutan 46 mata.

ISKANDAR MAHU LUPAKAN 2011
28 Februari 2012

Mohd Iskandar Raduan optimis menghadapi musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di mana dia berhasrat untuk meningkatkan namaya kembali selepas sebuah kempen yang kurang memberansangkan tahun lalu.

FEATURE: SUZUKI FORTYONE AMBIL LANGKAH BERANI
27 Februari 2012

Berpuas hati dengan pencapaian dalam kategori Wira pada musim lepas, pasukan Suzuki FortyOne Racing membuat keputusan berani dengan menyertai kategori CP130 dan CP115 dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2012.

FAZLI KEMBALI KE PANGKUAN YAMAHA MAJU MOTOR
24 Februari 2012

Prestasi tidak menentu musim lalu mendorong Ahmad Fazli Sham kembali ke pangkuan pasukan lamanya, Yamaha Maju Motor Racing bagi menghadapi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2012.

PROFIL: SEHARI BERSAMA AFIF DI LITAR MIMC
22 Februari 2012

Jumaat lepas, kami berkesempatan untuk bersama pasukan CKJ Yamaha Racing menjalani latihan di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka. Kita ikuti sedikit aktiviti bersama pelumba harapan mereka, Ahmad Afif Amran tentang aktiviti yang dilakukannya sepanjang satu hari di litar tersebut.

TOPI KELEDAR CUB PRIX 2012 PERLU KELULUSAN FIM
21 Februari 2012

Bagi meningkatkan lagi tahap profesional Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengumumkan para pelumba kini perlu menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh FIM sahaja sebelum dibenarkan berlumba.

PROFIL: AZLAN KUMPUL TOPI SEJAK SEKOLAH
16 Februari 2012

Pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing, Azlan Shah Kamaruzaman cukup dikenali dengan imej bertopi terutama ketika berada di padok pasukan sewaktu berlangsungnya pusingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

FEATURE: FAHMI MUNCUL 10 TERBAIK UJIAN PRA-MUSIM
14 Februari 2012

Muhammad Zulfahmi Khairuddin mempamerkan aksi memberansangkan apabila muncul kedudukan kesembilan terpantas dalam ujian pra-musim MotoGP pertama di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol.

SELESAIKAN TUGAS DI ATAS LITAR' ZAMRI
10 Februari 2012

Nama Mohd Zamri Baba bukanlah nama asing dalam dunia sukan pemotoran tanah air.  Di tambah dengan pengalaman beraksi atas tiket wildcard di pentas MotoGP Malaysia sebanyak dua kali, sudah pasti nama Zamri cukup dikenali ramai.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA MIMI
10 Februari 2012

Minggu ini kita bersama dengan Syamira Azmil, salah seorang gadis penyeri kepada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Kita ikuti temu bual ringkas bersama gadis ini.

PELUMBA CUB PRIX TERIMA PENGIKTIRAFAN
3 Februari 2012


Pelumba Cub Prix Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Fridaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi menerima pengiktirafan Honda Motor Co, Japan sewaktu Honda mengumumkan untuk memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi Kejuaraan Motosikal FIM Asia PETRONAS edisi 2012. 

PROFIL: SEJENAK BERSAMA SASITHAREN
2 Februari 2012

Selepas sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, kali ini penganut agama Hindu pula akan menyambut hari perayaan mereka iaitu Thaipusam. Mengikut kepercayaan mereka, hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Mari kita lihat apakah yang akan dilakukan oleh pelumba M Seki Liberty Honda Racing, Sasitharen Sukumaran sempena hari Thaipusam pada 7 Februari ini.

CP130: ULASAN MUSIM 2011
31 Januari 2012

Pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 kita telah menyaksikan bagaimana Hafizh Syahrin Abdullah mendominasi perlumbaan kategori CP130, namun situasi agak berbeza pada musim 2011 apabila gelaran juara seringkali bertukar-ganti dan pertarungan merebut makhota jatuh diantara rakan baik, Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli.

FEATURE: FAISAL MASIH AKTIF DI PENTAS CUB PRIX
30 Januari 2012

Nama Mohd Faisal Yahya merupakan antara jaguh Cub Prix yang cukup dikenali pada suatu ketika dahulu. Tidak hanya di perlumbaan nasional, malah Faisal turut mencipta nama di Kejuaraan Motosikal Asia. Kini, walaupun telah lama berehat daripada dunia perlumbaan, Faisal masih menyumbang tenaganya kepada pelumba-pelumba muda dengan bertindak sebagai jurulatih dan penasihat bagi pasukan Global Bike Rock Oil Racing.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA SOONG CHEE KIEONG
27 Januari 2012

Mengikut kalendar Lunar Cina, Tahun Baru Cina pada tahun ini merupakan tahun Naga Air dan dari sudut pandangan Feng Shui, ia membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Anggapan serupa juga buat Soong Chee Kieong (SCK). Kita ikuti sedikit temu bual bersama pengurus pasukan Harian Metro TEQ SCK Honda Racing ini yang juga merupakan juara berganda kategori CP130 musim 2011.

ROZAIMAN HARAP MUSIM 2012 LEBIH BAIK
26 Januari 2012

Setelah gagal mencatat keputusan cemerlang dalam saingan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim lepas,  Mohd Rozaiman Mohd Said mahukan perubahan sebagai motivasi kepada dirinya untuk menghadapi cabaran musim ini

PROFIL: SEJENAK BERSAMA ANG BENG SEANG
19 Januari 2012

Seluruh masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini. Tidak ketinggalan juga dengan pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berbangsa Cina dan juga merupakan pemenang tempat ketiga keseluruhan kategori Persendirian, Ang Beng Seang. Kita ikuti sedikit temubual bersama pelumba yang akan berusia 23 tahun pada Februari ini.

TIGA KATEGORI ONE-MAKE DALAM CUB PRIX
18 Januari 2012

Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda, penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan kerjasama pengeluar motosikal, Hong Leong Yamaha Sdn Bhd, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Suzuki Assemblers Sdn Bhd akan memperkenalkan tiga kategori satu pengeluar bagi musim 2012.

WIRA: ULASAN MUSIM 2011
17 Januari 2012

Musim 2011 bagi kategori bawah-17 tahun atau lebih dikenali sebagai Kelas WIRA begitu menarik selepas kita dapat menyaksikan ramai muka-muka baru berjaya menjejakkan kaki di atas podium berbeza dengan dua tahun sebelumnya di mana ia banyak didominasi oleh duo Motul Yamaha YY Pang, Mohd Azhar Abdul Jalil (Juara WIRA 2009) dan Mohd Adib Rosley (Juara WIRA 2010).

FEATURE: MENINGKATKAN IMEJ KEJUARAAN
17 Januari 2012


Media memainkan peranan yang penting sama ada media cetak mahupun media elektronik untuk menyebarkan mesej dan juga meningkatkan imej sesuatu produk termasuk bidang sukan. Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bertaraf nasional boleh dianggap sebagai salah satu acara sukan pemotoran di Malaysia yang mendapat publisiti tertinggi di mana orang ramai boleh mengikuti perkembangan sukan ini melalui saluran media cetak dan elektronik.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA HAFIZH SYAHRIN
13 Januari 2012

Reputasi Hafizh Syahrin cukup hebat memandangkan hanya pada usia 18 tahun pada tahun ini, pelbagai koleksi kemenangan telah menjadi miliknya seperti gelaran juara CP115 pada tahun 2009 dan juga CP130 pada tahun 2010. Dia juga merupakan juara termuda CP130 dan juga memegang rekod sebagai pelumba termuda mencatat kejayaan hatrik. Paling baharu, Hafizh meletakkan namanya sebagai pemenang perlumbaan termuda di peringkat Asia sewaktu memenangi perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011 di Litar antarabangsa Losail, Doha, Qatar, Disember tahun lepas.

Sebagai seorang pelumba yang cukup dikenali, kita ikuti serba sedikit soalan mengenai peribadi Hafizh.

PERSENDIRIAN: ULASAN MUSIM 2011
13 Januari 2012

Saingan kategori Persendirian Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada musim 2011 ini tidak kurang hebatnya. Selepas mula diperkenalkan pada 2009, kategori ini semakin berkembang dan begitu diminati oleh peminat-peminat perlumbaan motosikal apabila jumlah penyertaannya semakin bertambah terutama di kalangan pelumba utara tanah air. Kita lihat kembali apa yang berlaku sepanjang musim 2011.

PIALA YAMAHA EGOLC PETRONAS: ULASAN MUSIM 2011
11 Januari 2012

Setiap tahun, perlumbaan kategori satu pengeluar Yamaha tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Kejuaraan Cub Prix AAM  Malaysia PETRONAS. Seperti sebelumnya, mereka menyediakan landasan melalui Piala Yamaha EgoLC PETRONAS bagi 20 pelumba-pelumba muda terpilih berusia di bawah 17 tahun untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka.

SAM UMUM JADUAL PERLUMBAAN 2012
10 Januari 2012

Masih segar dengan persaingan sengit yang menyaksikan kehadiran juara-juara baru pada musim 2011, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan kembali menemui peminat apabila Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengumumkan jadual perlumbaan sementara bagi musim 2012, hari ini.

FEATURE: PERANAN CLERK-OF-COURSE
9 Januari 2012

Sebelum ini kami ada mengupas mengenai kebanyakan bahagian-bahagian yang terlibat bagi memastikan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berjalan lancar. Antaranya termasuklah kru produksi, logistik, scrutineering, unit trauma, marshal dan juga penjaga masa (time-keeping).

ULASAN CABARAN HONDA WAVE JUNIOR MUSIM 2011
6 Januari 2012

Perlumbaan Cabaran Honda Wave Junior merupakan landasan bagi pelumba-pelumba muda untuk mengembangkan kemahiran serta merupakan peluang terbaik untuk memulakan karier perlumbaan mereka.  Daripada beberapa ratus permohonan yang diterima, hanya 20 pelumba terbaik berusia antara 13 hingga 16 tahun telah disenarai pendek dan kesemua mereka turut diberikan latihan insentif yang dikendalikan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd sebelum musim 2011 bermula.

PROFIL: RAMDAN ADA PERANCANGAN BESAR PADA TAHUN 2012
5 Januari 2012
 
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2011 dipenuhi pelbagai suka dan duka buat pelumba muda, Mohd Ramdan Mohd Rosli namun remaja berusia 16 tahun itu menerima segala cabaran yang dihadapinya dengan positif dan tidak menjadikannya alasan untuk berhenti daripada memikirkan tentang masa hadapannya dalam dunia perlumbaan motosikal.

AZAM TAHUN BARU 2012
3 Januari 2012

Menjelang tahun baru pasti ada azam baru yang akan dibuat. Azam memberikan kita panduan mengenai hala-tuju hidup seseorang individu dan apa yang ingin dicapai untuk sesebuah tahun itu. Seperti kebanyakan orang, mereka yang terlibat dengan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS juga tidak ketinggalan untuk memasang azam baru. Mari kita lihat apa kata kontinjen Cub Prix megenai harapan mereka untuk tahun 2012

CP115: ULASAN ANUGERAH BERPASUKAN
30 Disember 2011

Saingan musim 2011 yang baru melabuhkan tirainya menyaksikan pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM berjaya mengekalkan gelaran juara keseluruhan kategori berpasukan untuk musim kedua berturut-turut. Namun ia bukan saingan yang mudah kerana penentuan gelaran juara individu dan berpasukan hanya ditentukan pada perlumbaan terakhir musim 2011 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

PROFIL: NATASHA SERONOK BERAKSI DI LITAR LUMBA
28 Disember 2011

Sewaktu Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar baru-baru ini, wartawan Astro Arena, Natasha Eryna berkesempatan untuk menaiki jentera 600cc ketika sesi Pillion Ride bersama bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

CP130: ULASAN ANUGERAH BERPASUKAN
21 Disember 2011

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Cub Prix PETRONAS 2011 berlangsung dengan penuh mencabar dan mendebarkan. Sepanjang 10 pusingan bermula pada Mac lepas di Kangar, Perlis sehingga ke Penang Esplanade, Pulau Pinang awal Disember lalu, pertarungan kategori ini sentiasa sengit diantara pasukan sekaligus menyaksikan juara pada setiap perlumbaan sentiasa bertukar tangan. Mari kita lihat perkembangan setiap pasukan pada musim ini.

FEATURE: HONDA ONE-MAKE MAHU LAHIRKAN JUARA DUNIA
20 Disember 2011

Melihat kepada pencapaian pelumba Cabaran Honda Wave Junior musim ini, ramai diantara mereka berjaya menunjukkan prestasi yang begitu baik. Pencapaian mereka tidak terhad kepada perlumbaan kategori one-make sahaja malah kebanyakan mereka turut mempamerkan prestasi baik dalam kategori terbuka WIRA. Kita ikuti sesi soal jawab ringkas bersama Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Boon Siew Honda Sdn Bhd, Encik Tan Hui Jing mengenai perlumbaan Honda Wave Junior musim ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA FARAH
19 December 2011

Di sebalik wajah manis, Farah Asyikin sebenarnya seorang yang aktif dalam seni mempertahankan diri. Kita ikuti sedikit temu bual bersama gadis yang berasal dari Perak ini.

ARRC: KEMENANGAN PERTAMA BUAT HAFIZH
17 Disember 2011

Pelumba-pelumba Malaysia dalam kedua-dua kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc mempamerkan prestasi mengkagumkan pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: HAFIZH MEMULAKAN PERLUMBAAN DI PETAK KETIGA
16 December 2011

Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan prestasi membanggakan dalam sesi latihan bebas dan ujian kelayakan pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa losail, Qatar, hari ini.

ARRC: AZLAN LAUNG AMARAN AWAL
16 Disember 2011

Azlan Shah Kamaruzaman melaungkan amaran awal kepada pencabar-pencabarnya termasuk rakan karibnya, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah bahawa dia tidak memandang mudah perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

ARRC: AZLAN SASAR KEDUDUKAN KEDUA KESELURUHAN
14 Disember 2011

Walaupun Katsuaki Fujiwara telah mengesahkan gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc menjadi miliknya pada pusingan terdahulu di China, Azlan Shah Kamaruzaman tetap bersemangat menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 15 hingga 17 Disember.

ARRC: AFFENDI HARAP NASIB BAIK DI QATAR
13 Disember 2011

Pelumba Underbone 115cc negara, Mohd Affendi Rosli hadir ke pusingan akhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 15 hingga 17 Disember ini dengan harapan nasib terus menyebelahinya bagi menamatkan saingan musim 2011 di tangga ketiga keseluruhan.

FEATURE: YAMAHA ONE-MAKE,  LANDASAN PELUMBA MUDA PAMER KEBOLEHAN
8 Disember 2011
 
Setiap tahun, perlumbaan kategori satu pengeluar Yamaha tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Kejuaraan Cub Prix AAM  Malaysia PETRONAS. Seperti sebelumnya, matlamat penganjuran mereka tidak berubah iaitu untuk menyediakan landasan bagi pelumba-pelumba muda mempamerkan bakat dan kebolehan mereka sebelum beralih ke kategori yang lebih tinggi.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA SHIEDA
7 December 2011

Setelah beberapa tahun berkecimpung dengan dunia peragaan, gadis pilihan kali ini, Shieda mengimpikan untuk memiliki sebuah butik pelaminnya sendiri pada masa hadapan. Menyedari ianya memerlukan modal yang banyak, selain terlibat dengan bidang peragaan sepenuh masa, dia mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara kecil-kecilan sebelum merealisasikan hasratnya itu. Kita ikuti sedikit temubual bersama Shieda.

SATU LAGI MUSIM CEMERLANG CUB PRIX
6 Disember 2011

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 melabuhkan tirainya dengan kemunculan juara-juara baru dan memberi petunjuk kepada saingan yang lebih menarik musim hadapan.

NORIZMAN JUARA CP130 CUB PRIX
4 Disember 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di Penang Esplanade, Pulau Pinang, hari ini.

HAFIZH HAMPIRI KEMENANGAN KETIGA
3 Disember 2011

Hafizh Syahrin Abdullah semakin hampir untuk meraih kemenangan ketiga di litar Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan apabila dia menguasai sesi ujian masa Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011, hari ini.

NORIZMAN, AFFENDI BERTARUNG REBUT GELARAN
3 Disember 2011

Duo Harian Metro TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli akan bertarung habis-habisan bagi merebut gelaran keseluruhan CP130 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, minggu ini.

MUHAIMIN KEJAR KEMENANGAN PERTAMA
2 Disember 2011


Terlepas bergelar juara pada Pusingan 9  di Sepang, Abdul Muhaimin Roslan masih belum berputus asa untuk meraih kemenangan pertamanya pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Padang Kota Lama, minggu ini.

RAMDAN AKAN GUNA PENGALAMAN BARUNYA
1 Disember 2011

Mohd Ramdan Mohd Rosli berharap pengalaman beraksi di luar negara dapat digunakan bagi membantunya mencatat keputusan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hujung.

EMIR MAHU AKHIRI MUSIM DENGAN KEJAYAAN
30 November 2011

Mohd Emir Firdaus Hasan mahu menebus kekecewaan dengan meraih kejayaan pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

PROFIL: DUO SUZUKI FORTYONE PERTARUH KELAJUAN JENTERA
30 November 2011

Mohd Khairul Adli Azhar dan rakan sepasukan, Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusof mempunyai keyakinan tinggi terhadap jentera Suzuki mereka menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, 3 dan 4 Disember ini.

ZAIDY KETEPIKAN TEKANAN
29 November 2011

Pelumba kelahiran Pulau Pinang, Zaidy Mohd Zaifaizal meletakkan sasaran realistik bagi menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 3 dan 4 Disember ini.

HONDA PROMAX X-DOT RACING TIDAK LETAK SASARAN TINGGI DI PULAU PINANG
28 November 2011

Honda Promax X-Dot Racing tidak memberi sebarang tekanan kepada pelumba-pelumba muda mereka dalam kategori Wira Bawah-17 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Penang Esplanade, 3 dan 4 Disember ini.

KLINIK MOTOR CUB PRIX PERCUMA KEPADA ORANG RAMAI
25 November 2011

Bersempena dengan pusingan Grand Finale Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Padang Kota Lama, minggu depan, Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengambil inisiatif menganjurkan Klinik Motor Cub Prix bersama Shahrol Yuzy Ahmad Zaini kepada orang ramai.

PROFIL: LOGISTIK,NADI PENGGERAK CUB PRIX
24 November 2011

Aksi di atas litar sentiasa menjadi tumpuan utama pada setiap pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS namun di sebalik persaingan sengit di antara pelumba-pelumba, satu faktor penting yang menjadi nadi utama kepada kejayaan penganjuran Cub Prix yang tidak boleh diketepikan ialah logistik.

PELUMBA UTARA SEDIA TAWAN PADANG KOTA LAMA
23 November 2011

Pelumba-pelumba utara tanah air kini bersedia dan bersemangat untuk mempamer aksi terbaik mereka pada pusingan penutup tirai musim 2011 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, 3 dan 4 Disember ini.

FEATURE: LEGENDA CUB PRIX, ABDUL HALIM MOHD ZAHID
21 November 2011

Setiap kali Kejuaraan berlangsung, Abdul Halim Mohd Zahid akan melakukan pemeriksaan terhadap pelumba-pelumba bagi memastikan mereka mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Selain itu dia juga akan memastikan keadaan litar betul-betul selamat bagi mengelak   sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Begitulah rutin tugas juara Novis 1996 ini setiap kali Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula kira-kira sejak enam tahun lalu.

CUB PRIX KEMBALI KE PULAU PINANG DENGAN LEBIH KEMERIAHAN
18 November 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali ke Pulau Pinang dan kali ini dengan lebih besar, lebih meriah dan lebih banyak aktiviti untuk orang ramai ketika pusingan Grand Finale berlangsung di Penang Esplanade atau lebih dikenali Padang Kota Lama pada 3 dan 4 Disember ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA EYNA
16 November 2011

Gadis pilihan kali ini, Adrzalina atau Eyna begitu menggemari kereta dan turut mempunyai pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan. Mari kita ikuti temu bual Eyna untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

RABILFIRLI BANGGA BERGELAR JUARA HONDA WAVE
15 November 2011

Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) bukan sekadar menyaksikan Zulsyafiz Rosli dinobatkan selaku juara keseluruhan kategori Wira, malah ia turut menjadi kenangan manis buat Mohd Rabilfirli Azmin yang mendapat kejayaan serupa.

JUARA KESELURUHAN WIRA MILIK ZULSYAFIZ
13 November 2011

Zulsyafiz Rosli bukan sahaja gembira kerana berjaya menjejakkan kaki di atas podium, malah turut berjaya mengesahkan gelaran juara keseluruhan kategori Wira menjadi miliknya pada perlumbaan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan), hari ini.

MUHAIMIN CIPTA KEJUTAN CATAT MASA TERPANTAS
12 November 2011


Abdul Muhaimin Roslan mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan), Sepang, hari ini.

PELUANG SAMA RATA BAGI MUHAIMIN DAN TAUFIQ
12 November 2011

Abdul Muhaimin Roslan percaya mana-mana pelumba mempunyai peluang untuk menaiki podium pada perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) minggu ini .

HAFIZH HARAP DAPAT CATAT HATRIK KEDUA
11 November 2011

Hafizh Syahrin Abdullah yang baru meraih dua kemenangan berturut-turut di Kluang (Pusingan 7) dan Melaka (Pusingan 8) mahu mencatat kejayaan hatrik pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) pada 12 dan 13 November ini.

NORIZMAN, AFFENDI DAN AZLAN TINGKATKAN USAHA DI SEPANG
11 November 2011

Pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail, Mohd Affendi Rosli dan Azlan Shah Kamaruzaman akan menggandakan usaha mereka pada pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) minggu ini.

RAMDAN MAHU PERBAIKI KEDUDUKAN DI SEPANG
10 November 2011

Mohd Ramdan Mohd Rosli berhasrat untuk memperbaiki kedudukan keseluruhannya pada pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) pada 12 dan 13 November ini.

ZULSYAFIZ HARAP MENANG GELARAN DI SEPANG
8 November 2011


Hanya kedudukan podium menjadi sasaran Zulsyafiz Rosli bagi membolehkan dia dinobatkan selaku juara Wira musim 2011 pada pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (LItar Selatan) pada 12 dan 13 November ini.

FEATURE: PERANCANGAN BESAR SUZUKI FORTYONE HADAPI MUSIM 2012
7 November 2011

Prestasi tidak menentu Suzuki FortyOne Racing dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini menyebabkan mereka membuat perancangan awal bagi menghadapi saingan pada musim 2012 tanpa mengetepikan perlumbaan pusingan kedua terakhir 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu hadapan.

PROFIL: FAKHRUSY NEKAD CATAT KEJAYAAN DI SEPANG
7 November 2011

Selepas mencipta kejayaan pada pusingan lepas, Fakhrusy Syakirin Rostam mahu terus mencatat keputusan positif pada pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) pada 12 dan 13 November ini.

FHAHMIN SEDIA HARUNGI SAINGAN CP115
4 November 2011

Mohd Fhahmin Abdul Mutalib berharap dapat mempamerkan prestasi lebih baik pada pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) pada 12 dan 13 November ini.

FEATURE: TENGKU AMIRUL KEKAL TANDING KATEGORI WIRA
3 November 2011

Di dorong oleh kejayaan menaiki podium di Melaka, Tengku Amirul Haffiruddin memutuskan untuk terus beraksi dalam kategori Wira pada baki perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 bermula pada Pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) pada 12 dan 13 November ini.

MASUK PERCUMA DI SEPANG
2 November 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 menuju ke penghujung dengan hanya berbaki dua pusingan sahaja lagi dan Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) akan menjadi pusingan kedua terakhir perlumbaan musim ini pada 12 dan 13 November ini.

PROFIL: WAZIR JUARA KATEGORI PERSENDIRIAN 2011
1 November 2011

Walaupun perlumbaan musim ini masih berbaki dua pusingan, kemenangan Wazir Abdul Razak di Melaka semalam telah menobatkannya sebagai juara keseluruhan kategori Persendirian Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011.

HAFIZH RAIH KEMENANGAN BERGANDA
30 Oktober 2011

Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan prestasi menakjubkan dengan meraih kejayaan berganda selepas memenangi perlumkaan kategori CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

HAFIZH LAUNG AMARAN AWAL DI MELAKA
29 Oktober 2011

Hafizh Syahrin Abdullah melaung amaran awal untuk meraih kemenangan keduanya musim ini apabila muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

FAZLI MENGEJAR GELARAN JUARA KETIGA
28 Oktober 2011

Harapan Ahmad Fazli Sham untuk mengejar takhta kejuaraan CP130 masih tinggi dan dia bersedia untuk melakukan yang terbaik pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 dan 30 Oktober ini

EMIR KEJAR MATA MAKSIMUM
27 Oktober 2011

Mohd Emir Firdaus Hasan masih belum menyerah kalah dalam persaingan merebut gelaran juara CP115 menjelang pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 dan 30 Oktober ini.  

SELAMAT HARI DEEPAVALI
26 Oktober 2011

Keluarga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS serta para penaja ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga Malaysia.

SAINGAN SENGIT CUB PRIX BERSAMBUNG DI MELAKA
25 Oktober 2011

Selepas berehat selama sebulan, pelumba-pelumba dan pasukan-pasukan bertanding di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sudah tidak sabar untuk memulakan aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka, minggu ini.

MOTO2: KEDUDUKAN ZAMRI DAN HAFIZH MENINGKAT
25 October 2011

Pelumba Wildcard Moto2, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abddullah memperkenalkan negara kepada seluruh kontinjen MotoGP apabila berjaya membuktikan bahawa pelumba Malaysia mempunyai bakat dan kemampuan untuk menyaingi pelumba-pelumba bertaraf dunia.

SELAMAT JALAN SIMONCELLI
24 Oktober 2011

Seluruh warga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mengucapkan takziah kepada keluarga, pasukan, rakan-rakan serta para peminat pelumba MotoGP, Marco Simoncelli yang meninggal dunia di Litar Antarabangsa Sepang semalam. RIP Marco Simoncelli!

PROFIL: SEJENAK BERSAMA DYA
24 Oktober 2011

Gadis pilihan minggu ini, Dya mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Antaranya Mandarin, Arab, Parsi dan lain-lain. Kita ikuti sedikit temu bual bersama gadis berusia 24 tahun ini.

MOTO2: ZAMRI, HAFIZH PAMER AKSI MEMBERANGSANGKAN
23 October 2011

Pelumba wildcard Moto2, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah mencuri tumpuan setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia yang berlangsung di litar Antarabangsa Sepang, sejurus sebelum kemalangan di dalam kategori premier yang menyebabkan kematian Marco Simoncelli, hari ini.

MOTO2: ZAMRI YAKIN HADAPI PERLUMBAAN AKHIR
22 Oktober 2011


Mohd Zamri Baba tetap yakin menjelang perlumbaan akhir kategori Moto2 Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia   yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari esok.

MOTO2: PERMULAAN BAIK BUAT ZAMRI, HAFIZH
21 Oktober 2011

Pelumba wildcard Moto2 negara, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah menampilkan prestasi  baik pada hari pertama saingan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia yang berlangsung di litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

RON: MARI KITA BERGANDING BAHU
20 October 2011

Buat julung kalinya, pasukan PETRONAS Malaysia akan mempamerkan jentera Moriwaki Moto2 yang akan digunakan oleh kedua-dua pelumba negara, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) pada majlis memperkenalkan jentera di Kuala Lumpur City Center (KLCC) hari ini.

BAHANG TEKANAN SEMAKIN DIRASAI ZAMRI
20 Oktober 2011
 
Mohd Zamri Baba bakal tampil buat kali kedua di Moto2 dan tekanan semakin dirasai menjelang bermulanya Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini.

PELUMBA MALAYSIA TIDAK SABAR BERAKSI DI MOTOGP
19 October 2011

Kejuraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini bakal menyaksikan empat pelumba Malaysia bersaing bersama pelumba-pelumba terbaik dunia, ini termasuklah duo wildcard Moto2 tahun ini, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah.

PROFIL: YUZY PERCAYA KEBOLEHAN ZAMRI DAN HAFIZH
19 Oktober 2011

Shahrol Yuzy Ahmad Zaini percaya dengan kemampuan kedua-dua pelumba wildcard Moto2 musim ini, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah yang bakal beraksi pada Grand Prix Motosikal  (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini.

HAFIZH TIMBA PENGALAMAN BERHARGA
19 October 2011

Hafizh Syahrin Abdullah melonjakkan karier perlumbaannya apabila bakal bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik dunia pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) dalam kategori Moto2 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini.

FEATURE: HAFIZH PELUMBA BERPOTENSI NEGARA
18 Oktober 2011

Hafizh Syahrin Abdullah bukanlah nama asing dalam dunia sukan pemotoran tanah air terutama selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada dua pelumba wildcard Malaysia yang akan beraksi pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, hujung minggu ini.

ARRC: PODIUM UNTUK ZAMRI & HAFIZH
16 October 2011

Pelumba PETRONAS Yamaha Malaysia, Mohd Zamri Baba meraih kejayaan berganda apabila meraih kedudukan podium ketiga pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, hari ini.

ARRC: ZAMRI, HAFIZH MULA DI BARISAN HADAPAN
15 Oktober 2011

Dua pelumba negara, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah bakal memulakan Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kategori SuperSports 600cc di barisan hadapan setelah mencatat masa kedua dan ketiga terpantas pada sesi Kelayakan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, hari ini.


ARRC: AZLAN KEEMPAT TERPANTAS DI ZHUHAI
14 Oktober 2011

Seperti yang dijanjikan, Azlan Shah Kamaruzaman memberi sepenuh tumpuan apabila  memulakan kempen dengan begitu baik sekali pada saingan perlumbaan kedua terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, hari ini.

ARRC: SAAT GENTING BUAT AZLAN
5 Oktober 2011

Menghadapi perlumbaan hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS, Azlan Shah Kamaruzaman dari Boon Siew Honda Racing menghadapi saat genting bagi meneruskan usahanya untuk merebut gelaran juara keseluruhan kategori SuperSports 600cc.

FEATURE: ZAQWAN BERALIH KE KATEGORI SUPERSPORTS 600CC
11 Oktober 2011

Mohd Zaqhwan Zaidi mengorak langkah sebagai salah satu pelumba berpotensi apabila dia terpilih untuk beraksi di dalam kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai hujung minggu ini.

ARRC: ISKANDAR GANTI TEMPAT SHAHRIL DI PUSINGAN 5
10 Oktober 2011

Mohd Iskandar Raduan akan menggantikan Shahril Izzuwan Mohd Noor untuk pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM Racing pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China dari 14 hingga 16 Oktober ini.

MOTO2: EKSKLUSIF BERSAMA RON HOGG
7 Oktober 2011

Sejak mula menjayakan projek Wildcard pada tahun 2009, sekali lagi pada tahun ini, Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) bersama-sama dengan nama-nama besar dalam industri pemotoran iaitu PETRONAS, Moriwaki, Dunlop, Hong Leong Yamaha Motor, Boon Siew Honda, Raceline, Litar Antarabangsa Sepang dan AAM bekerjasama bagi menjayakan satu matlamat yang sama untuk memberi pendedahan secukupnya kepada pelumba-pelumba dan pasukan-pasukan sebelum mereka beralih ke peringkat yang lebih tinggi.

ZAMRI DAN HAFIZH ISI SLOT WILDCARD MOTO2
3 October 2011

Segala persoalan terjawab apabila nama Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah diumumkan akan mengisi slot dua pelumba wildcard Moto2 negara yang bakal beraksi pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antrabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober depan.

FEATURE: CUB PRIX TERUS MAJU DENGAN SIARAN LANGSUNG
3 Oktober 2011

PELBAGAI perubahan dilakukan sepanjang 17 tahun penganjuran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS,  acara sukan pemotoran terbesar dalam negara. Ini termasuklah usaha Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) untuk menyiarkan perlumbaan secara langsung di Astro Arena 801 pada tahun lalu. Produser, Samsul Ismail menceritakan lebih lanjut mengenainya.

ULASAN SEPARUH MUSIM PERTAMA PIALA YAMAHA EGOLC PETRONAS
3 Oktober 2011

Persaingan di dalam Piala Yamaha EgoLC PETRONAS semakin rancak apabila Mohd Shafiq Rasol membuktikan dia merupakan calon yang sesuai bagi piala Juara keseluruhan kategori one-make ini selepas berjaya menamatkan keempat-empat perlumbaan sebelum ini di atas podium. Kami ulas kembali apa yang berlaku.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA AIYIEN SUMERY
30 September 2011

Kesempatan berbual bersama Aiyien Sumery sewaktu Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kluang baru-baru ini menyelongkar banyak perkara menarik mengenainya. Antaranya, dia mempunyai pengalaman berlakon dalam sebuah dokumentari yang diterbitkan di Singapura. Mari kita ikuti beberapa perkara yang sempat dikongsi bersama gadis berusia 20 tahun ini.

RAHIM MASIH AKTIF BERLUMBA
29 September 2011

Nama Abdul Rahim Sidek pernah mewarnai sukan pemotoran negara sedikit masa lalu.  Mula menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia pada tahun 1997, Rahim kemudiannya mula mencuri perhatian apabila muncul juara kategori Yamaha 125Z pada tahun 2000.Antara pencapaian paling cemerlang yang dicatatkannya adalah ketika muncul juara Novis pada tahun 2001.

DEBARAN SEMAKIN MEMUNCAK BUAT ZAMRI, AZLAN DAN HAFIZH
28 September 2011

Debaran kian memuncak buat tiga calon Wildcard Moto2, Mohd Zamri Baba, Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafizh Syahrin Abdullah sepanjang sesi ujian pemilihan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

HAFIZH TAMPIL GARANG DI KLUANG
25 September 2011

Hafizh Syahrin Abdullah membuktikan dia masih belum kehilangan sentuhan seorang juara apabila memenangi perlumbaan kategori CP130 Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Kluang, Johor, hari ini.

RAMDAN LAUNG AMARAN AWAL
24 September 2011

Mohd Ramdan Mohd Rosli melaungkan amaran awal kepada pencabar-pencabarnya apabila muncul pelumba terpantas kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Kluang, Johor, hari ini

NORIZMAN MENGAMBIL LANGKAH SELAMAT
23 September 2011

Norizman Ismail memilih langkah selamat untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu kategori CP130 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Kluang, Johor, Sabtu dan Ahad ini.

PROFIL: SHAHRIL JANGKA SAINGAN SEMAKIN SENGIT
23 September 2011

Berbaki empat pusingan sahaja lagi, Shahril Izzuwan Mohd Noor menjangkakan saingan pastinya semakin sengit dalam memburu gelaran juara CP115 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Kluang, Johor, hujung minggu ini.

RAMDAN TIDAK SABAR UNTUK KLUANG
22 September 2011

Ketika kebanyakan pelumba mengambil peluang untuk berehat sepanjang bulan puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri, situasi berbeza buat Mohd Ramdan Mohd Rosli apabila dia mengunakan kesempatan itu untuk terus menjalankan aktiviti perlumbaannya.

 

YUZY PUAS HATI AKSI ZAQHWAN
21 September 2011

Pengurus pasukan Pachie Yuzy Honda Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak didiknya, Mohd Zaqhwan Zaidi sepanjang Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 dan dia berharap agar pelumba remaja itu terus tampil cemerlang apabila Pusingan 7 Kejuaraan berlangsung di Stadium Kluang, Johor pada 24 dan 25 September ini.

SEMANGAT ADIB KIAN MEMUNCAK
20 September 2011

Selepas berjaya meraih kemenangan pertamanya untuk musim ini, semangat Mohd Adib Rosley kian memuncak bagi memulakan cabaran Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Kluang, Johor, pada 24 dan 25 September ini.

PEREBUTAN TAKHTA KEJUARAAN BERSAMBUNG DI KLUANG
19 September 2011

Segar selepas berehat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfiti, pelumba-pelumba dan pasukan-pasukan sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dalam baki empat pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula dengan Pusingan 7 di Kluang, Johor pada 24 dan 25 September ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA HAFIZH SYAHRIN
15 September 2011

Pada usia 17 tahun dan baru memasuki musim kedua beraksi di pentas Asia, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila dua kali berjaya menaiki podium di tempat ketiga dalam kategori SuperSports 600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Jepun baru-baru ini. Kita lihat apa kata juara termuda CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS ini tentang kejayaan yang dicapainya.

PROGRAM WILDCARD MOTO2: BUKAN SEKADAR UNTUK MELAHIRKAN PELUMBA
14 September 2011

Sebagaimana yang diketahui bagi Program Wildcard Moto2 Kejuaraan Grand Prix Malaysia musim 2011, pihak penganjur kali ini mengemukakan perancangan yang lebih tersusun dan strategik di mana ia tidak hanya memberi peluang lebih baik kepada pelumba-pelumba, malah turut memberi kelebihan kepada industri sukan pemotoran di Malaysia keseluruhannya.


ARRC: PODIUM KEDUA BUAT HAFIZH, RAMDAN CEMERLANG
11 September 2011

Pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) terus membuktikan kehebatannya apabila sekali lagi menjejakkan kaki di atas podium pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hari ini.


ARRC: PODIUM BUAT AZLAN DAN HAFIZH
10 September 2011

Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan prestasi cemerlang pada Perlumbaan 1 Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hari ini.

ARRC: AZLAN TERUS BERI SAINGAN, RAMDAN CEMERLANG
9 September 2011


Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) terus memberi saingan kepada pelumba-pelumba handalan Jepun dalam saingan kategori SoperSports 600cc apabila bakal memulakan perlumbaan di barisan kedua setelah muncul pelumba keenam terpantas dengan catatan 1:57.394s yang dilakukan pada sesi Kelayakan 1.

ARRC: NORIZMAN TERPANTAS, AZLAN KEENAM DI JEPUN
8 September 2011

Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) muncul pelumba terpantas negara dalam sesi latihan bebas kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun dengan catatan 1:57.712s yang dilakukan pada sesi latihan ketiga.

FEATURE: SCRUTINEERING
8 September 2011

Dalam isu-isu lepas kami telah memperkenalkan pembaca kepada penjaga masa, marshall dan juga pasukan perubatan. Kali ini, kami akan menyentuh tentang kerja-kerja teknikal yang melibatkan pasukan scrutineering pada setiap pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

ARRC: PERTEMBUNGAN PELUMBA SS600 BERTERUSAN DI AUTOPOLIS
7 September 2011

Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS memasuki pertengahan musim apabila Pusingaan 4 berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun pada 9 hingga 11 September ini.


ARRC: CABARAN BARU  MENANTI PELUMBA-PELUMBA UB115 DI AUTOPOLIS
5 September

Sewaktu Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS sebelum ini berlangsung di Chennai, India, dua pelumba, Mohd Ramdan Mohd Rosli dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM Racing dan Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ TJM Racing) berjaya mencatat keputusan yang membanggakan negara apabila berada di atas podium pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2.


TAUFIQ TIDAK SABAR MULA AKSI DI KLUANG
5 September 2011

Di saat semua tertumpu kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, lain pula bagi Mohd Taufiq Roslan yang tidak sabar untuk memulakan aksi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kluang, Johor pada 24 dan 25 September ini.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA RAMDAN ROSLI
2 September 2011

Hari Raya Aidil Fitri merupakan hari yang cukup istimewa bagi seluruh umat Islam di Malaysia di mana mereka menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan. Kami berbual dengan pelumba berprospek cerah, Mohd Ramdan Mohd Rosli dan bertanya bagaimana dia menyambut hari yang penuh bermakna ini.

SELAMAT HARI RAYA
29 Ogos 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS serta rakan-rakan penaja ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Jangan lupa, utamakan keselamatan apabila memandu pulang ke kampung.


Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

PROFIL: SEJENAK BERSAMA JUARA NOVIS 2004, YUSRI
24 Ogos 2011

Walaupun sudah hampir enam tahun Juara Novis 2004, Mohd Yusri Ibrahim bersara dari dunia perlumbaan, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS masih mempunyai tempat istimewa di dalam hatinya. Dan jika berpeluang, dia pasti akan hadir pada perlumbaan yang berlangsung hampir dengan rumahnya. Ini secara automatik menggamit memori sewatu dia beraksi tidak lama dahulu. Ayah kepada dua cahaya mata ini menceritakan kisahnya sebagai pelumba kepada kami. Ikuti temubual esklusif ini.

FARAH KEMBALI BERAKSI
23 Ogos 2011

Farah Melina Ismadi bersedia untuk memberikan cabaran kepada pelumba lelaki apabila membuat kemunculan semula pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Kluang, Johor, bulan hadapan.

FEATURE: UNIT TRAUMA CUB PRIX
19 August 2011

Penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysian PETRONAS, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) memandang serius terhadap aspek keselamatan. Walau bagaimanapun, kadang-kala kemalangan tetap berlaku dan ada kalanya ia mendatangkan kecederaan kepada para pelumba. Bagi tujuan itu pihak SAM menyediakan bantuan perubatan yang terbaik di setiap litar dan venue. Mari kita lihat dengan lebih dekat perkhidmatan yang disediakan.

PUASA TIDAK HALANG HAFIZH JALANI LATIHAN
16 Ogos 2011

Hafizh Syahrin Abdullah tetap menjalani latihan sepanjang bulan Ramadan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang akan berlangsung pada September ini.

DOMINASI WAZIR TERANCAM?
15 August 2011

Saingan kategori Persendirian Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2011 semakin rancak dengan jumlah peserta semakin meningkat pada setiap pusingan dan buat julung kalinya, kategori kos-rendah ini membawa sistem kutipan mata atau lebih dikenali sebagai Kedudukan Keseluruhan (overall standings).

PROFIL: SEJENAK BERSAMA ELLY IDZLIANIZAR
12 August 2011

Juara Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Alor Setar, Elly Idzlianizar Ilias berpeluang beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, baru-baru ini. Beliau dipilih oleh pasukan tuan rumah, TVS Racing berdasarkan kecemerlangannya di pentas Cub Prix. Mari kita ikuti sedikit pengalamannya bersama pasukan TVS Racing itu.

SAINGAN SEMAKIN RANCAK DALAM CABARAN HONDA WAVE JUNIOR
11 Ogos 2011

Musim 2011 merupakan tahun kelima berturut-turut Honda menganjurkan perlumbaan one-make bersama-sama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan setiap tahun ia menjadi satu landasan terbaik buat pelumba-pelumba muda untuk beraksi. Musim ini, saingan semakin hangat dengan kehadiran ramai pelumba muda berbakat kategori Cabaran Honda Wave Junior.

ARRC: PELUMBA NEGARA JEJAK PODIUM DI CHENNAI
7 Ogos 2011

Dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) dan Mohd Zamri Baba (PETRONAS Yamaha Malaysia) mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya menjejakkan kaki di atas podium Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011 yang berlangsung di Trek Lumba Motor Madras, Chennai hari ini.

ARRC: ZAMRI BERMULA DI PETAK KEDUA
6 Ogos 2011

Mohd Zamri Baba (PETRONAS Yamaha Malaysia) meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya mengatasi catatan yang dilakukan semalam pada sesi Kelayakan 2 Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Trek Lumba Motor Madras, Chennai hari ini.

ARRC: ZAMRI CATAT REKOD BARU
5 Ogos 2011

Mohd Zamri Baba (PETRONAS Yamaha Malaysia) mencipta rekod baru dengan catatan 1:44.603 memadam catatan lama 1:44.691 milik pelumba Thailand Decha Kraisat sekali gus menjadi pelumba terpantas sesi Kelayakan 1 Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Trek Lumba Motor Madras, Chennai hari ini.

FEATURE: MARSHAL BUKAN TUGAS MUDAH
4 Ogos 2011


Marshal merupakan sebahagian daripada komponen paling penting yang terlibat di dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Malaysia PETRONAS. Mereka memainkan peranan bagi memastikan sesebuah perlumbaan berjalan dengan selamat dan lancar. Mari kita lihat tugas mereka dengan lebih dekat.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA RUZAIMI ROSLI
4 Ogos 2011

Mohd Ruzaimi Mohd Rosli akan sentiasa berada bersama abangnya, Mohd Ramdan Mohd Rosli, juara CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 yang kini beraksi dalam kategori CP130.

ARRC: SAINGAN SENGIT MENANTI PELUMBA SS600 MALAYSIA DI CHENNAI
4 Ogos 2011

Selepas dua pusingan, Trek Lumba Motor Madras, Chennai akan menjadi gelanggang berlangsungnya pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS hujung minggu ini dan cabaran sengit bakal menanti pelumba-pelumba Malaysia yang beraksi dalam kategori SuperSports 600cc.

ARRC: PELUMBA UNDERBONE 115cc BERAKSI DI CHENNAI
2 Ogos 2011

Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS kini akan berlangsung di Trek Litar Lumba Madras, Chennai pada 5 hingga 7 Ogos. Kali ini, pelumba-pelumba Malaysia, Indonesia dan Thailand akan bersaing di gelanggang berkecuali dan seramai 10 pelumba Malaysia yang beraksi dalam kategori Underbone CP115 perlu menggunakan peluang ini untuk mengutip mata sebanyak mungkin.

AZLAN, EMIR RAIH KEMENANGAN 4H ENDURANCE DI SUZUKA
30 Julai 2011

Pelumba SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan mencipta kejutan apabila mereka berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi kategori '4 hours' Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race 'Coca Cola Zero' yang ke-34 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini.

AZLAN, EMIR CATAT KEPUTUSAN MEMBERANSANGKAN
29 Julai 2011


Pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia yang beraksi di dalam Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race 'Coca Cola Zero' yang ke-34 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelumba tempatan apabila mereka berjaya mencatatkan keputusan memberangsangkan pada sesi saringan hari ini.

HUJAN TIDAK MENJADI HALANGAN BUAT PELUMBA MALAYSIA DI JEPUN
28 July 2011

Pelumba harapan negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan membuat penampilan sulung mereka di dalam Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race 'Coca Cola Zero' yang ke-34 dalam keadaan basah di sini, Litar Suzuka, Jepun hari ini.

AZLAN DAN EMIR TIDAK SABAR UNTUK BERAKSI DI SUZUKA
27 Julai 2011

Pelumba Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan tidak sabar menanti penyertaan pertama mereka dalam Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race 'Coca Cola Zero' yang ke-34 di Litar Suzuka pada 28 hingga 31 Julai ini.

SAINGAN SEMAKIN SENGIT MENJELANG RAMADHAN
25 Julai 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berhenti rehat sempena menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri namun setakat ini pelumba mana yang bakal menguasai tiga kelas utama, CP130, CP115 dan Wira masih belum dapat dipastikan.

ELLY MENYINAR DI ALOR SETAR
23 July 2011

Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS terus memperlihatkan kejutan apabila muka-muka menaiki podium dalam kategori CP130 yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, hari ini.

AZLAN TERPANTAS UJIAN MASA DI ALOR SETAR
22 July 2011
 
Harian Metro TEQ SCK Honda Racing meneruskan penguasaan mereka apabila Azlan Shah Kamaruzaman mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

NORIZMAN BURU KEMENANGAN HATRIK
21 Julai 2011

Selepas  meraih dua kemenangan berturut-turut di Putrajaya dan Teluk Intan, Norizman Ismail berhasrat untuk mencatat kejayaan ketiga pada perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, minggu ini.

ROZALIMAN TIDAK TERGESA-GESA
21 Julai 2011

Mohd Rozaliman Zakaria  tidak terburu-buru dalam perebutan takhta Kejuaraan CP115 apabila turun beraksi pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah  besok.

ZULSYAFIZ NEKAD PERTAHANKAN KEDUDUKAN PENDAHULU
20 Julai 2011

Pendahulu Kejuaraan kategori Wira, Zulsyafiz Rosli mahu mempertahankan kedudukan pendahulu dengan menamatkan perlumbaan di hadapan pesaing terdekat, Mohd Hafiza Rofa pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, 22 dan 23 Julai ini.

PROFIL: NASHA BERHARAP NASIB YANG LEBIH BAIK
19 Julai 2011

Kecewa dengan pencapaian sepanjang lima pusingan lepas, Nasha Edziera Mohd Bahauddin berharap nasibnya akan berubah pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Alor Setar, 22 dan 23 Julai ini bertambah baik.

FAZRUL NEKAD LARI DARI BAYANGAN FAZRUL
18 Julai 2011

Ahmad Fazrul Sham mahu lari dari bayangan abangnya yang juga rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham dengan meraih seberapa banyak podium dalam kategori CP130 pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2011.

KHAIRUL ADLI MAHU TEPIS KRITIKAN
15 Julai  2011

Khairul Adli Azhar berhasrat untuk menEpis kritikan terhadapnya menjelang Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Alor Setar, Kedah minggu hadapan.

PROFIL: M-SEKI LIBERTY HONDA LEBIH BERSEDIA
14 July 2011

Pasukan M-Seki Liberty Honda lebih bersedia untuk tampil dengan aksi lebih hebat pada saingan separuh musim kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 bermula pada Pusingan 6 di Alor Setar, Kedah, 22 dan 23 Julai ini.

CABARAN TEKNIKAL MENANTI DI ALOR SETAR
13 Julai 2011

Selepas berehat panjang, setiap pasukan dan pelumba kini bersedia untuk kembali beraksi pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 22 dan 23 Julai ini.

FEATURE: TIMEKEEPING
12 Julai 2011

Dalam sesebuah perlumbaan tidak kira sama ada yang bertaraf antarabangsa mahupun peringkat nasional, setiap saat amat dititikberatkan. Mari kita lihat dengan lebih dekat antara alatan yang digunakan pasukan timekeeping ini serta siapa mereka.


RUMUSAN SEPARUH MUSIM PERTAMA 2011: WIRA
7 Julai 2011

Kategori Wira memainkan peranan penting bagi pembangunan dan pembentukan pelumba-pelumba generasi akan datang. Walaupun masih setahun-jagung di dalam kancah Cub Prix, kemampuan dan kualiti yang ada pada pelumba yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun ini tidak boleh diperkecilkan. Ini cukup jelas kerana saingan di dalam kelas ini cukup sengit terutamanya di kalangan mereka yang konsisten berada di kelompok hadapan. Kita imbas apa yang berlaku di dalam kategori ini pada lima pusingan lalu.

LAGENDA CUB PRIX: CHIA TUCK CHEONG
7 Julai 2011

Nama Chia Tuck Cheong sebelum ini bukanlah nama asing bagi peminat-peminat sukan pemotoran di Malaysia. Pelbagai kejayaan telah dikecapinya sepanjang hampir 20 tahun melibatkan diri dengan kejuaraan motosikal tidak kira di dalam negara mahupun di peringkat Asia.

PROFIL: SITI GEMBIRA BERTEMU ADIB
6 Julai 2011

Seperti Ahmad Fazli Sham, Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zamri Baba, Juara Wira 2010, Mohd Adib Rosley juga mempunyai pengikut dan peminatnya sendiri dan antara yang bertuah ialah Siti Norshafikah Rosli. Siti tidak melepaskan peluang keemasan untuk bersemuka dan berjumpa dengan Adib pada Pusingan 2 di Stadium Batu Kawan.

RUMUSAN SEPARUH MUSIM PERTAMA 2011: CP115
5 Julai 2011

Sepertimana CP130, saingan kategori CP115 juga tidak kurang sengitnya. Setakat ini, empat pemenang yang berbeza telah diperoleh dari lima pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 dan pertarungan dijangka bertambah sengit apabile Kejuaraan ini melangkah masuk separuh musim kedua dalam masa dua minggu lagi. Kita imbas kembali apa yang berlaku

RUMUSAN SEPARUH MUSIM PERTAMA 2011: CP130
1 Julai 2011

Separuh musim pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 jelas begitu sengit apabila empat pelumba berbeza muncul juara bagi lima pusingan yang telah berlangsung. Mendahului kedudukan CP130 ketika ini ialah Norizman Ismail dengan 79 mata. Pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu merupakan pelumba paling dominan dalam kategori premier ini dengan memenangi dua pusingan berturut-turut menakluki litar Putrajaya (Pusingan 4) dan Teluk Intan (Pusingan 5). Kita imbas kembali apa yang berlaku.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA OLA
29 Jun 2011

Kali ini kami berkesempatan berbual dengan gadis kecil molek yang dikenali sebagai Noraliza atau lebih mesra dipanggil Ola. Mengakui masih belum berpunya, Ola menceritakan Pusingan 5 di Teluk Intan baru-baru ini merupakan kali pertama dia menjadi gadis penyeri Cub Prix.

PEREBUTAN TAKHTA KEJUARAAN MASIH TERBUKA
28 Jun 2011

Selepas lima pusingan, persaingan dalam kategori CP130, CP115 dan Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 bertambah sengit dan perebutan takhta dikalangan pelumba-pelumba masih terbuka.

TERIMA KASIH!
27 Jun 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 serta rakan-rakan penajanya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Zainol biin Paharudi (Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak) kerana sudi meluangkan sedikit masa dari jadual sibuk beliau bagi menghadiri Pusingan 5 di Teluk Intan, Perak minggu lalu. Terima kasih!

NORIZMAN RAIH KEMENANGAN KEDUA BERTURUT-TURUT
26 Jun 2011

Norizman Ismail terpaksa menggunakan segala pengalaman miliknya sebelum meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang berakhir di Teluk Intan, Perak, hari ini.

HAFIZH PAMER KEBOLEHAN DI TELUK INTAN
25 Jun 2011

Kemunculan semula Hafizh Syahrin Abdullah cemerlang apabila mencatatkan masa terpantas 56.685s ketika sesi ujian masa kategori CP130 di Teluk Intan, Perak gelanggang Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2011.

KEYAKINAN TINGGI TRIO HARIAN METRO TEQ SCK RACING HADAPI PUSINGAN 5
24 Jun 2011

Trio Harian Metro TEQ SCK Racing, Norizman Ismail, Mohd Affendi Rosli dan Azlan Shah Kamaruzaman begitu berkeyakinan untuk menghadapi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak minggu ini.

HAFIZH KEMBALI BERAKSI
24 June 2011

Selepas tiga bulan mengundur diri, Hafizh Syahrin Abdullah mengambil keputusan untuk kembali beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 bermula Pusingan 5 di Teluk Intan, Perak minggu ini.

ELLY BERSEDIA SELEPAS REHAT PANJANG
23 Jun 2011

Selepas berehat hampir sebulan, Elly Idzlianizar Ilias bersedia untuk kembali mengharungi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 25 dan 26 Jun ini.

PROFIL: TAUFIQ PASANG IMPIAN TINGGI
22 June 2011

Walaupun menganggap dirinya masih mentah, Mohd Taufiq Roslan tetap meletakkan sasaran tinggi dalam kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak minggu ini.

FEATURE: AAP MAZOIL FAITO RACING AMBIL PENDEKATAN BERBEZA
21 Jun 2011

Pasukan AAP Mazoil Faito Racing Team yang masih gagal tampil cemerlang berharap dapat melakukannya pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 25 dan 26 Jun ini.

KLINIK CUB PRIX DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI
20 June 2011

Bersempena Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan minggu ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah bersama-sama Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengambil inisiatif menganjurkan Klinik Perlumbaan Cub Prix kepada orang ramai.

PROFIL: ZAIEZUWANHADY SANDARKAN PENGALAMAN BERAKSI DI TELUK INTAN
17 June 2011

Pengalaman yang ada akan digunakan Zaiezuwanhady Mohd Zaifaizal untuk mencipta kejayaan buat pasukan Suzuki FortyOne Racing menjelang Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan pada 25 dan 26 Jun ini.

FEATURE: PERSAINGAN FITRI DAN AZHAR BERTERUSAN DI CP115
16 Jun 2011

Persaingan sengit diantara dua pelumba, Mohd Fitri Ashraf Razali dan Mohd Azhar Abdul Jalil berterusan apabila mereka mara ke Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Teluk Intan, Perak pada 25 dan 26 Jun ini dengan defisit 1 mata.

SAINGAN SENGIT DI TELUK INTAN
15 Jun 2011

Saingan semakin ketat apabila Kejuaraan Cub Prix AAM  Malaysia PETRONAS 2011 menghampiri separuh musim kedua dengan pelaksanaan Pusingan 5 di Teluk Intan, Perak pada 25 hingga 26 Jun ini. Selaku tuan-rumah buat kali kedua, perlumbaan di Teluk Intan amat kritikal sekali buat para pelumba kerana ia bakal menentukan siapa yang masih layak untuk mengejar makhota keseluruhan.

ARRC: AZLAN BAWA PULANG DUA PODIUM
12 June 2011

Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) menghadiahkan kejayaan buat negara apabila berada di tempat kedua pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Sentul, Jakarta minggu ini.

ARRC: AZLAN BERMULA DARI PETAK KEDUA
11 Jun 2011

Catatan 1:32.031s yang dilakukan ketika sesi kelayakan pada hari Jumaat membantu Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) untuk bermula di petak kedua pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Sentul, Jakarta minggu ini.

ARRC: AZLAN KEDUA TERPANTAS DI SENTUL
10 Jun 2011

Pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) dengan langkah kanan apabila dia muncul kedua terpantas pada sesi kualifikasi pertama di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia semalam.

PROFIL: AZLAN BERSEMANGAT TINGGI HADAPI SENTUL
9 Jun 2011

Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman cukup bersemangat untuk menghadapi Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia hujung minggu ini.

ARRC: PELUMBA SS600 MALAYSIA BERANGKAT KE INDONESIA DENGAN MISI PENTING
7 Jun 2011

Lima pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal berangkat ke Indonesia bagi menghadapi Pusingan 2 Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di dalam kategori SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Sentul hujung minggu ini.

ARRC: PELUMBA CUB PRIX BERANGKAT KE INDONESIA
6 Jun 2011

Para pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersiap sedia untuk berangkat ke Indonesia bagi menghadapi Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul hujung minggu ini.

DARI GO-KART KE CUB PRIX
3 Jun 2011
 
Musim 2011 merupakan musim kedua buat pasukan Honda Promax X-Dot Racing menyertai saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Tahun ini, pasukan yang berpengkalan di Utara ini mengekalkan barisan pelumba yang sama, Mohd Solehin Mohd Sukor dan Mohd Emir Fareez Hasan dalam usaha untuk memperbaiki pencapaian musim 2010.

PROFILE: SEJENAK BERSAMA YVONNE SIM
1 Jun 2011

ATV, wall climbing merupakan antara aktiviti kegemaran Yvonne Sim. Ini jelas menunjukkan peragawati yang berasal dari Kuala Lumpur ini bukan calang-calang orangnya. Mari kita mengenalinya dengan lebih dekat.

TERIMA KASIH!
1 Jun 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS serta rakan-rakan penajanya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para VIP yang sudi mengambil sedikit masa dari jadual mereka yang sibuk bagi menghadiri Pusingan 4 yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya bersempena Hari Belia Negara minggu lalu. Terima kasih!

PELUMBA BERI REAKSI POSITIF TERHADAP LITAR PUTRAJAYA
31 Mei 2011

Seluruh kontinjen Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 memberi reaksi positif terhadap litar baru di Presint 3, Putrajaya yang menjadi tuan rumah buat pertama kali bersempena Hari Belia Negara hujung minggu lalu.


TERIMA KASIH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
30 Mei 2011

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 serta rakan penajanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana sudi meluangkan sedikit masa dari jadual sibuk beliau bagi menghadiri Pusingan 4 yang diadakan di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Negara pada hari Sabtu (28 Mei) lalu. Terima kasih!

PUTRAJAYA BAWA TUAH BUAT NORIZMAN
29 Mei 2011

Beraksi di litar baru membawa tuah buat Norizman Ismail apabila muncul juara kategori CP130 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya, hari ini.

NORIZMAN CATAT MASA TERPANTAS DI PUTRAJAYA
28 Mei 2011

Hasrat Norizman Ismail untuk meraih kejuaraan pertamanya musim ini semakin hampir apabila menguasai kedua-dua sesi latihan bebas dan ujian masa pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Negara, hari ini.

MUHAIMIN MASIH BELUM PUAS
27 Mei 2011

Abdul Muhaimin Roslan berharap dapat meraih kemenangan sulungnya pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung buat pertama kali di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Negara pada 28 dan 29 Mei ini.

SHAHRIL MAHU TEBUS KEHAMPAAN
26 Mei 2011

Selepas gagal menjejakkan kaki di podium pada dua pusingan lepas, Shahril Izzuwan Mohd Noor nekad mahu menebus kehampaannya pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Hari Belia Negara, pada 28 dan 29 Mei ini.

AZLAN TIDAK BERAKSI DI PUTRAJAYA
26 Mei 2011

Selepas mencatat kejayaan menjuarai kategori CP130 pada Pusingan 3 di Kuala Terengganu minggu lalu, Azlan Shah Kamaruzaman terpaksa menarik diri daripada menyertai Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya, minggu ini.

HAFIZA MAHU JARAKKAN DIRI SEBAGAI PENDAHULU
26 Mei 2011

Mohd Hafiza Rofa menanam azam untuk terus mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kategori Wira menjelang pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung buat pertama kali di Presint 3, Putrajaya bersempena Hari Belia Negara, hujung minggu ini.

YUZY GANTI AFIQ
26 Mei 2011

Pengurus pasukan Pachie Yuzy Honda Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini melakukan rombakan terhadap barisan pelumbanya dalam kategori CP115 bagi menghadapi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

RS MOTOBERT RACING GANDAKAN USAHA HADAPI PERLUMBAAN DI PUTRAJAYA
25 Mei 2011

Selepas tiga pusingan berlalu, pasukan RS Motobert Racing mengharapkan keputusan yang lebih baik dapat dicapai pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

PROFIL: FARID BERALIH KE CP115 DARI CP130
25 Mei 2011

Selepas gagal mencapai keputusan memberangsangkan pada tiga pusingan terdahulu dalam kategori CP130, Mohd Farid Ahmad mengambil keputusan beralih ke kategori CP115 mulai Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini bersempena dengan Hari Belia Negara.

CABARAN BARU MENANTI DI PUTRAJAYA
18 Mei 2011

Pasukan serta para pelumba tidak sabar menghadapi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang dijadualkan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini seiring dengan sambutan Hari Belia Negara.

FEATURE: PERLUMBAAN SATU PENGELUAR YAMAHA TAMBAH KEMERIAHAN CUB PRIX
19 Mei 2011

Lebih banyak kemeriahan menanti dalam perlumbaan motosikal terbesar di Malaysia apabila siri perlumbaan satu pengeluar Yamaha bakal kembali pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

SAM MOHON MAAF DI ATAS GANGGUAN SIARAN LANGSUNG
16 Mei 2011

Promosi Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) memohon maaf di atas pembatalan pada saat-saat akhir siaran langsung Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu, semalam.

AZLAN BOLOT PODIUM PERTAMA DI TERENGGANU
14 Mei 2011

Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menebus kehampaan pada dua pusingan sebelum ini apabila berjaya menjuarai kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.

AFFENDI TAMPIL BERBISA DI TERENGGANU
13 Mei 2011

Keputusan untuk kembali  meneruskan sesi ujian masa membawa tuah buat Mohd Affendi Rosli apabila berjaya mencatatkan masa terpantas kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini. 

FAZLI KEMBALI KEPADA MOMENTUM KEMENANGAN
11 Mei 2011

Walaupun menyertai pasukan baru tahun ini, Juara Expert 2007 dan 2008, Ahmad Fazli Sham membuktikan sentuhannya dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS masih berbisa. Fazli muncul juara pada pusingan sebelum ini di Batu Kawan dan yakin untuk mengulanginya di Pusingan 3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu minggu ini.

AFFENDI MAHU LUPAKAN INSIDEN DI BATU KAWAN
11 Mei 2011

Walaupun dibelungi rasa kecewa dengan insiden jump start di Batu Kawan (Pusingan 2), Mohd Affendi Rosli berharap dapat beraksi dengan lebih baik pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu pada 13 dan 14 Mei ini.

PROFIL:SOLEHIN PEROLEH PENGALAMAN BERGUNA
11 May 2011

Selepas menimba pengalaman berguna pada pusingan lepas, Mohd Solehin Mohd Sukor kini lebih bersedia untuk beraksi pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu pada 13 dan 14 Mei ini.

TENGKU AMIRUL KEKAL OPTIMIS
10 May 2011

Walaupun masih berhempas pulas menghadapi persaingan sengit dalam kategori CP115, Tengku Amirul Haffiruddin tetap optimis dengan peluangnya menjelang Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011.

AIDIL MAHU TINGKATKAN PRESTASI
9 Mei 2011

Tampil kali pertama bersama pasukan Suzuki FortyOne Racing pada musim ini bukan satu alasan kepada prestasi kurang memberangsangkan Mohd Aidil Abdul Aziz dalam kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011. Sebaliknya Aidil berjanji untuk bangkit pada Pusingan 3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu pada 13 dan 14 Mei ini.

YAMAHA CKJ SUKIMI IDAM PODIUM DI GELANGGANG SENDIRI
6 Mei 2011

Yamaha CKJ Sukimi mahu menamatkan penantian kemarau podium mereka pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang bakal berlangsung di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu, 13 dan 14 Mei ini.

SEJENAK BERSAMA SIN BAN HUAT
6 Mei 2011

Bagi sesetengah pelumba, nombor yang digunakan mempunyai makna tersendiri. Ada yang memilihnya kerana dianggap bertuah dan ada pula yang memilih angka berdasarkan nombor yang digunakan pelumba idola mereka. Bagi Amran Muhamad, beliau turut mempunyai sebab mengapa memilih angka ganjil yang bermula dengan nombor 3 bagi ketiga-tiga anaknya yang beraksi bersama pasukan Sin Ban Huat.

TIADA REHAT BUAT PELUMBA CUB PRIX
5 Mei 2011

Pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) baru sahaja berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang minggu lalu namun para-pelumba tidak boleh berehat panjang memandangkan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu kini menghampiri pada 13 dan 14 Mei ini.

FEATURE:PEMBENTUKAN SEBUAH PASUKAN
29 April 2011

Pasukan-pasukan yang terlibat dengan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS memainkan peranan yang besar dalam perkembangan sukan pemotoran dalam negara.  Mereka memainkan peranan penting dalam melahirkan ramai pelumba-pelumba berbakat selama ini. Mari kita mengenali mereka dengan lebih dekat.

ZAQHWAN, AMIRUL MARA KE HADAPAN
28 April 2011

Mohd Zaqhwan Zaidi dan Mohd Amirul Musa melebarkan sayap mereka dan mengembangkan lagi karier pelumba mereka ke tahap lebih tinggi apabila kedua-dua anak muda ini mengumumkan mereka akan menyertai Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di dalam kategori Underbone 115cc di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.

EMPAT PASUKAN MALAYSIA BERAKSI DALAM SS600
26 April 2011

Musim baru Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) semakin menarik dengan penyertaan empat pasukan Malaysia dalam kategori SuperSports 600cc - PETRONAS Syntium Moto Yamaha Malaysia, PETRONAS Syntium Moto Raceline, Boon Siew Honda Racing Malaysia dan Bike A.R.T - Kawasaki Racing.

DUA PERLUMBAAN SOKONGAN UNTUK ARRC
25 April 2011

Selain daripada perlumbaan kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc, dua perlumbaan sokongan turut diadakan pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) pada minggu ini.

LESEN UNTUK BERLUMBA
21 April 2011

Baru berusia 15 tahun, sudah tentu Mohd Azim Mohd Rosli masih belum mempunyai lesen untuk memandu di jalan raya, tetapi yang pasti, beliau sudah memiliki lesen untuk menyertai perlumbaan. Bukan hanya Azim yang beraksi secara profesional di Cub Prix masih belum mempunyai lesen memandu sah di jalan raya, namun kira-kira 75 peratus rakan seangkatannya di Cabaran Honda Wave Junior berada pada situasi yang sama.

PROFIL: SEJENAK BERSAMA ZULFAHMI
20 April 2011

Siapa tidak kenal dengan Mohd Zulfahmi Khairuddin, pelumba Malaysia berasal yang kini giat beraksi di dalam kategori 125cc MotoGP. 2011 menandakan tahun keduanya di dalam Kejuaraan tersebut dan dia semakin menyerlah apabila berjaya menamatkan perlumbaan di Jerez, Sepanyol di tempat ke-10 baru-baru ini. Kami berbicara sebentar dengan Zulfahmi.

SAMBUTAN CUB PRIX DI BATU KAWAN MENGGALAKKAN
20 April 2011

Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang minggu lepas mendapat sambutan menggalakkan sekaligus menunjukkan Kejuaraan ini semakin mendapat perhatian para peminat perlumbaan underbone di Malaysia.

FAZLI SHAM PENUH GAYA DI BATU KAWAN
17 April 2011

Pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham kembali mempamerkan kehebatannya apabila muncul juara Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

ZAMRI CATAT CATAT REKOD MASA TERPANTAS DI BATU KAWAN
16 April 2011

Mohd Zamri Baba bermula dengan cemerlang apabila mencipta masa terpantas pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Stadium batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

TUGAS SUKAR MENANTI PETRONAS SYNTIUM MOTO YAMAHA AHM

15 April 2011

Walaupun tampil cemerlang pada perlumbaan pembuka musim 2011 baru-baru ini, PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM tidak menjangkakan kemenangan mudah pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 dan 17 April ini.


ZAQHWAN YAKIN DAPAT KEKALKAN AKSI CEMERLANG
15 April 2011

Mohd Zaqhwan Zaidi mahu terus mencuri perhatian ramai dengan mempamerkan aksi cemerlang pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 dan 17 April ini.

PROFIL:EMIR TIDAK LETAK SASARAN TINGGI
13 April 2011

Selepas dua tahun beraksi dalam kategori Expert ataupun kini dikenali sebagai CP130, Mohd Emir Firdaus Hasan melakukan perubahan dalam karier perlumbaannya dengan mengambil keputusan menyertai kategori CP115 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011.

SAM UMUM SENARAI BARISAN PELUMBA PUSINGAN 2 (BATU KAWAN)
13 April 2011

Promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) hari ini mengumumkan senarai barisan pelumba bagi Pusingan 2 yang bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 dan 17 April ini.

PELUMBA ONE MAKE SEDIA GEGAR KELAS TERBUKA
12 April 2011

Pelumba-pelumba yang lahir daripada kategori satu pengeluar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim lepas bersedia untuk memperagakan aksi mereka buat kali kedua dalam kategori Wira di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini.

HARAPAN TINGGI BUAT KHAIRUL ADLI
11 April 2011

Pengurus pasukan, Suzuki FortyOne Racing menaruh harapan tinggi terhadap Mohd Khairul Adli Azhar untuk mencapai keputusan podium bagi Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 dan 17 April.